"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 24, 2009

Baca Dan Fahamkan...

Sumber - Nur

Artikel ini saya petik dari Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009. Saya sebelum ini cukup konsisten dengan tulisan-tulisan saya tentang moral, etika dan integriti dalam politik. Saya memilih untuk tidak menyertai mana-mana parti politik kerana perjuangan saya untuk melihat politik yang lebih bermoral, bersih dan berakhlak.

Saya menegur, mengkritik dan menghentam UMNO. Saya juga menegur, mengkritik dan menghentam PAS. Kedua-dua parti itu adalah parti yang ditunjangi orang Melayu yang beragama Islam. PAS, lebih-lebih lagi apabila ia memakai nama Islam.

Justeru, saya sangat ingin melihat Islam itu tercermin daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti tersebut, namun saya hampa. Semalam Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis membuat "teguran" yang senada dengan aspirasi saya itu. Saya perturunkan semula teguran yang disiarkan Mingguan Malaysia itu di sini.

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain. Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga? Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!!

Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis. 

16 comments:

Anonymous said...

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ..lebih baik masuk politik ..baru kenal politik umno @ Pas ..
Tan Sri Harussani ..memang dah terlibat politik umno..statementnya kita faham ia berat kemana..
Generasi muda dan terpelajar ..Ini harapan generasi yg menlinkup umno banyak negeri..Ia lebih cerdik apa orsng umno ,Tan Sri Harussani dan Dr. Mohd Asri Zainul..so fikirlah mana yang benar ..1.Satu pihak perjuang kebangsaan ..2.satu pihak nak tegakkan hukum Islam ..

Mohd Kamal Adzrin said...

saper penulis ni?
lain yg dr asri tegur, lain plak yg dia komen. huhuh

Anonymous said...

bekas mufti perlis ni xnak cite pasal hukum bom org ataupun makan duit rakyat ke?

Zik said...

datuk asri masih confius lagi tu...xdak benda yg sama antara PAS dan UMNO..kalu dua sama xdak faedahnya kalu salah satu parti wujud utk org Melayu.. Datuk Asri kena keluaq sikit kepompong pendakwah saja..cuba masuk umno sat pastu masuk pas pulak...baru tau mana baik mana buruk!!!kalu umno bagi dia baik..takpalah masuk umno..kalu pas lebih baik masuk PAS..apa macam cabaran ni..semua org bole bersyarah sana bersyarah ini..tapi bolehkan laksanakan syarahan anda Datuk Asri dan jadikan realiti..itulah kemandoman kebanyakkan pendakwah..bersyarah pandai..bila mai realiti..kaput..cth Dr. Masitah..hal pokok masuk sebelah umah pun boleh naik court!!

Nasihat said...

penulis tersebut sehaluan dengan dr asri menegur pas dan ahli-ali serta penyokongnya supaya jangan memaki hamun serta mencerca jika berlaku perbezaan pendapat diantara pihak yang satu lagi kerana ianya meruapakan satu dosa dan akan disoal di akhirat kelak ... aku rasa bolehlah diterima supaya akhlak kita terjaga, mungkin beliau menegur itu kerana sayangkan pas, jangan prajudis.

zali said...

tahniah TiPU kerana menyiarkan
thread yang membina sebegini.

tapi sayang...sesetengah orang
tak dapat menerima teguran
apalagi bila terkena batang
hidung sendiri.

harap TiPU akan dapat menyiarkan
lagi tread membina tak kira dari
siapa dan pro mana...

BUJANG SUSAH said...

no hal punya klau setakat teguran yg membena.. tp awat tegur sebelah pehak jer? Bukan ke UMNGOK 95% ahlinya melayu yg mengaku islam? awat x tegur dia org? dia org semua maksum ka? menteri2 dia org semua maksum ka? ke sebenarnya teguran hanya untuk org2 yg pastinya tidak akan mengambil tindakan ke atas kamu? Pegi la tegur najib tu suruh bini dia pakai tudung. mai cakap pada dia tidak elok isteri seorang pemimpin yg mengaku islam tp x menutup aurat.. amacam dr asri.. ada berani ka? ke ada apa2 alasan lain? dgn kami semua ni boleh la hangpa dok perlekeh. Ikhlas tu mmg Allah saja yg tahu... tp segala teguran kamu tu tidak langsung melambangkan keikhlasan kamu. wassalam.

CUPING MERAH said...

alaahh.. klau tegur pemimpin kluar la paper..
klau tegur puak umngok satu berita pon tkdak..hampeeh!!

tengok lirik lagu yang asri cipta dah kena gam..

betul gak kata asri penyokong pas suka maki..emm termasuk la aku..

klau dah masuk rumah orang tkde beradab jawapannya ialah maki..

kahakk..ptuiiih!! umngok

Anonymous said...

wahahaha..dalam bab tegur ada kaedah laa..cube ar cari tok2 guru belajor pasal bab amal makruf nahi mungkar..cuba tanya tokguru tu spesifikkan pasal bab tegur ngan lidah tu..dia ada tiga kaedah dalam tegur guna lidah ni..nanti korang dapat ar jawapannya..samada maki tu termasuk dalam kaedah ke tak korang p cari ar sendiri...apa yang penting...UMNGOK dan zali...khaaaaaaaaakkkkkkkk ptuuuuuuuiiiiiihhhhhhh!!!dalam lubang idong.

Prof. Era Pasca said...

baginda bukan xnak ikut ataupun nk membantah... tp sy nak tanya kenapa bila PAS dimana parti yang bawak nama PARTI ISLAM mencerca kenanye teruk spt kate harusani? kenapa bile ada nama islam tak boleh mencerca? (baginda tak cakap tak boleh atau boleh ye) lg satu sy nak tanya lagi lah... kalau UMNO mencerca takpe ke? dosa die sikit? sikit kut sebab die takbawak nama islam lam nama partinya? maka pas cerca dosa byk? umno sj boleh cerca? dosa sikit? tak paham saya...

pastu kalau umno mencerca orang akhlak islam tak teruk? oooo kalau camtu sahlah umno bukan parti yg bertunjangkan islam? bertunjangkan ape ek? kaum? melayu? nasionalisma? B1N1Malaysia?

Anonymous said...

Penulis tu takde baca blog2 umngok ke..aku masuk ngan tanya sopan je kat blog parpu beruang,dikatanya aku ni anak haram penjilat Nuar juburi..kat Gomo pun sama,indah indah sungguh bahasa puak puak depa..kalau asyik nak berlembut je mampuih le kita semua.Kita dok dengar ceramah elok elok pun depa panggil fru datang pukul.

manja said...

org jadi begini sebab stress..dah terlalu lama di pijak2 dek amno yg segala hal salah laku .rakyat macam kami dah tak tahan..buat laporan polis pun tak ada siapa siasat...sprm lagi jadi lembu amno..suhakam pulak dak berkesan..qadhi2, jawi pulak sampai sekarang senyap seipol vs anwar qazaf..rakyat marhen macam kami ni boleh tolong maki sama bila ada amno atau org besar2 buat jahat..lega ..rasanya bila dah tibai amno,hang tak mau maki hang nak cakap elok2...bangsa ni ada dengar cakap hang ka haji asri?dah 50 thn ...apa yg amno tak buat pd rakyat?memali,isa,pkfz,zakat seleweng,jual tanah..pasir pd singapura..1001 macam jijik nak sebut..sendiri tau la..

funny said...

SISTER IN ISLAM...pakai nama islam gak dalam pertubuhan dia....lagi gampang SIS ni...bawak pahaman liberal yang menyesatkan...terang terang kutuk undang undang islam...Ust Asri tak nak tegur ke?apa pulak pandangan ust.asri ni terhadap cadangan supaya gerakan SIS ni disiasat dan diharamkan kalau ternyata menyesatkan

tak nak tegur sebab banyak anak bini pemimpin org UMNO dalam SIS ni ke?

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Saya rasa jelas apa yg nak disampaikan......iaitu dalam apa2 hal pun termasuklah dalam berpolitik kita kenalah jaga akhlak kita....kerana akhlak itu mencerminkan keimanan kita. Dalam hal ini siapa yang makan cilinya, dialah yg merasa pedasnya tak kira le UMNO, PAS, PKR, SIS atau mana2 parti, pertubuhan atau individu....hukum ini tak terkecuali. Tugas pendakwah itu hanya menyampaikan...selebihnya tugas masyarakat untuk mengamalkannya atau membuangnya. Wallahu'alam.

Anonymous said...

ustaz asri, tlg la ulas isu SIS tu dulu. isu tu lagi penting ... apsal senyap je..takut dgn umno ke ?

Berasap said...

islamnya pemimpin umno ialah membiarkan isteri mereka sentiasa tidak pakai tudung,kalau ada majlis kematian baru nak bertudung,itu pun nak tunjuk jugak jambul. adakah ini yang nak diambil sebagai contoh?