"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 07, 2008

TGHH:Perdana Menteri jangan lepaskan jawatan - malaysiakini

Presiden PAS mencadangkan agar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia walapun melampaui tarikh penyerahan kuasa yang disepakati dalam Umno iaitu pada bulan Mac 2009 nanti.

Ini kerana menurut Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, beberapa perkara besar yang melibatkan pentadbiran negara termasuklah sebahagiannya yang merupakan janji Abdullah kepada rakyat Malaysia amnya masih belum tertunai.

"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, umpamanya masih diperingkat rang undang-undang dan berkemungkinan akan mengambil masa sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Kehakiman yang sepatutnya mengembalikan kewibawaan badan kehakiman, masih belum terlaksana," katanya yang dipetik daripada satu kenyataan media Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir kepada Harakahdaily.net jam 7.03 malam semalam.

Ustaz Hadi turut merasakan Abdullah wajar menyelesaikan beberapa tuntutuan ke arah penambah-baikan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang masih diragui oleh rakyat Malaysia sehingga kini.

"Biarlah segala ketempangan dan kepincangan badan yang sepatutnya menguruskan proses pilihan raya dalam negara ini secara telus, dirawat dan diperbaiki sebelum beliau melepaskan jawatannya,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Oleh itu katanya demi memberi peluang kepada Abdullah bersara dalam keadaan yang baik, maka PAS menyeru agar beliau diberikan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas besar ini dan tidak harus melepaskan jawatannya pada bulan Mac 2009 nanti selagi tugas-tugas berkenaan tidak selesai sepenuhnya.

Ustaz Hadi kini berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat Haji dan merakamkan ucapan Hari Raya Eidul Adha kepada umat Islam Di Malaysia.

"Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam khasnya di Malaysia dan menyeru agar mereka menghayati falsafah Hari Raya Korban agar dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

wah.sebelum ni Ku Li yang memberi sokongan kepada Pak Lah.kini Haji Hadi pula yang menyokong agar Abdullah kekal pada jawatan beliau sekarang.mungkin ramai yang berpendapat Abdullah patut diberi lebih masa dan peluang.lagipun mungkin dah ada yang sedar yang Abdullah "dihukum" oleh segelintir pihak yang menjatuhkan beliau.yang terang-terangan mahu menjatuhkan Abdullah ialah Mahathir.

Abdullah dilihat lebih bebas dari skandal dan kontoversi berbanding Najib.ada eloknya jika Abdullah diberi sedikit masa lagi untuk mentadbir negara.