"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 03, 2008

2-2 Berkokok,Bunyi Pun Sama!!!

Assalamu'alaikum...

Kali ni saya tak peduli dah...depa nak panggil saya "penyangak" pun tak mengapa...sikit pun saya tak kisah...apa ada pada nama?hari ni bila baca laporan dari akhbar Sinar & laporan dari laman KLpos ada keserasian dari kenyataan ke2-2 ayam sabung dari UMNO...satu ayam lompat aka ayam pulang ke reban & satu lagi ayam jaguh tingkat 4 putrajaya aka anak babah.ke2-2nya berkokok dalam bunyi yang berlainan tapi dihujung nadanya sama!!!

Ayam pulang ke reban berbunyi begini ketika mengulas kemasukannya kembali kedalam reban -
"ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara"....begitu bunyinya menurut kenyataannya semalam...

Tapi dihujung nadanya pada laporan akhbar Sinar Harian hari ni bernada begini -
"Mahu dedah kepincangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu demi memastikan perubahan dapat dilakukan dan menyerlahkan kebenaran"...itu nada ayam pulang ke reban...topiknya Anwar...

Anak Babah pula berbunyi begini -
"Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!

Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO"
...ada penafian tu...tapi macam biasalah...kita sedia maklum.kalau ada penafian tu,kira macam betul la...sejarah telah mengajar kita...

Tapi yang seronok sekali dihujung kenyataan tu nadanya begini - "Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut"...diakhirnya nada Anak Babah sama dengan nada ayam pulang ke reban...Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akhirnya menjadi topik.

Ada keserasian dalam nada ke2-2 ayam sabung UMNO.walaupun dilihat agak berhati-hati namun jelas serangannya jelas & terus kepada DSAI.ini menguatkan lagi spekulasi "penyangak" macam saya bahawa antara Ezam & KJ ada agenda,perancangan & persefahaman tersendiri yang amat sulit untuk kita fahami demi mencapai matlamat masing-masing.apa yang jelas ke2-2 ayam sabung tersebut amat takutkan bayangan DSAI sehingga tak dapat melupakan nama DSAI didalam mana-mana kenyataan masing-masing.

Kami para "penyangak" akan terus memerhati & berspekulasi...pada ke2-2 ayam sabung UMNO kami nak ingatkan - jangan sesekali tersilap langkah,kadangkala langkah anda terkandas melalui pemerhatian kami!Gelanggang sabung kami x sama dengan gelanggang anda!

Ayam Sabung Berkokok Dah!!!

Assalamu'alaikum...

Tengok pada tajuk satu akhbar hari ni rasanya tak terkejut langsung...dalam hati berkata "aku dah agak dah..."...dah aku jelaskan dalam artikel aku sebelum ni - "Pilihanraya Kecil - Ezam(BN)vs Anwar(PR)"...jadi tak salahlah dalam pemikiran aku selama ni...akhirnya "Ayam Sabung" berkokok juga & mengiakan yg dia sedia untuk menentang Anwar dlm mana-mana PRK bila-bila masa...

Antara kata-kata Ezam - "mahu dedahkan kepincangan politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu demi memastikan perubahan dapat dilakukan dan menyerlahkan kebenaran"...amboi...hebat betul...apa la agaknya perubahan yang dapat dilakukan dari dalam kapal yang hampir karam ye?agak pelik jugak bila aku fikir...kapal dah nak tenggelam baru nak buat renovation...ish...x masuk akal betul la...si Ezam ni terlebih makan panadol ke?

Kita lari sikit dari tajuk...dari pemerhatian aku la,si Ezam ni masuk UMNO bukan sebab apapun...ada kepentingan sendiri ni.bagi aku budak ni nak kan KUASA...betul...lain tak de...kenapa pilih lepas PRU?kalau nak kan KUASA kena la tunggu habis PRU,tengok parti mana yang dapat bentuk kerajaan,barulah terjamin betul tak?kalau sebelum PRU dah tentu tak dapat nak baca parti mana akan menang.so ada 50-50 peluang.kalau masuk mana-mana parti sebelum PRU & jadi calon belum tentu menang sebab rekod tak berapa bagus...yang ada cuma fail je...jadi jalan selamat ialah tunggu keputusan PRU tgk parti mana dapat bentuk kerajaan & ambil masa 3 bulan untuk cari alasan "kukuh" kenapa saya masuk parti sekian-sekian...

Aku yakin kalau keputusan PRU12 haritu memihak pada PR,saat ni Ezam dh berada dalam mana-mana parti komponen PR samada PAS ataupun PKR...KUASA beb...bijak budak Ezam ni...bijak tapi tak de pendirian...kita fikir lojik la kan...perjuangan menuntut kebenaran ada setiap masa kan?cuma platform je berlainan.tak perlu tunggu lepas PRU pun untuk berjuang.cuma keyakinan pada parti je yang nak kena ada.kalau betul sedia bertanding,kenapa masa PRU12 haritu tak bertanding atas tiket bebas?kat sini kita tabik dekat Pak Berahim Ali.tu baru betul berjuang,bukan tunggu tengok parti mana dapat memerintah.

Tapi ada 1 lagi persoalan dalam kenyataan Ezam..."menang atau kalah dalam PRK menjadi perkara no 2..."alamak...spastik betul la Ezam ni...ada pulak jadi calon PRU tapi x kisah kalah ke menang...agak-agak UMNO nak lepas ke ayam sabung macam ni?tapi kalau tak letak lagi la confirm kalah!adoih...mau migrain Presiden Parti Kapal Karam nih...ayam ni betul nak berlaga ke acah-acah je?

Kalau nak dedah,dedah je la Ezam...tak yah tunggu PRK/PRU...ni apa punya perjuangan ni...masuk parti sarkis,otak pun dah jadi otak sarkis...

Memula tuduh kerajaan UMNO/BN korupt...pas tu jilat balik ludah...Ezam...Ezam...

Skuad MAYS Bendung Gejala Sosial.

Assalamualaikum...

Tahniah pada kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu serta Infrastruktur Kemudahan Awam atas keputusannya mahu menggerakkan satu badan yang diberi nama Skuad Masih Ada Yang Sayang(MAYS)iaitu sinambungan dari Skuad Badar(Badan Amar Makruf Nahi Mungkar)yang telah dibubarkan oleh kerajaan negeri terdahulu.

Difahamkan Skuad MAYS akan mengambil peranan sebagaimana Skuad Badar dahulu malah ianya akan diperkasakan lagi pendekatannya untuk memastikan pelaksanaannya lebih teratur & menyeluruh.

Kita amat mengharapkan agar penelitian terhadap pelan ini akan dipercepatkan seterusnya mendapat perkenan dari Sultan Selangor & dapat dilaksanakan secepat mungkin.bukan apa...perkara yang baik harus disegerakan.rakyat dah muak dengan perkara maksiat disana-sini tanpa ada pencegahan dari mana-mana pihak.pihak yang ada sekarang pun seolah-olah tidur lena.akibatnya berbagai-bagai kes-kes maksiat,sumbang-mahram,gejala sosial,anak luar nikah,buang bayi,rogol,seks bawah umur,mat rempit & minah rempit,dadah,arak & berbagai-bagai lagi perkara mungkar berlaku disekeliling kita seolah tidak dapat dikawal.

Merujuk pada kata-kata Dr Hassan Ali "mencegah lebih baik dari merawat" memang kita amat bersetuju dengan pendekatan tersebut.kita tak mahu lagi adanya gejala yang "diluar kawalan" kerana sikap "tunggu & lihat" seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pada bakal petugas Skuad MAYS,diharap dapat menjalankan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi dengan 1 niat "kerana Allah".kita tidak mahu lagi lihat adanya kes-kes yang "diluar" rekod kerana membabitkan VIP atau orang-orang penting didalam masyarakat.wajib difahami oleh para petugas bahawa setiap dari kita adalah Hamba Allah dan tidak ada tolak ansur bagi setiap kemungkaran yang dilakukan.

Sesiapa juga yang bersalah mesti dihadapkan kemuka pengadilan.jangan lagi selepas ini ada kes "jerung & ikan bilis".kita pula sebagai rakyat wajib bekerjasama membasmi kemungkaran dalam masyarakat kita.

Rakyat Perak Nak Tahu...

Assalamualaikum...

Tak habis lagi dengan pendedahan kerajaan negeri yang baru tentang perilaku kerajaan negeri terdahulu.di Perak MB Ir Nizar mendedahkan bagaimana bekas ADUN & bekas exco BN menghabiskan sebanyak RM8juta peruntukan kerajaan persekutuan dalam masa 2 bulan sebelum pilihanraya.

Cukup hebat...RM8juta dalam masa 2 bulan sahaja.kalau 1 tahun mahu mencecah R48juta!bukan sikit jumlahnya tu & macam biasa jawapan yang diberi ialah :
peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan itu adalah dana kerajaan Persekutuan yang diluluskan pada Oktober 2007 dan ia dibelanjakan dengan sah kerana peruntukan kerajaan pusat dibenarkan dibawa ke tahun berikutnya untuk dimanfaatkan bagi menyiapkan projek-projek kecil.itu kata bekas exco kerajaan negeri sebelum ini Datuk Ramly Zahari.

Macam biasalah...setiap pembongkaran adalah penafiannya...tapi apa yang dipersoalkan bukan dari mana duit itu datang.yang dipersoalkan ialah bagaimana duit itu DIHABISKAN dalam masa 2 bulan sahaja...jadi para bekas ADUN & bekas exco...bentangkanlah pada umum untuk apa & bagaimana wang sebanyak tu dihabiskan...kalau banyak sangat dalihnya tak mustahil anda semua akan dicap sebagai penyeleweng.kalau betul dibelanjakan untuk rakyat,tak perlu takut & berlengah untuki mendedahkan...berani kerana benar,takut kerana KORUP!

Monday, June 02, 2008

PAKATAN RAKYAT MAHUKAN SOALAN DARI ANDA.

dipetik dari : Tranungkite

PAKATAN RAKYAT MAHUKAN SOALAN DARIPADA ANDA

Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 19:27:22 MYT oleh greenboc
Oleh tele_bam

"a
AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat
mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.

Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.

Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara.

Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada http://mail.google.com/mail/h/1i6e6uos8s9o4/?v=b&cs=wh&to=parlimenpakatanrakyat@gmail.com

Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:

- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)
- alamat dan no telefon
- Ahli parlimen di kawasan anda

dipetik dari http://www.suarakeadilan.com/sk/

Kerajaan Pusat Yang "Prihatin"...

Assalamualaikum...

Bosan betul bila baca kenyataan media dari wakil kerajaan pusat...terbaru sekali ialah kenyataan dari TPM sendiri yang menafikan bahawa Kerajaan Pusat tunduk kepada pembangkang didalam isu BMC...lepas Sulaiman(Timbalan Menteri Pelancongan - Isu MOU pelancongan)kali ni giliran "Timbalan Perdana Menteri" pulak menonjolkan ke"dungu"annya...malang betul rakyat Malaysia dapat TPM lembab...

Memang betul kerajaan pusat tidak tunduk pada pembangkang,memang betul...Keputusan Kerajaan Pusat mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Hussein Onn dibuka serta-merta bukan atas desakan atau tunduk kepada parti pembangkang sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan pusat "prihatin terhadap penduduk di kawasan itu"...amboi...sedap ayat tu...

Prihatin ye?betul la tu prihatin...krisis tu dah berlanjutan selama 2 tahun baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ya Najib?prihatinnya kamu...dah berbelas kali penduduk BMC berdemo membantah baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?Kesnya dah sampai ke Mahkamah baru kamu nak cerita tentang prihatin ye Najib?hampir semua akhbar menyiarkan laporan tentang masalah penduduk BMC baru hari ni nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?boleh dikatakan dalam semua saluran berita ada keluar berita penduduk BMC baru hari ni kamu nak cerita tentang "prihatin" ye Najib?

Najib & Kerajaan Pusat memang prihatin...buktinya semua fakta diatas tu...& juga sedikit penambahan lagi...oleh kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin" pada rakyat makanya sepanjang minggu lepas hampir seluruh penduduk BMC terpaksa keluar berdemo untuk menyatakan bahawa Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin" pada rakyat Malaysia.oleh kerana ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia jugalah makanya FRU terpaksa dikerahkan untuk "menjaga" keselamatan penduduk BMC & "membelasah" para penduduk yang berdemo menyatakan ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia...

Ada lagi...oleh kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin"lah makanya penduduk BMC mengumpul sendiri wang untuk menyewa jentolak untuk mengalihkan tembok penghadang yang dibina oleh Syarikat Konsesi terbabit.semua itu dilakukan sebagai membuktikan ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Malaysia tak begitu?juga kerana Najib & Kerajaan Malaysia "prihatin"lah makanya Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat terpaksa terpaksa menghantar surat kepada Menteri Kerja Raya,Datuk Ir Mohd Zin Mohamed meminta campur tangan menteri untuk menyelesaikan krisis BMC.semua itu berlaku kerana ke"prihatin"an Najib & Kerajaan Pusat...

Saya sebagai rakyat Malaysia merasa amat berbangga kerana Najib & Kerajaan Malaysia "amat prihatin" pada masalah rakyat...Syabas Najib.anda memang "prihatin"...anda bukan sahaja "prihatin" malah anda juga amat-amat LEMBAB!!!LEMBAB segala-galanya...saya ingin mencadangkan supaya Najib & Kerajaan Malaysia menjadikan "LEMBAB & PRIHATIN" sebagai motto Kerajaan Pusat.amat sesuai dengan cara kerja anda...pelaksanaan yang "LEMBAB tetapi "PRIHATIN" memang menjadi tatacara kerja Kerajaan Pusat selama ini...lagi bagus kalau ditambah satu lagi perkataan pada "motto" baru Kerajaan Pusat..."LEMBAB,KURANG AKAL tetapi PRIHATIN"...cukup sesuai!!!

Sinar Harian - Media Alternatif Terbaru.

Assalamualaikum...

Ini bukan promosi tetapi kenyataan.siapa antara pembaca yang pernah mendapatkan Sinar Harian sebagai bahan bacaan & sumber informasi anda?saya telah mengikuti perkembangan akhbar Sinar Harian semenjak ia mula diterbitkan pada tahun 2006 di Terengganu & Kelantan.pada masa itu saya bekerja di Kemaman & sehingga kehari ini saya masih menjadikan akhbar Sinar Harian sebagai media informasi saya selain laman-laman web & blog.

Tak dinafikan akhbar tersebut menepati kehendak saya tetapi bukan bermaksud ianya hanya menyiarkan berita dari sebelah pihak sahaja ataupun hanya dari parti pembangkang sahaja tetapi ianya amat menyeluruh bagi saya.banyak yang didedahkan.bagi saya akhbar Sinar Harian adalah satu-satunya akhbar yang amat rasional didalam penyampaian berita & maklumatnya.

Hari ini kita dihidangkan dengan satu berita pendedahan dari kerajaan & keesokan harinya atau 2-3 hari selepas itu kenyataan dari pembangkang pula akan mengisi ruang akhbar sebagai kesinambungan berita.ada tuduhan & ada penafian.ini amat bertepatan dengan etika kewartawanan bagi saya.semua pihak diberi ruang untuk menyatakan pendirian masing-masing & pembaca boleh menilai setiap berita itu dengan amat matang.berbeza dengan media perdana yang sudah dianggap "senior"...hanya pandai menyiarkan berita dari sebelah pihak sahaja & pembaca pula terpaksa bersusah payah mencari kesahihan berita tersebut.

Kita mengharapkan agar akhbar Sinar Harian terus bersikap profesional dan menjadi media informasi yang amat berguna bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa memikirkan keuntungan semata-mata dan semoga Sinar Harian tidak akan berpihak kepada mana-mana parti baik kerajaan mahupun pembangkang didalam menyampaikan sesuatu berita.

Ingat - Maklumat Benar,Rakyat Sejahtera.

Semoga Sinar Harian terus gah menjadi media informasi rakyat Malaysia & diharap akhbar ini tidak akan tersenarai didalam list "BOIKOT MEDIA" satu hari nanti.

Sunday, June 01, 2008

Bila Loceng Berbunyi...

dipetik dari KLpos :

Oleh Ahmad Shukran Shaharuddin
Ahad, 01 Jun 2008

SUASANA di Parlimen kini banyak berbeza. Banyak kalangan pasti lega persidangan yang berlangsung hampir sebulan ditangguhkan Khamis lepas.

Ia bersambung lagi Jun...

Pelbagai drama, kejutan dan telatah dapat dilihat di Dewan Rakyat sejak ia mula bersidang 28 April lepas dengan catatan sejarah bahawa 99 anggota baru masuk gelanggang buat pertama kali, sebagai pembuat undang-undang.

Persidangan badan perundangan (legislative) itu pasca pilihan raya ke-12 menjadi tumpuan, manakala anggota-anggota dewan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian, baik penyokong kerajaan mahu pun pembangkang, antara sebab utamanya mungkin kerana ia disiarkan secara langsung oleh RTM1, satu sejarah baru.

Ia menarik perhatian kerana Barisan Nasional (BN) hanya menguasai majoriti mudah apabila pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai 81 kerusi, di samping seorang wakil Bebas.

Gelagat wakil Bebas tunggal dari Pasir Mas itu, Datuk Ibrahim Ali sering diperhatikan kerana bertindak sebagai "orang di atas pagar".

Detik-detik yang berlaku menyuburkan amalan Demokrasi Berparlimen di negara ini, dengan Yang di-Pertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee sentiasa tercabar setiap kali mengendalikan perjalanan mesyuarat yang kadangkala bertukar hangat akibat tingkah laku sesetengah anggota Parlimen yang mencabar kewibawaan mereka.

Semua ini membuktikan bahawa Dewan Rakyat bukan hanya 'rubber stamp' untuk meluluskan undang-undang seperti yang pernah didakwa pembangkang, yang seterusnya digunapakai dalam urusan rakyat seharian apabila diluluskan.

Apabila RTM menyiarkan secara langsung sesi soal jawab selama 30 minit, 'orang-orang lama' di dewan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri masing-masing.

Pada hari pertama, pelbagai peraturan mesyuarat dikemukakan kepada speaker menyebabkan sesi soal jawab terganggu hingga akhirnya hanya tiga soalan yang mampu dijawab pihak kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

"Ini semua sebab nak masuk televisyen," kata Ibrahim Ali, yang bertanding menggunakan tiket Pas dan orang yang mula-mula dibidas Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) selepas selesai upacara mengangkat sumpah kerana Ibrahim tidak memakai lounge suit sebagaimana yang disyaratkan.

Namun Pandikar membuat `ruling' kemudiannya dan memberikan kelonggaran kepada Ibrahim kerana beliau tidak mempunyai ketua Whip untuk memberitahunya sebagai wakil bebas.

Ibrahim segera memuji: "Tahniah, Tuan Speaker memang bijaksana".

Wakil Parlimen dari Sabah Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Abdul Ghapur pula lantang bercakap mengenai masalah rakyat Sabah, sambil memberi amaran tsunami politik lebih dahsyat boleh berlaku jika rintihan rakyat negeri itu tidak diambil peduli oleh pimpinan Barisan Nasional Pusat.

"Bukan bererti apabila kita menyuarakan aspirasi rakyat, kita menentang kerajaan. Bukan bererti apabila kita keluarkan kata-kata keras, kita nak melompat parti. Apa yang kita nak beritahu di Dewan ini, rakyat Sabah tidak melompat seperti lima buah negeri di Semenanjung," kata Anifah.

Menurutnya, tidak mustahil lompat "keluar dari rumah banglo dan masuk rumah teres, jika mereka tidak diberi ruang yang cukup di rumah banglo. Rumah teres pun rumah tereslah, asal kita sama-sama menikmati kemudahan. Tinggal di rumah banglo pun tidur di tepi tandas sahaja," kata Anifah.

Kenyataan seperti itu membuatkan ura-ura kononnya wakil rakyat melompat parti menjadi hangat lebih-lebih lagi kerana sebelum ini Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beberapa wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pembangkang untuk menubuhkan kerajaan.

Hakikatnya tidak diragui apabila Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) mengakui ditawarkan pihak pembangkang dengan bercakap kepada wartawan di luar Dewan bahawa ganjaran itu `cukup untuk hidup selama tiga generasi'.

Hasilnya dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dibuat oleh Abdul Rahman di Sabah dan Kuala Lumpur.

Sidang kali ini juga tidak sunyi dengan ungkapan kurang manis dilemparkan antara penyokong kerajaan dan wakil pembangkang, seperti `Projek Babi Negara' oleh Mahfuz Omar dari PAS sebagai reaksi kepada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang memberi kependekan P-K-R untuk "Projek Khinzir Raksasa".

Tidak cukup dengan itu, ungkapan bahasa Tamil iaitu `ukkar' (bermaksud duduk) oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron membuatkan persidangan tergendala sehingga 10 minit berikutan pertikaman lidah dengan pembangkang kerana dikatakan boleh membawa maksud yang lucah jika salah sebut.

N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang cuba memberitahu speaker maksud ungkapan Tamil itu kemudian terpaksa memohon maaf atas perbuatannya melangkaui tempat duduknya dan pergi ke sisi Speaker untuk membisikkan maksudnya.

Lobi Parlimen juga tidak kurang sunyi dengan peristiwa baru apabila Gobalakrishnan membawa anak perempuan P Waythamoorthy berumur enam tahun dan mengadakan sambutan majlis hari jadi bersama kek dan menyanyikan lagu `Happy Birthday To You'.

Ibrahim pula diserbu sekumpulan 30 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda kerana beliau didakwa menghina Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kerana tidak bangun semasa mahu bercakap di dalam Dewan sedangkan Karpal memang berkerusi roda kerana kecederaan jalan raya sejak 2003.

Keadaan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen seperti Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menimbulkan isu keselamatan di Parlimen yang kini begitu mudah didatangi orang luar.

Bekas anggota Parlimen Hulu Langat Badrul Hisham Abdul Aziz yang sering datang mengikuti persidangan di Parlimen, berkata suasana Parlimen pada tahun 80-an tidak sesibuk sekarang malah kawasan meletak kereta sentiasa penuh dan seringkali melimpah ke kawasan luar Parlimen.

Pihak media juga terpaksa mengerahkan lebih ramai wartawan bertugas sehingga lima atau enam orang di Parlimen menyebabkan Pusat Media Parlimen sesak dan memerlukan tambahan kerusi meja.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga seringkali dilihat berada di pejabatnya di bangunan Parlimen sekiranya tidak ada urusan di luar dan mengadakan beberapa mesyuarat, begitu juga timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rabu lepas, buat pertama kalinya satu undi belah bahagian diadakan berbeza dengan biasanya undian suara, atas permintaan wakil pembangkang bagi meluluskan sebahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (2007) 2008.

Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cubaan pembangkang untuk tidak meluluskan Rang Undang-undang itu di bawah tajuk Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun berjumlah RM16.810 bilion sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Implikasinya, jika BN tidak boleh mengatasi undi pembangkang pada undi belah bahagian itu, wang yang sudah dibelanjakan kerajaan tidak sah dari segi undang-undang.

Keputusan untuk menjalankan undi belah bahagian menyebabkan ramai anggota BN yang berada di luar dewan termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Timbalan Menteri yang berada di Dewan Negara yang sedang bersidang bergegas masuk ke Dewan Rakyat untuk mengundi.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilihat keluar dari Dewan untuk memanggil masuk anggota dari kerajaan yang berada di luar.

Hasilnya BN mengatasi undi pembangkang dengan 92 undi berbanding 60, dengan seorang tidak mengundi...sekali lagi semua menoleh ke arah Ibrahim Ali yang sebelum ini disyaki tidak mengundi calon pembangkang untuk pemilihan timbalan speaker.

Apabila ditemui selepas undi belah bahagian, beberapa anggota pembangkang yang ditemui berkata: "Mungkin kami akan bernasib baik pada masa akan datang."

Kehadiran anggota menjadi soal penting kali ini di Parlimen, dan apabila loceng berbunyi, ia mampu mencetuskan spekulasi.

Batal MOU Pelancongan - Kerajaan Pusat Kebudak-budakan.

Assalamualaikum...

Khamis tempohari sekali lagi Parlimen gamat dengan soalan bertubi-tubi dari wakil pembangkang kepada wakil kerajaan tentang rasionalnya keputusan kerajaan pusat membatalkan memorandum persefahaman berkaitan pelancongan di 5 negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.


Timbalan Menteri Pelancongan,Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman diasak bertubi-tubi dengan berbagai soalan & kecaman wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.setelah teruk diasak Sulaiman hanya mampu memberi alasan - kerajaan pusat sebelum ini menghadapi masalah & kesulitan dengan negeri pembangkang kerana negeri tersebut tidak membayar gaji Kakitangan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri(MPTN).


Sulaiman juga mengatakan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas kerana kementerian tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri.kerajaan pusat tetap akan bekerjasama dengan negeri di bawah pentadbiran pembangkang tambahnya lagi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia(pindaan)2008 di dewan rakyat Khamis lalu.

Apa yang kita faham didalam masalah ini ialah,tuduhan Sulaiman & kementerian Pelancongan sebenarnya yang tidak berasas sama sekali.memang benar kerajaan negeri tidak membayar gaji kakitangan terbabit kerana ia bukannya dibawah bidang kuasa kerajaan negeri sebaliknya SEBARANG URUSAN BERKAITAN GAJI KAITANGAN TERBABIT ADALAH URUSAN MPTN YANG DIKENDALIKAN OLEH KEMENTERIAN PELANCONGAN MANAKALA KEMENTERIAN PELANCONGAN PULA BERADA DIBAWAH BIDANG KUASA KERAJAAN PUSAT!


Samada kita yang tidak faham bidang kuasa kerajaan pusat ataupun wakil kerajaan pusat sendiri yang tidak faham bidang kuasa kementerian sendiri.apa yang nyatanya ialah wakil kerajan pusat adalah mereka-mereka yang tidak punya kreadibiliti untuk memegang jawatan didalam portfolio masing-masing sehingga apabila berhujah di Parlimen pun mereka-mereka ini sekadar berhujah seperti "budak-budak"...sekadar bercakap tanpa fakta yang menyokong hujah.ini menjadikan apa sahaja yang kerajaan pusat lakukan seolah benar & rasional belaka.


Kerajaan pusat pula semakin hari semakin memperlihatkan kebudak-budakan setiap wakil kementeriannya dengan mengetengahkan wakil-wakil yang sebenarnya tidak layak untuk berkhidmat,rata-rata wakil kementerian kerajaan pusat hanya pandai membaca tetapi tidak meneliti & berfikir sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan.


Apa kreadibiliti wakil kementerian kerajaan yang dapat dibanggakan jika segala hujah dapat dipatahkan dengan fakta dari wakil kerajaan negeri sahaja?inikah barisan exco yang "berkualiti" dari kabinet Pak Lah?

Saturday, May 31, 2008

Pilihanraya Kecil - Anwar(PR) vs Ezam(BN).

Assalamu'alaikum...

Khabarnya Anwar masih menunggu surat pengesahan rasmi bahawa beliau layak memegang jawatan awam selepas menjalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah yang hingga kini dinafikan beliau.menurut Anwar,sebaik sahaja mendapat pengesahan,beliau tidak akan teragak-agak untuk bertanding didalam mana-mana pilihanraya kecil yang bakal diadakan.dimana?itu tak menjadi masalah bagi Anwar kerana menurut PKR semua MP & ADUN PKR bersedia melepaskan jawatan mereka bagi memberi laluan kepada PM in waiting mereka.

Siapa bakal lawan Anwar?bagi saya...dari kalangan UMNO sekarang,tiada yang lebih layak selain saudara Ezam.walaupun masih baru & mentah(kununnya)didalam UMNO Ezam bukan calang-calang orang & ini harus diterima oleh semua ahli UMNO tak kira junior mahupun senior.

Mengapa Ezam?

Kita harus melihat pengalaman Ezam bersama Anwar sebagai taruhan.siapa yang lebih mengenali Anwar kalau bukan Ezam.sebelum era Reformasi Ezam sudah bersama Anwar,dalam era Reformasi pun saudara Ezam juga masih bersama Anwar malahan sama-sama berkongsi pusat tahanan ISA bersama Anwar.wujudnya PKR pun hasil usaha Ezam & Anwar & 2 kali pilihanraya Ezam telah bersama Anwar & akhirnya dikhabarkan Ezam keluar dari PKR pun kerana berselisih faham dengan Anwar...jadi siapa lagi yang lebih layak untuk bertanding dengan Anwar kalau bukan Ezam?

Bagi Anwar pula,pasti tak menjadi masalah sekiranya lawannya bukan Ezam.kalangan ahli UMNO pun...jika dijadikan lawan PR dalam mana-mana pilihanraya kecil pasti akan terkubur tak kira siapa wakil PR pun...lihat saja keputusan PRU12 tempohari.itu buktinya...UMNO/BN hampir terkubur.

Jadi,saya meramalkan seandainya pilihanraya kecil diadakan dimana-mana tempat dibumi Malaysia,sudah pasti pertembungan dua pejuang ini akan berlaku & ianya bakal menjadi pilihanraya kecil paling hebat dalam sejarah Malaysia.LAWAN TETAP LAWAN!!! vs LAWAN TETAP LAWAN!!!

2 calon dari 2 parti yang hebat,ke2nya pernah bekerjasama,ke2nya bekas ahli UMNO,ke2nya dilucutkan keahlian,ke2nya mewujudkan PKR,ke2nya sama-sama membangkitkan era Reformasi & ke2nya punya idola masing-masing.bezanya seorang masih setia dengan perjuangan Reformasi manakala seorang lagi berpatah balik.

Sama-sama kita tunggu pertembungan 2 gergasi Reformasi.pasti hebat & pasti menjadi sejarah paling hebat dalam politik Malaysia.Ayuh Pakatan Rakyat...perang semakin hampir,mulakan semua jentera dari sekarang!!!