"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 04, 2008

Elaun tahunan guru agama, al-Quran Pulau Pinang ditambah

Lebih 2,000 guru agama dan guru Al-Quran di Pulau Pinang akan menikmati peningkatan bayaran elaun dan saguhati tahunan sebanyak 50 peratus daripada Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang mulai tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahya berkata seramai 250 guru agama yang mendaftar di bawah MAIPP akan menerima elaun tahunan sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini.

Beliau berkata sebanyak 1,821 guru Al-Quran yang mengajar secara sukarela di rumah atau di masjid dan surau diberi bayaran sagu hati sebanyak RM600 berbanding antara RM50 hingga RM300 sebelum ini.

“Peningkatan bayaran elaun dan sagu hati tersebut melibatkan penambahan peruntukan PUZ sebanyak RM500,000 setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Zakat Perdana PUZ di sini, hari ini. Selain itu, katanya PUZ juga menambah peruntukan bulanan dari RM250 ke RM400 kepada lebih 1,200 fakir miskin termasuk orang kurang upaya dan ibu tunggal sejak Mei lepas.

Beliau berkata PUZ Pulau Pinang mensasarkan peningkatan jumlah kutipan zakat sebanyak RM38 juta pada tahun depan berbanding RM36 juta tahun ini.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, sekurang-kurang terbela juga nasib guru agama dan guru Al Quran di P Pinang. Mereka harus dipandang mulia dan wajar diberi gaji yang agak tinggi kerana tugas merka mulia iaitu mengajar anak-anak tentang agama dan mengaji Al Quran... Cuma kalau dapat dinaikkan sedikit lagi supaya jawatan ini dilihat dan dipandang mulia...