"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 20, 2008

BERAPIT ANTARA MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI

Malam Isnin Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Perak telah sepentas berceramah di Berapit. Hujan renyai. Turut sama di Berapit ialah Jeffery Kitingan. Apa yang menarik ialah kesemua penceramah ini memulakan ucapan mereka dengan 'percubaan' untuk menjadi multilinguist.

Vanakam dan ni how ma bersepah-sepah keluar dari atas pentas.

Telah sampai masanya para politikus kita mempelajari semua bahasa agar ni how ma dan vanakam ini bukan hanya untuk dijadikan 'PR' - atau pemanis mulut.

LOKMAN ADAM DAN EZAM DI SEMAMBU

Lokman Adam sama seperti Ezam Mohd Nor telah juga berkempen secara kecil-kecilan di Sungai Semambu Permatang Pauh.

Agenda yang di bawa Lokman Adam ialah : kenapa Anwar Ibrahim tidak ingin bersumpah.

Satu pekara yang menarik dari ucapan Lokman kepada 15 orang pendengar ialah muncul satu lagi Susuk Baru dalam kes liwat.

Mengikut Lokman Adam pada tahun 1998 dia ternampak Anwar Ibrahim dalam bilik berbisek-bisek rapat dengan satu susuk yang tidak dikenali..

Dengan pilu Lokman berkata " siapalah saya untuk bertanya kepada Datuk Seri ..."

Untuk mendramakan ceramahnya pada satu hari si Lokman ini telah terjumpa satu vcd di perhentian bas. Apabila dia menonton vcd ini maka barulah dia sedar bahawa susuk yang pernah dilihat berdua-duaan dalam bilik dengan Anwar Ibrahim ialah Amir Hamzah.

WIRA SUP

Kenal bin Dahlan tiga beranak dari Selayang Kuala Lumpur telah 5 hari tidur di Masjid Bukit Jelutung Permatang Pauh. Mereka ini adalah diantara ratusan perniaga bergerak yang mencari makan di ceramah-ceramah yang dahulunya Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat.

Abang Kenal telah dibantu oleh dua anaknya, Zulkifli 16 tahun dan adiknya Taha yang masih dalam tingkatan 3.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh ini adalah durian runtuh untuk Abang Kenal yang berjanggut sejemput. Nasibnya bertambah baik kerana dua anaknya yang masih bersekolah dapat membantu kerana ketika ini sekolah sedang bercuti.

Hanya satu sahaja yang menjadi musuh ketat warong bergerak Wira Sup. Musuh ini ialah hujan.

ANWAR DI PEKING

Anwar Ibrahim telah menonton pertandingan akhir bulu tangkis sukan Olympic Peking dalam kedai mamak di Seberang Jaya.

PUTERI BAWA TEGANG

Pasal hendak pasang papan iklan telah menimbulkan ketegangan antara Puteri Umno dengan orang Kampung.

Orang kampung melarang papan iklan di pasang. Puteri Umno komplen kain rentang PKR panjang sangat hingga memasuki kawasan Puteri.

Polis pun datang.

Akhirnya jalan tengah diambil. Puteri tidak dibenarkan pasang papan iklan. Kain rentang PKR dipendekkan.

-Tukar Tiub

Ramlang Lagi..!

Butir-butir keahlian UMNO Ramlang bin Porigi.*Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Ha... kan dah kantoi lagi... ni kalau aku cakap antara kesan-kesan sumpahan laknat Say Fool mesti ramai yang tak caya... tapi hakikatnya macam ni la.

Tengok...

15hb.Ogos, 2008 angkat sumpah

19hb.Ogos, 2008 terdedah banyak perkara... bukan menafikan sumpah yang dibuat oleh si Say-Fool, tapi banyak yang kurang meyakinkan & perkara-perkara pelik berlaku.

Memula terbongkar bahawa Ramlang ni menyamar sebagai Imam padahal jawatan dia cuma pembantu hal ehwal Islam je...kalau ye pun nak menyamar, biar la lojik.ni umur baru 29 tahun dah pandai-pandai menyamar Imam.kot Imam surau sekolah menengah boleh jugak orang percaya.ni pi terjun terus jadi Imam Masjid Wilayah!

Pas tu dapat maklumat lagi yang dia ni adalah pengundi berdaftar P-044... pas tu terbongkar pulak Ramlang ni rupanya ahli UMNO...

Ada lagi...cuba klik kat [ sini ] kalau nak tengok "friendster" Ramlang Poligi... cis... sempat lagi ber"friendster"...

Nasib baik aku x leh access account bank Ramlang...kalau tak siap la ngko...mana la tau ada orang terbank in duit...aku tak tuduh...aku teka je...

Yang utamanya ialah bila kita dapat info yang mengatakan bahawa Imam Masjid Wilayah tidak terlibat dalam majlis sumpah tu.

Ingat...dalam politik...satu langkah sumbang, bermakna keseluruhan langkah akan sumbang.sekali anda menipu, anda terpaksa menipu berkali-kali kemudian untuk menutup tipuan yang pertama tadi.

Buat UMNO/BN.harapan untuk menang di Permatang Pauh hanya tinggal harapan.korang kerah la segala menteri yang korang ada.kalau boleh bawak sekali menteri-menteri dari negara luar untuk bantu korang dalam kempen PRK P-044 ni.kami tak heran.

6 kotak tinggal nama, kain UMNO/BN pulak terselak menampakkan bunga.selamat jalan UMNO/BN.26hb.Ogos, 2008 bakal berkubur UMNO/BN di Permatang Pauh.tanah tempat kamu calarkan demokrasi sedang menuntut bela diatas perbuatan lampau UMNO/BN 10 tahun dulu..!

Tuesday, August 19, 2008

UMNO Permatang Pauh Facing Extinction

UMNO Permatang Pauh Chief, Dato’ Abdul Jalil Abdul Majid had tendered his resignation as The Division Head. According to Kickdefella’s Sources within UMNO Tasek Gelugor, Jalil took the action after he was not chosen as BN Candidate for Permatang Pauh By Election.



The decision to chose Dato’ Arif Shah Omar Shah, which was endorsed by Najib Razak did not go well with Jalil and his supporter. Arif Shah who is also the State Assemblyman for Seberang Jaya was the contender for Permatang Pauh Division Head who the incumbent is Jalil himself.



According to an exco for UMNO Youth of Tasek Gelugor, Arif Shah supporter saw this decision to choose Arif as an endorsement by Najib for Arif Shah as this will be translated as Najib’s signal for delegates of Permatang Pauh Division to vote for Arif Shah in the coming Division Assembly.



Arif Shah also seen as rubbing salt to Jalil’s wound when he was quoted by mainstream media as saying that He will only back-off from toppling Jalil as Division Head if he won the By Election. Where else everybody knew that Arif Shah would never win the By Election.



Jalil and his supporter took Arif Shah’s words as a sign of how adamant Arif is to topple him. Thus, Jalil who garnered strong support from at least 14 branches in Permatang Pauh has made public his dissatisfaction by tendering his resignation.



Abdullah Ahmad Badawi saw this latest eruption in UMNO Permatang Pauh as a sign of continuous disability by Najib Razak to solve the problem in the grassroots and have taken the task himself by making a surprise stop over in Permatang Pauh after the nomination day to consult Jalil and his supporter. Till this posting is written nobody is willing to confirm whether Jalil has retract his resignation letter.



Meanwhile, my same source from UMNO Tasek Gelugor also informed me that Nor Mohamed Yakcob, The Second Finance Minister and Member of Parliament of Tasek Gelugor has openly saying that “Arif Shah is a gone case” during the Nomination Day in Institut Perguruan Tuanku Bainun in Bukit Mertajam.



The remarks came while Nor Yakcob watched Arif walking passed him towards the Astaka for the official announcement by the Returning Officer.



Nor Yakcob was also heard laughing and said, “There goes another friend of us…”



-Kickdefella

Musa Hassan Selamat Jalani Pintasan Jantung

(Kemaskini) - Berita terbaru mengenai Musa Hassan...harap-harap lepas sembuh nanti dapatla kiranya mamat ni muhasabah diri...taubat...

Cukup la bersekongkol dengan kezaliman..!

Ketua Polis Negara selamat jalani pembedahan pintasan jantung di IJN

19/08/2008 4:41pm - KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau menjalani pembedahan tersebut pada pagi ini, atas nasihat doktor yang merawatnya selepas melakukan pemeriksaan rutin minggu lalu.

Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata, Musa kini sedang bercuti rehat.

“Beliau selamat menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang berehat,” katanya.

- Utusan

IGP undergoes bypass
KUALA LUMPUR: Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan had successfully undergone a heart bypass surgery at National Heart Institute (IJN) on Tuesday.

It is learnt that doctors advised him to do the operation following a routine medical checkup conducted a week earlier at the same hospital.

Musa is currently recuperating at the intensive care unit (ICU) and doctors have put in place a strict no-visitors policy for him to rest.

- The Star Online

PENGESAHAN BERITA MUSA HASSAN KOMA.

email dari : hide

Sebenarnya bukan TS Musa yang koma tetapi ada sedara dia yang koma di hospital yang sama. Saya telah mendapatkan info ini dari saudara yang rapat dengan keluarga ini.

Jadi berita mengatakan TS Musa Hassan koma adalah tidak benar.

Harap Maklum

Terima Kasih kepada pemaklum.Jadi, Kes selesai... BUKAN MUSA HASSAN koma tapi salah seorang saudara Musa Hassan

Berita sebelumnya : [ sini ]

Kempen tema Anwar 'memerdekakan rakyat'

(FOKUS BERITA): Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, melancarkan tema kempennya - "Merdeka - Dari Penindasan dan Kezaliman" pagi ini dengan memberi amaran akan membatalkan semua projek mewah termasuk projek jalur lebar bernilai RM15 bilion dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).

"Bila kita memerintah, kita akan membatalkan projek ini (projek jalur lebar)," kata Anwar yang menyifatkannya sebagai tidak memanfaatkan rakyat secara langsung.

Ia merupakan antara beberapa projek yang digariskan oleh Anwar, calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran tema kempennya beliau menyenaraikan beberapa projek lain yang memerlukan kajian semula.

Ia termasuklah projek landasan berkembar kereta api.

Hari ini merupakan hari keempat kempen formal berlangsung.

"Kita belum betul-betul merdeka. Negara kita belum-belum merdeka. Kalau ikut hukum undang-undang, undang-undang yang sama perlu digunakan oleh semua," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran di Seberang Jaya.

Rata-rata beliau menekankan tema itu dipilih untuk memfokus kepada usaha membebaskan daripada penyelewngan, penindasan dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 dan kemudian disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga 31 Julai lalu.

Umumnya keluarga Anwar menjadi wakil rakyat Permatang Pauh selama 26 tahun.

Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982 sebagai wakil Barisan Nasional (BN).

Tema itu menjelaskan "negara ini bukan milik Umno atau BN, tetapi milik seluruh rakyat."

Bagaimanapun BN pula berpendapat pihaknya mahu "memerdekaan Permatang Pauh" daripada penguasaan Anwar dan keluarganya.

Seorang pemimpin kanan Umno Bahagian Permatang Pauh berkata, "kami hendak memberi peluang kepada pemilih Permatang Pauh membebaskan Permatang Pauh daripada pihak yang tidak membawa pembangunan."

Ia merujuk kepada kepimpinan Dr. Wan Azizah selama hampir 10 tahun.

"Siapa yang hendak memerdekaan kezaliman? Kami mahu Permatang Pauh kembali kepada pemerintahan BN dan Umno," katanya lagi.

Permatang Pauh terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) - Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Ini pertembungan antara dasar tentang dasar masa depan, kata pemimpin Umno ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berhadapan dengan Anwar.

Kata Anwar, rakyat negara ini belum mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada semua segi termasuk menikmati hasil kekayaan dan pembangunan secara saksama.

Pendirian Anwar membatalkan projek-projek tidak memanfaatkan rakyat secara tidak langsung merujuk kepaBNda kemungkinan beliau akan menjadi Ketua Parlimen dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, sekali gus menjadi Perdana Menteri.

Tiga hari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya kecil
Parlimen Permatang Pauh bukannya medan untuk pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan dan menentukan bakal Perdana Menteri.

"Biarlah pilihan raya umum sahaja yang tentukan individu yang layak menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya umum ke-12 sudah buat keputusan beri tampuk pemerintahan kepada BN.

"Walaupun kalah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain, kita (BN) masih boleh tubuhkan kerajaan, jadi apa perlunya pilihan raya kecil ini," katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan 26 Ogos ini berikutan pengunduran Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar sebelum ini beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menubuhkan kerajaan baru dengan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

-mSTAR Online

Anwar can debate the 2009 Budget if he wins by-election

KUALA LUMPUR, Aug 19 - Should Datuk Seri Anwar Ibrahim win the Permatang Pauh by-election, he will be able to debate the 2009 Budget that will be announced on Aug 29.



Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia gave this assurance today based on the fact that the debate would only commence in the next sitting which takes place after the fasting month.



"There is plenty of time for him to be sworn in. If not during this session, then there is the entire Ramadan period," he said.



He told the press that "in politics, anything is possible" to suggestions that the winner of the by-election could be sworn in the day after the Aug 26 polling.



He said that the Election Commission would have to inform him formally before he could liaise with the winner on a suitable time for the swearing-in and that it did not necessarily have to be done in the Dewan.



In a press briefing regarding media coverage for the Budget speech this morning, head of parliament administration Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mentioned in passing that it would be a busy period due to the swearing-in of the Permatang Pauh MP, sparking speculation that should the PKR leader win the by-election, his first appearance in parliament would be during the prime minister's Budget speech.



Pandikar Amin also said that the opposition coalition would have to furnish him with a letter informing him of the selection of an opposition leader to replace Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who resigned as Permatang Pauh MP to make way for her husband.



"I received a letter saying Wan Azizah would be opposition leader back then and I will need a similar letter. Otherwise, I would have to decide it on my own."



However, the issue may be moot if Anwar delivers on his promise of forming a new federal government by Sept 16. However, PKR vice-president Azmin Ali yesterday said a new opposition leader would be decided on Aug 27, despite the fact that this parliamentary sitting ends on Aug 29.



-TMI

Najib Nak Kelentong Hangpa oi..!

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan boleh menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat jika harga bahan bakar itu kekal pada AS113 setong.



"Sehari dua ini, mungkin ada berita baik. Harga minyak boleh dikaji semula," katanya ketika berucap pada majlis bertemu rakyat di Permatang Tengah di sini hari ini.



Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata tidak perlu menunggu Penasihat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga minyak, sebaliknya kerajaan juga boleh berbuat demikian jika harga minyak kekal pada paras itu.



"Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan boleh turunkan harga minyak. Ini boleh ditunaikan," katanya.



Selain itu, katanya kerajaan juga akan mengumumkan berita baik untuk rakyat pada pembentangan Belanjawan 2009 pada 29 Ogos ini.



"Ada berita baik nanti dalam belanjawan. Tunggulah," katanya.



Najib berkata langkah kerajaan itu bertujuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat ketika ini berikutan peningkatan kos hidup.



"Kerajaan tidak mahu rakyat dalam kesempitan hidup," katanya yang meminta supaya rakyat tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang belum pasti boleh ditunaikan.

TP - tang rege minyak naik, beruk-beruk dalam kabinet tak kaji... tang minyak turun, beruk-beruk kabinet sibuk "akan" kaji. kaji menatang hapa? kaji jubur depa..? Tapi aku 100% yakin - kalau UMNO/BN menang di P-044 rege minyak turun 10sen... kalau kalah... hangpa tunggu je la... mampuih tak turun-turun nya rege minyak tu... sebelum PRU12 dulu Najib yang keluar kenyataan rege minyak tak naik lepas PRU12... ni sebelum PRK P-044 Najib jugak kuar kenyataan "akan" turun... mampuih aku tak caya dah baka skuad pengebom nih..!

Khak Ptuih..!

Ramlang Porigi Pengundi Berdaftar P-044..!

Nah ni lagi satu kebetulan...

--------------------------

Kad Pengenalan : 790726-12-5443

Nama : Ramlang bin Porigi

Tarikh Lahir : 26 Jul 1979

Jantina : Lelaki

Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20

Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti

DUN : 044 / 12 / - Penanti

Parlimen : 044 - Permatang Pauh

Negeri : Pulau Pinang

-------------------------------------------------------------

Agak-agak korang la...ada tak kemungkinan adanya 1 komplot nak menggagalkan usaha DSAI memenangi PRK P-044? ikut apa yang aku perhatikan, macam ada je... majlis sumpah buat secara tergesa-gesa... yang terlibat pulak menyamar sebagai Imam Masjid Wilayah padahal cuma pembantu Hal Ehwak Agama je... Dah tu yang menyamar & bersekongkol tu pulak... PENGUNDI BERDAFTAR P-044.

Lu fikir la sendiri..!

Govt contributes RM81,965.75 for Bar Council dinner - Zaid

Datuk Zaid IbrahimKUALA LUMPUR, Aug 18 - The government has contributed RM81,965.75 to the Bar Council to organise a dinner on April 17, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Zaid Ibrahim.

He said the dinner was held to enlighten the Bar Council on the government's commitment on the call for judicial reform and reversing the negative perception of the judiciary since 1988.



"This is part of the government long-term plan to strengthen and restore the credibility of the judicial system," he said in a written reply to Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) at the Dewan Rakyat here Monday.



To other questions from Wee, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Zaid said the conduct of High Court judges could not be discussed in parliament unless a notice on a specific motion was submitted.



"The notice on the specific motion must be submitted by at least one-fourth of members of parliament under Article 127 of the Federal Constitution," he said.

Wee, Karpal and Gobind wanted to know whether action would be taken against High Court judge Datuk Ian Chin and Court of Appeal judge Datuk Low Hop Bing.

On June 26, former prime minister Tun Dr. Mahathir Mohamad had asked the government to set up a tribunal to investigate Ian Chin for allegedly breaching the code of judicial ethics for having heard a case in which he (Ian Chin) had a personal interest.

Zaid said as the country practiced the separation of powers doctrine, the executive would not interfere in the judicial affairs.

"However, the government is aware of the importance of the case to the people. I will bring up the matter to the Chief Justice for his attention and action," he said.

-TMB