"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, June 01, 2009
Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa
Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.
Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.
Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato' A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.
Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU-12 baru2 ini.
Dato' A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan Kelantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato' A ini telah ditolak mahkamah.
Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.
Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.
Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahagian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.
Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ini tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.
Tujuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.
Zahid Hamidi memang sedang galak memberi "rasuah politik" sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.
Tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.
Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.
Tulang Besi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
TB,
Perlu byk bukti lagi utk memastikan kerjasama.antara faraski didalam PAS dgn UMNO
Patut la dulu gambor MSO di blog dia berketayap. La ni hilang pi dah ketayap tu...
Kah kah kah...
Tlg sebarkan..aku pun rasa something very2 wrong dengan MSO..macama ada ja tak kena bila sebut nama Husam dalam blog dia..mesti ada yg x betul..tapi zahid hamidi..tak la pulak dia kutuk..heran la jugak aku..rupanya MSO ada link dgn AMENO..patutla!!!!!!
saper MSO nie?
sory aku x dpt nk teka
hehe...
MSO - Sayuti Omar
http://msomelayu.blogspot.com/
perisik rakyat bolehla buat liputan meluas dikelantan dgr kata tempat sendiri
Jgn dilayan sgt blogger tua tu. Dulu masuk Al-Arqam ikut ajaran sesat. Sampai skrg tak sedar-sedar jugak lagi. Ada hati nak menasihatkan org2 PAS. Dia ni la dulu yg bawak Ibrahim Ali Katak jadi calon di Pasir Mas guna lambang PAS.Jaja Ibrahim ke sana-sini. Jumpa tok guru dan mcm2 cara lagi. Org mcm ni ke kita nak percaya tulisan dia?
terima kasih tulang besi kerana aku dah lama tak setuju dan syak MSO ini ada udang disebalik batu, .... sehingga aku dah tak beli akhbar siasah yang MSO punya tu.
Salam Bro,
* Apa motif sebenar posting ni bro? Aku bukan fan MSO or muqabah team, bukan juga pro Husam and Co.
*tapi lately serangan demi serangan dibuat kedua2 belah menyerang satu sama lain sebenarnya membuka pekung PAS. Itu yang menyedihkan.
*Malaysian Waves -Tulang Besi almost everyday dok serang team muqabalah. Walupun aku menentang muqabalah, tapi aku sedih jugak tengok pemimpin PAS dok berperang sakan melalui blogger masing2 demi kedudukan.
* Belum lagi berkuasa, cuma diambang kekuasaan. Moga Allah terus selamatkan Jamaah PAS. Anyway as a Pakatan Blogger, you did a very good job. Baa rakallahu fika and God bless...Amin
ya ke begitu.... jahat mu MSO.... untuk husam aku mintak maaf banyak-banyakla kerana duk percaya sangat pada MSO.
M....memang
S....suka susahkan
O....orang
husam penakut debat dgn ezam
takut pecah tembelang
takut kes rasuah balak pecah
takut rasuah projek paip air x siap
pecah
berkhidmat tuk keluarga sendiri
rakyat kelantan kebuluran
husam pernah berkat khidmatnya tuk mejatuhkan umno je bukannye nak berkhidmat tuk rakyat
dasar ulamak mee segera
perisik rakyat kaki pit
kutip derma untuk beli ganja
Penulisan MSO membuatkan pembaca serba salah- terukla dia nih...
anony said :
husam penakut debat dgn ezam
takut pecah tembelang
takut kes rasuah balak pecah
takut rasuah projek paip air x siap
pecah
berkhidmat tuk keluarga sendiri
rakyat kelantan kebuluran
husam pernah berkat khidmatnya tuk mejatuhkan umno je bukannye nak berkhidmat tuk rakyat
dasar ulamak mee segera
-ahahahahah orang kene rasuk dengan setan nama UMNgOkk dah strat meracau
Kes MSO yang dikecewakan oleh ketegasan Datuk Husam sebenarnya sudah lama tersebar di Kelantan.
Sb tu lah MSO hentam Husam habis-habisan. Apa yang dipaparkan oleh Tulang Besi dan Perisik Rakyat tu adalah hakikat yang berlaku.
MSO hanya akan ampu pimpinan yang beliau boleh buat duit, kalau pimpinan tersebut sekat beliau buat duit, beliau akan gunakan kesemua kepakaran penulisannya untuk memburuk-burukkan pimpinan tersebut.
Satu lagi, cuba anda perhatikan di bahagian komen, selepas 1 tajuk panas keluar, pasti akan ada komen dlm sekelip mata. Pastu pulak beza antara 1 komen ke 1 komen yg lain hanya beberapa minit cuma, kadang-kadang selang seminit. Kalau waktu pagi.. semua pagi, kalau waktu petang semua petang.
Nampak sangat pemilik blog buat ulasan dan komen sendiri ke atas topik yang dikarangnya. Bukan apa, nak tunjuk kat orang lain bahawa blog beliau mendapat sambutan.
Utk MSO, tu taktik dah basi la. Org skang dah cerdik2.
Dan anda harus ingat, hanya komen yang kena dengan selesanya sahaja yang biasanya akan keluar. Kalau yang kutuk atau kritik dia balik, jangan harap nak keluar.
Nak tau cite lebih lanjut mengenai projek pembekalan kambing jamnapari di atas harga pasaran oleh MSO dan geng Umno nya itu, boleh tanya rakyat Kelantan.
1Malaysia dah tau la.
TP,
Cuba kau siasat pasal terdapat campurtangan kerabat Diraja dalam pentadbiran Negeri Kelantan. Terdapat pencrobohan kawasan perlindungan haiwan liar di Kelantan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan beberapa perkara lain yang didakwa menyeleweng dari segi peraturan. Bab pencerobohan kawasan hidupan liar dan balak aku memang pasti ada benda tak betul. Tapi mengikut cakap2 orang kes tu berkaitan dengan kerabat Raja Kelantan. Sejak cerita manohara ni dah ramai orang komplen pasal kerabat diraja kelantan. Aku tak nak la lepas ni semua tebuka dan kerajaan ngeri terpalit sama. Buat langkah awal la dedahkan siapa yang berkaitn
Aku tak kenal siapa "MSO". Tapi aku selalu baca bahan tulisannya dalam blog.
Penilaian aku tentang penulisannya memang hebat. Adakalanya dia menulis sesuatu pekara tentang politik dia berpegang pada bukti dan adakalanya dia bercerita dalam bentuk khayalan saja.
Berkaitan dengan debat Husam dan Zahid Hamidi yang tak jadi tu, aku tertanya-tanya mengapa MSO ini menghentam Husam begitu keras sekali sedangkan dia dilihat pro PAS...?
Mungkinkah yang dimaksudkan "Musang berbulu ayam" yang selalu disindir oleh ahli PAS adalah MSO...?
Sudah sampai masanya kita mengenal siapa MSO yang berlindung disebalik tabir politik PAS.
Manusia ini jika benar jadi talam dua muka antara PAS dan UMNO, maka ahli PAS mesti berhati-hati kerana orang jenis ini boleh dikategorikan sebagai "pengkhianat parti". Orang ini boleh menjahanamkan parti PAS dari dalam dengan pertolongan UMNO dari luar.
Orang jenis "MSO ini jika menjadi ahli parti mesti diasingkan dan jika perlu mesti disingkirkan supaya dia tidak menjadi duri dalam daging. Kita mesti tentang dia jika dia mengeluarkan cerita bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.
Walau bagaimana pun, kita perlu mencari maklumat dan bukti yang lain bagi mengukuhkan dakwaan kita bahawa MSO adalah pengkhianat parti, selain maklumat yang disediakan oleh tulang besi.
kritikan mso terhadap husam dan pas kengkadang terlalu memihak dan tak munasabah, gambaran yang diberikan olehnya seolah-olah husam lebih busuk daripada najib atau pas lebih hanyir daripada umno ... walau apa-apa pun mso dah menyatakan didalam postingnya yang lalu supaya individu yang tak suka dengan tulisannya tak payah buka blognya, jadi saya pun menuruti nasihatnya, dengan kata lain dah tak jenguk lagi dah !!!
lat... tulang bes! aku duk ingat dah berkarat reput dah, rupa2nya masih lagi membelit bagi memusnahkan ahli jemaah! tak habis2 putarbelit mensensasikan cerita. Agak lama dah aku tak baca tulisan hang kat tranungkite.net, amacam?
Aku pulak berkecuali dalam hal ni. Lebih suka mendengar cerita daripada dua belah pihak. Cuba korang baca pulak catatan MSO ni tentang Jihad Ternak - Kambing Jamnapari sebelum membuat sesuatu kesimpulan atau keputusan.
http://msomelayu.blogspot.com/2007_07_01_archive.html
Nak tengok bukti dokumentasi dan cabaran debat isu ini dari Pengarah Akademi Keluaga Bahagia yang menjadi pengarah projek Jihad Ternak, sila ke
http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/01/husam-sayuti-dan-jihad-ternak/
xpyh cerita r tulang besi...terang2 si kickdafella 2 balaci husam..kau ni pun sama jgk..balaci husam..dasar puak erdogan yg nk menjahanamkan pas...HUSAM 2 plak balaci si AL JUBURI...pas skrg sdg menuju kehancuran....
buka laman web pink turtle....sipa dengan bukti dan dokumen...
lu ada akai...
lu fikir la sendiri....
joostpring.....,
Apa maksud anda "dasar puak erdogan yg nk menjahanamkan pas". Boleh terangkan secara jelas mereka nak jahanamkan apa dalam PAS agar ahli PAS boleh bersedia menghadapi ancaman mereka...?
Janganlah tulis secara tergantung macam tu tanpa disertakan bukit seolah-olah anda pencacai UMNO buat fitnah dalam kemelut MSO nak jual kambing yang tak laku.....
joostpring.....,
Apa maksud anda "dasar puak erdogan yg nk menjahanamkan pas". Boleh terangkan secara jelas mereka nak jahanamkan apa dalam PAS agar ahli PAS boleh bersedia menghadapi ancaman mereka...?
Janganlah tulis secara tergantung macam tu tanpa disertakan bukit seolah-olah anda pencacai UMNO buat fitnah dalam kemelut MSO nak jual kambing yang tak laku.....
salam tuan ,
saya bukan suka husam tapi tidak suka nasa, mat sabu pun takut jugak dengan kabar banyak orang kata dia syiah.
bila rakyat seperti kami lari, tak kan parti islam boleh naik sendiri??
harap tuan beri pandangan
tk
pak mat.....,
Kalau kita sedar diri bahawa kita tidak boleh jadi pemimpin dalam masyarakat kita sendiri, maka kita kena serahkan tanggongjawab itu pada orang yang paling layak memimpin.
Sebagai rakyat biasa, kita diberi peluang untuk menyokong mana-mana parti yang sesuai dengan citarasa kita. Kalau dulu emak bapak kita menyokong parti UMNO kerana mereka percaya bahawa parti itu akan menolong bangsa melayu jadi bijak, maju dan kaya.
Tapi hari ini anak cucunya tidak percaya lagi pada UMNO kerana parti itu jelas penipu, zalim, perompak harta rakyat dan mereka membebankan rakyat dengan berbagai bayaran yang tidak munasabah.
Dengan wujudnya parti PKR yang dilihat seperti hidup segan mati tak mahu dulu... kini memberi satu pilihan dan harapan kepada rakyat untuk mencari pembaharuan dalam kehidupan mereka.
Parti PAS adalah sebuah parti yang berteraskan agama. Jika politik dan agama dapat digabungkan akan wujud satu parti yang mampu mentadbir bukan saja dalam Malaysia malah akan menjadi parti contoh kepada seluruh negara islam dalam dunia ini....
Tapi malangnya parti PAS masih belum dapat merangkumkan antara politik dan agama kerana ditentang oleh parti UMNO. Keadaan PAS masih terumbang ambing kerana didalam parti itu terdapat "musang berbulu ayam" yang mencari keuntungan untuk diri sendiri dan sanggup melakukan berbagai jenis kejahatan demi membalas dendam kepada orang yang cuba menghalang kehendak mereka.
Pak Mat berkata " bila rakyat seperti kami lari, tak kan parti islam boleh naik sendiri??..."
Persoalannya, berapa ramai orang sejenis Pak Mat yang akan melarikan diri...? Orang islam yang sudah bertekad untuk berjuang demi agamanya tetapi kemudiannya melarikan diri pula dari medan perang... apakah kategori yang patut kita letakkan pada orang yang melarikan diri itu....?
Sebenarnya pertanyaan Pak Mat sudah sampai ketahap "perasan dan besar kepala"...(maafkan saya). Parti Islam wujud dimuka bumi ini adalah kerana keizinan dari Allah. Dan Parti PAS hanyalah perantaraannya saja. Jatuh dan bangun parti islam bukan terletak ditangan orang seperti Pak Mat tetapi atas kehendak Allah.
Pak Mat tahu kah siapa itu Allah..? Kalau tak kenal, pak mat boleh lari kemana saja yang pak mat nak pergi tiada siapa peduli....!! Kemudian kita lihat parti islam itu jatuh atau tetap kukuh...?
husam the chicken run!
run chicken run!
Post a Comment