"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 24, 2009

Ku Li: Kelantan Berhak Terima Royalti..!

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti 5% seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang termeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri. justeru itu kerajaan pusat tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada Kelantan.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5% keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5% setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka wajib Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5% ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari 5% itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

20 comments:

Lim said...

By Friends of Teoh Beng Hock

This is a true story. Teoh Beng Hock was getting fed up in his job working for Ean Yong and Ronni Liu. It is an open secret now that Teoh had told his fiancee that he want to quit his job with Ronni Liu and Ean Yong and move back to Melaka. Why? Teoh was known as a bright young man with a good future in politics. And he was given a dream job - working for Ronni Liu and Ean Yong at so early age and a bright start to his career. Why did he become so unhappy so quickly with his job that he wants to resign and move back to Melaka?

The problem started soon after the March 8th election after Ronni Liu was appointed the STATE EXCO MEMBER AS PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN DAN PENYELIDIKAN.

Ever since then Ronni has been up to no good. Ronni has been siphoning money out from the rakyat. He has been siphoning out the RM500,000 discretionary fund that is available for each DUN. The wakil rakyat are supposed to spend this RM500,000 discretionary funds at their own discretion to repair the drains, repair roads and the bridges.

As the Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Ronni has the power over all the majlis daerah, majlis perbandaran and pihak berkuasa tempatan inside Selangor. What Ronni and Ean Yong doing was to get their underworld friends to set up dummy companies and bid for 'dummy' projects to siphon out the money.

But Teoh Beng Hock was the wrong guy to do their dirty business. Before working for Ronni and Ean Yong, Teoh Beng Hock worked for Tony Pua the other DAP Member of Parlimen. Remember in March 2009 the DAP accused UMNO Youth of bullying Karpal Singh in his wheelchair in the Parliament. Photographs were showing Karpal Sing "being bullied" by UMNO Youth. Then a few days after that a video appeared which showed the opposite - that the UMNO Youth fellows did not threaten or harm Karpal Singh. They were standing there and were talking in rude way to Karpal. This video was taken by Teoh Beng Hock. This video seriously embarrased the DAP because it shows that the UMNO Youth did not touch Karpal Sing. The DAP was very angry with Teoh Beng Hock for taking this video and giving it to people.

This is the not the first time the DAP was embarrased. Remember a few years ago Theresa Kok 'exposed' a video of a Chinese woman from China being asked to do naked squats in a Police station. Theresa Kok made a big fuss about the video. Then it was exposed that Theresa's claim about Chinese being bullied by Police was false. The girl in the video was a local Malay who was caught for drugs. After that Theresa dropped the issue. The Malay girl was not important to Theresa. She only made an issue when she thought it was a Chinese girl involved. After that Theresa Kok never visited the malay girl or even bother to find out about her - because she is a Malay.

So the DAP is very good at making themsleves stupid. But people always forget. After Teoh Beng Hock exposed the real story about Karpal Sing and his wheelchair, the DAP fired Teoh Beng Hock from working for Tony Pua. Teoh Beng Hock was reassiged to Ronni Liu. Ronni then put Teoh in Sri Kembangan to work for Ean Yong where they can keep an eye on him.

Lim said...

But at that time, after 2008 and in 2009 Ronni and Ean Yong were already siphoning money from the RM500,000 DUN discretionary funds. There were about 250 small projects worth RM50,000 or less which they had used to siphon out the money. These were all false projects or overpriced projects. Dummy companies were set up by Ronni's underworld friends, including bumi companies and also companies registered in China or involving Chinese directors.

The dummy companies then submitted invoices for false projects (which did not exist) or overpriced the projects. If there was any work done, only a small portion of the payments were paid to the project. The rest of the money was siphoned out by Ean Yong and Ronni Liu. Teoh Beng Hock was asked to process the paperwork for his boss Ean Yong. If there were any problems, Ean Yong asked Ronni Liu's help to approve the projects.

For each dummy project, Ean Yong and Ronni Liu took out about RM30,000 or less - small amount. The total number of projects that were dummy is about 250. So Ronni and Ean Yong siphoned out about RM6.0 - RM7.0 million of the rakyat's money from 2008 - 2009. This money was paid into private account controlled by Ean Yong and Ronni. The Police must arrest Ean Yong and Ronni and interrogate them about all these payments and accounts.

Teoh Beng Hock carried all the dummy project details and some of the invoices in his laptop computer which is now with the MACC and now given to the Police Forensics. Before Teoh Beng Hock died, he had agreed to be a witness for the MACC and he also signed a statement which proves the involvement of Ronni Liu and Ean Yong in siphoning rakyat's money from the Selangor State Government. Teoh had also agreed to fetch more documents to prove the connection between Ean Yong, Ronni and the underworld. This is what YB Wee Choo Keong was referring to when he said that there were underworld connections with Pakatan is Selangor.

In the laptop computer there is also a few invoices which Teoh had saved. These are belief to be fake invoice because how can invoices be found inside Teoh's laptop? Not just dummy company, and dummy project but they also manufacture dummy invoice. By 3:45 a.m. Teoh realised that he was in serious trouble. His signed the statement also means that the whole DAP will be exposed as corrupt and fraud. But still Teoh signed the statement with the MACC.

Teoh also received many phone calls when he was driving by himself to the MACC at 5pm the previous day. Police are now trying to find out who are the people who called or sms Teoh. The Police must also check Ronni Liu's handphone and also Ean Yong's. Did both these people call Yeoh and threaten him or frighten him - which caused Teoh to commit suicide?

The evidencs show that Teoh committed suicide. The door to the MACC is a glass door which uses a magnetic swipe card. No one can open the door from inside or outside without swipe card. So no one killed Teoh from outside. The MACC did not kill Teoh because Teoh was their main witness who have signed a statement that Ean Yong and Ronni were already corrupt. Teoh also agreed to bring some more documents as evidencs for MACC. Teoh's statement is also tape recorded and maybe a video record is also available. This is the true story about Teoh Beng Hock, Ean Yong, Ronni Liu and how they siphon money from the rakyat.

They are DAP all corrupt. People must know.

Anonymous said...

ya.all pakatan are corrupt. just BN is clean, and the best. are you still sleping?

Anonymous said...

aku dapat maklumat bahawa Petronas telah menghantar surat kepada Govt dlm tempoh 48jam selepas TPM arahkan Petronas bagi penjelasan.

Tetapi, Govt tak pernah bagitau ape petronas tulis. Dalam surat tu, petronas ckp dia mintak nasihat daripada Govt if Petronas can pay the 5% royalti to kelantan directly. So, mmg terbukti la Kelantan mmg berhak dapat Royalti, petronas dah bayar kt Govt, cuma govt je tak bayar kt Kelantan.

Anonymous said...

lim

best la cerita ko
boler ceritakan polak kisah skandal pkpz yg melinbatkan kuasa 2 pemimpin tinggi negara bak kata ong kat taet

Anonymous said...

ceritakan tau lim
sb tu pon kisah benarr
aku nk dger dari ko

Anonymous said...

kalau betullah ada peruntukan kepada setiap wakil rakyat sebagaiman yg dinyatakan oleh posting di atas.. mana peruntukkan disalurkan oleh wakil rakyat BN.. kat kawasan aku tak pernah nampak pun..

Anonymous said...

err... kalau kelantan keluar malaysia macam singapura... masihkah lagi itu perairan malaysia???

Anonymous said...

pasal peruntukan tu...
hek eleh... dulu lepas PRU12, peruntukan tahunan yang diberi kepada adun BN dah habis digunakan katanya... padahal baru bulan tiga... pejadah babi-bahi di bpr tak siasat masa tu???

tunggu tukar kerajaan nanti mula la nak mengaku kot... patut masa tu... humban semua lam jel, biar kena sontot ngan banduan lain...

bodik said...

kalau kelantan d perintah oleh bn yahudi dah tentu akan d[t royalti minyak. mcm terengganu...mula2 wang ehsan lps tu tukar jadi royalti...inilah yang d katakan pemimpin UMNO YAHUDI.

Anonymous said...

lim? lim goh poh kot?
patut ler kelakar statement tu...kah.kah.kah

i'm no king

yobkopoklekor said...

pemimpin umno kelantan mesti bertanggungjawab tentang isu royalti ini. ataupun wang royalti telah disalur melalui agensi persekutuan tetapi tidak dihebahkan bahawa ia dari hasil wang royalti? rakyat kelantan berhak tahu, perbuatan anda akan ditanya di akhirat kelak!

lann-choue said...

to the above lim , please beware! beware! the internet is not the place to point accusing finger at someone with unproven facts. comment ethically.

Anonymous said...

aku di sini ingin mempromosi nama baru member aku...zahid ehud barak...kah..kah..kah

Anonymous said...

lim...
hang saja nak buat lawak la..
tapi hang jagan lupa depa gomen bole track sapa hantar email tu...
gomen track email hang and cari hang suruh tunjuk bukti..hang ada ke bukti tu...if takde
baru hang tau...depa pangil hang n siasat hang...jgn esok keluar paper
lim kawan teoh terbunuh
lepaas tu sapa lagi nak kaRANG CERITA kes hang mati pulak..

Anonymous said...

salam tp, smlm br sy fwd email yg lim tu paste kt sini...lim tu pun 1, tmpt komen p paste cite pjg lebar..tepek la kt blog sendiri n bc sendiri..hehe..

-sham-

Anonymous said...

nway sy sokong kelantan dpt royalti minyak tu...

-sham-

Umar said...

India penjenayah mampus kita sokong
Cina penyangak mampus kita sokong
Melayu mati tak de sapa pun nak bela?

Unknown said...

Ha ah kan...kan dalam pejabat ISA tu pun banyak juga ...

Nur said...

Artikel ini saya petik dari Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009. Saya sebelum ini cukup konsisten dengan tulisan-tulisan saya tentang moral, etika dan integriti dalam politik. Saya memilih untuk tidak menyertai mana-mana parti politik kerana perjuangan saya untuk melihat politik yang lebih bermoral, bersih dan berakhlak.

Saya menegur, mengkritik dan menghentam UMNO. Saya juga menegur, mengkritik dan menghentam PAS. Kedua-dua parti itu adalah parti yang ditunjangi orang Melayu yang beragama Islam. PAS, lebih-lebih lagi apabila ia memakai nama Islam.

Justeru, saya sangat ingin melihat Islam itu tercermin daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti tersebut, namun saya hampa. Semalam Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis membuat "teguran" yang senada dengan aspirasi saya itu. Saya perturunkan semula teguran yang disiarkan Mingguan Malaysia itu di sini.

Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka.

Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain. Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat.

Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga? Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!!

Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'.

Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga.

Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.