"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 02, 2008

Reformis Tubuh "Skuad Berani Bogel" - malaysiakini

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, anggota skuad itu nekad berbogel di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.

"Reformis pada 13 November lalu memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar untuk nyatakan bentuk tindakan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah sewa PPR di Selangor.

"Kalau tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar sendiri pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang bogel terhadapnya mulai tarikh itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

3 comments:

Anonymous said...

i'm 200% sure that the police department not gonna in a thousand to issue such permit to "butt naked" on public.hell no.not even in your dreams.never.

who they heck the Reformis are kidding?they say they wanna go butt naked to embarr*ass* Khalid but don't do they feel embarr*ass* as well as to show their not-so-pretty backside to others in public that maybe some aunty and little kids gonna be there by accident?

but Khalid surely gonna have nightmares for many nights if he ever see some grown up men appear in front him with their clothes off.haha.

Anonymous said...

dah gila apa reformis ni!.boleh pulak dorang cuba mintak permit nak tunjut bontot.takkan Polis bagi kebenaran punyalah.

niat dorang ni bagus tapi cara je yang salah.Khalid ni pun satu.yang pergi naikkan sewa sampai 100% apa cerita.

Anonymous said...

Kalau ya pun tak puas hati dengan kadar sewa yang Khalid naikkan tu, takkan la sampai sanggup berbogel? Tak malukah? Tak ada maruahkah? Cuba jangan jadi bodoh. Nak tunjuk perasaan punya pasal sanggup buat dosa. Ingat, bogel di khalayak ramai tu berdosa sebab tunjuk aurat...