"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 22, 2008

Zahid Hamidi Bakal TPM?

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab.

Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid.

Selain itu, mereka percaya, jika Najib menerajui Umno sebelum pemilihan parti itu, ia akan mencetuskan perebutan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dijangka akan memecahbelahkan lagi Umno yang sudah pun retak di sana-sini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berpandangan demikian, lapor ST.

Kebanyakannya percaya Najib tidak sanggup berhadapan dengan risiko kehilangan penyokongnya sendiri jika beliau terus setia kepada Abdullah.

Najib tidak boleh lagi mempertahankan Abdullah.

Keinginan Abdullah untuk bertahan sehingga 2010 bagi memperbaiki rekod buruk pemerintahannya tidak diyakini oleh ahli-ahli Umno.

Seperti dilaporkan ST, ramai yang tidak yakin Abdullah mampu berbuat apa-apa.

Jika beliau tidak mampu mencapai apa-apa pun ketika kedudukannya kukuh, apa yang boleh dilakukan Abdulah ketika beliau begitu lemah?

Oi Mangkuk! Nak Turun, Turun Je la..!

Berita 1 - Ogos 14, 08 – Kerajaan berharap trend penurunan harga minyak dunia berterusan supaya harga bahan api itu di pasaran tempatan dapat dikurangkan pada kadar yang lebih rendah berbanding sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pada ketika ini trend tersebut memberi satu harapan baru kepada kerajaan untuk menurunkan harga minyak sekali gus mengurangkan bebanan hidup rakyat - rujuk [sini].

Berita 2 - Sep 3, 08 - Harga minyak tempatan mungkin diturunkan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Shahrir berkata beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak pada masa ini - rujuk [sini].

Berita 3 - Sep 20, 08 - Keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan penurunan harga minyak itu dan menentukan kadarnya. - rujuk [sini].

Berita 4 - Sep 21, 08 - Harga bahan bakar dalam negara dijangka dapat diturunkan 30 sen seliter menjelang perayaan Aidilfitri sekiranya harga minyak di pasaran dunia kekal di bawah paras AS$100 (RM340) setong.

"Kini, harga pasaran sekali lagi menurun sehingga di bawah paras AS$100, maka saya menjangkakan harganya mungkin akan diturunkan sehingga 30 sen lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini - rujuk [sini].

TP - Kalau aku kumpul semua statement Menteri-Menteri lembu ni... aku ingat dekat 10 kali dah depa dok canang kata rege minyak boleh turun dan bakal diturunkan... stakat hari ni baru sekali je rege minyak depa turunkan tu pun sebab Pilihanraya Kecil P-044... kalau tak, aku ingat stakat dapat "baca" je la rege minyak "nak turun"...

Mesyuarat Kabinet hari Rabu ni... lepas ni kalau rege minyak tak turun jugak... memang sah kerajaan UMNO/BN yang nak kene turun tak kira apa cara skalipun...

Cukup-cukupla dok jadi "Mangkuk"... Khak Ptuih..!

- The End -

Bahaya jika semua parti kaum Cina sokong pembangkang?

*gambar ni aku cilok dekat [sini].

KUALA LUMPUR 21 Sept. –
Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini mengingatkan masyarakat Cina tentang bahaya jika semua parti berasaskan kaum Cina berpihak kepada pembangkang dan hanya parti berasaskan orang Melayu menjadi parti memerintah.

Senario itu, jelas beliau, sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Menurut beliau, dalam sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum seperti Malaysia, pentadbiran kerajaan perlu melibatkan pelbagai kaum bagi mengekalkan keamanan.

-Utusan Malaysia Online

TP - Hallo Encik Donald... lu ada baca ka tarak baca? itu DAP melayu punya parti ka? itu Lim Kit Siang sama Karpal Singh sama Lim Guan Eng itu melayu ka? lu ingat itu DAP punya members cuma melayu ka? itu Teresa Kok melayu ka? haiya... manyak gila la ini olang...

Penang Government apa parti pegang kawan?

Lagi itu PKR lu ingat melayu punya parti ka? itu Loh Gwo Burne melayu ka? itu Dr Xavier melayu ka? wa ingat semalam lu sudah hantam sangat banyak Guinness Stout sama Cordon Bleu la kawan... Chivas pun wa ingat lu sudah hantam terlalu banyak... lu mesti mau minum lemon banyak-banyak kasi "cut" sikit lu punya "stim"... lu punya mata pun wa tengok manyak melah la kawan... lagi mulut ada bau liquer... haiya...

Mau tambah lagi sikit la kawan... lu ada kenai itu Ann Wan Seng ka??? kalau tarak kenal a... wa ingat you mau kene "flush" lu punya kepala dalam toilet bowl... kasi cuci sikit...

............ini lagi satu "gila punya olang"...

- The End -

Anwar Agent Amerika, UMNO Agent?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan biadap dan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri,Dato' Seri Dr Rais Yatim hari ini yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubung kait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan tersebut, Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Katanya, propaganda murahan mengaitkan 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebar luas sebegitu lama, terutama sewaktu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.

"Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini..

Malah, Shamsul juga berkata, tahun 2002 Umno sendiri sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush..

-HarakahDaily.Net

TP - Tu kenyataan balas dari AMK... aku ingat nak balas banyak-banyak... tapi rasenye yang AMK timbulkan tu pun belum tentu depa (UMNO/BN) dapat jawab... jadi aku tak nak tambah dengan "kenyataan" dalam "taipan" aku... aku cuma bagi sekeping gambar je dan 1 soalan...

Soalan aku - awat ada bendera Israel dekat bangunan UMNO???

Aku tambah sikit - UMNO bodo...

- The End -

ISA: Tak Payah Kaji

SEMPORNA, 21 Sept (Bernama) -- Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dikaji semula kerana ia masih diperlukan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

"Tak perlu dinilai semula. Apa yang penting kepada kita ialah kita kena melihat kebaikan ISA kerana ISA ada kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di sini hari ini.

TP - Dalam erti kata lain, Menteri lembu ni telah menjelaskan kepada kita bahawa sistem perundangan negara Malaysia yang melibatkan beberapa agensi seperti PDRM, Kehakiman dan Mahkamah berada pada tahap "pungkoq" sehingga memaksa Kerajaan pemerintah, mengguna pakai akta "Sarkis" demi melindungi kelemahan sistem yang sedia ada.

Kalau sistem sedia ada tak selemah sekarang... errr... pada aku sistem tak lemah... tapi pengamal sistem tu yang lemah "mentaliti" dan juga tak ada "profesionality".

Mentaliti pengamal berada pada tahap "Beruk Mengawan" bila nampak duit... senang kene sogok... RM10 pun depa sapu... tak caya, tanya budak2 kilang...

Profesionality pulak sama dengan "Orang Mabuk Todi"... cakap berdegar-degar tapi orang tak faham amende yang depa nak habaq... kunun telus, amanah, intergriti... tapi nampak sangat berat sebelah... bila kene tang "Gomen", tak pe... kita ada banyak masa untuk siasat... bila kene tang "Pembangkang" tak dan-dan... tak payah report pun kadang-kadang "siasatan dah lama siap"...

Ape punya "turrr..."

Kesimpulannya... Menteri "Ketam".

- The End -

Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Baru Meriah

Malam tadi Pahang Daily sempat hadir ke satu majlis Berbuka Puasa bagi meraikan "Saudara Baru" di Hotel Mega View, Kuantan.

Program yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu adalah anjuran bersama PERKIM Daerah Kuantan dengan kerjasama Takaful Ikhlas.

Tetamu kehormat yang telah diundang bagi merasmikan program tersebut ialah YB Dato' Fauzi Abd. Rahman.

Program diadakan bagi tujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada semua saudara baru yang terdiri dari masyarakat kaum India, Cina dan orang Asli di kawasan ini.

Turut hadir ialah Encik Zainal Rahmat, Pengurus Cawangan Wilayah Takaful Ikhlas.

Lebih 100 orang saudara baru telah hadir di majlis ini.

Baca selanjutnya di [sini].

Umno works to keep it together

KUALA LUMPUR, Sept 21 — A move is underway to prevent Umno from splitting right down the centre over Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's transition plan.

Since several supreme council members urged the prime minister to consider handing over power soon during a meeting on Thursday, there has been a hive of activity on the ground.

Supporters of Abdullah displeased that some of the critics have gone overboard in their criticism of the prime minister have unsheathed their knives. They are urging him to disregard the pungent comments of Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Rafidah Aziz and stick to his original plan of contesting the party presidency in December and handing over the power to Datuk Seri Najib Razak.

These supporters - among them a clutch of supreme council members and political operatives - have been working the ground for the past 48 hours.

Concerned that the public debate is going to split the party, Datuk Hishammuddin yesterday said that the Star's front page report on the supreme council meeting was inaccurate.

"I find it impossible to accept that any person can give an accurate picture of what went on in a two- to three-hour meeting, " he said. The report in the English daily among other things said that pressure was mounting on Abdullah to step down as party president.

It noted that several council members at Thursday's meeting called for a speedier transition plan.

That report and several others in the alternative and foreign media have upset senior party officials who believe that it will be counterproductive for the ruling party to fight among themselves when the focus of their attention should be Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, aware that the mercury is rising among Abdullah's loyalists and those who want a quick transition of power, has moved to quell the public debate. He said that only several individuals wanted Abdullah to hand over power earlier. The transition plan, he added, was still in place.

Despite these attempts to cool down the temperature, the buzz on the ground is going to continue until Abdullah makes clear his position.

Until then, party officials live in fear that the focus on the transition plan could become a flashpoint in Umno - something the party and none of its leaders can afford.

-TMI

Dr Teng is new Penang Gerakan chief

GEORGE TOWN: Gerakan vice-president Datuk Dr Teng Hock Nan beat party secretary-general Datuk Seri Chia Kwang Chye narrowly in state party polls here to become the new state Gerakan chairman.

He beat Chia by only 10 votes, garnering 166 votes from 344 delegates present at the 2008 State Gerakan Delegates Conference at Gerakan Headquarters at Macalister Road here on Sunday.

The third contender for the post Bukit Gelugor Gerakan division chairman Cheang Chee Gooi received 21 votes.

Dr Teng said he was not the winner, nor was Chia and Cheang the losers because the sole victor was the party.

“We have nothing in the state government after the March general elections. All the assets we have are our loyal members, who will now determine Gerakan’s future.

“In unity we shall rebuild the party and lead it to the next level,” he said in his thank you speech.

When asked if he would offer Chia any state party post, Dr Teng said his main priority now as state chairman was to unite both senior and junior Gerakan members.

“On who would become state deputy chairman and secretary, we will first have to discuss with the party leadership and divisions before making any decision,” he said.

On whether he would eye higher party posts at the national level, he said he had not decided and was a “last-minute” kind of person.

Chia said he was not surprised with the results as he went into the race believing that he had a 50-50 chance.

There was only one spoilt vote.

Earlier at the conference, newly-elected Negri Sembilan Gerakan Youth division chief Chai Tek Loong announced that he would be running for the Gerakan Youth wing top post, while Penang Gerakan’s’new Youth chief Oh Tong Keong would be going for the number two post.

-The Star Online

Pak Lah Bodo...

BAITULMAQDIS 21 Sept. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini, namun ketidakpastian politik yang menyelubungi Israel mungkin terus berlanjutan selama beberapa bulan.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, Olmert menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah “sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik.”

Tidak dipastikan bila Olmert akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Shimon Peres, namun selepas berbuat demikian beliau akan menjadi pemangku Perdana Menteri sehingga kerajaan baru dibentuk atau pilihan raya umum diadakan.

-Utusan Malaysia Online

TP - Bila sembang pasal Israel/Yahudi semua maklum bangsa ni la yang tahap keras kepalanya maintain 100% 24-7-365. tapi bab politik bangsa bengong macam ni reti bahse jugak, reti jugak depa pikir - “sesuatu yang patut dilakukan menurut pentadbiran yang baik."

Tu cakap pemimpin Israel... sebangsat-bangsat depa, reti jugak depa bila nak jadik bos, bila nak bagi orang lain jadik bos... tau jugak depa, bila depa boleh handle ngan bila depa tak leh handle situasi... yang aku heran dalam Malaysia nih... keadaan dah gawat, ahli parti sendiri pun terang-terang tolak, masih tak sedar-sedar lagi...

Padan la ade yang bagi gelaran teruk-teruk daripada Israel dekat PM Malaysia nih... nasib ko la labu... malas nak tegur dah... kalau dah yang dalam parti sendiri tegur hang tak mo dengar, apalagi teguran dari luar...

Kesimpulannya - Pak Lah bodo...

- The End -

Politik Anwar Bahaya: Apende Ni..?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan lepas satu isu satu isu lain, macam dalam drama, plot demi plot, sedangkan semua itu hanya spekulasi politik.

"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum. Semua kaum seharusnya mematuhi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui ketika kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan slogan politik Anwar yang memainkan sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat perlu kembali kepada semangat kerjasama kaum ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Kita tidak boleh pinda Perlembagaan ikut alunan macam turun naik ombak kerana yang akan jadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara," katanya.

-Berita Harian Online

TP - Aku quot dari perenggan pertama - "Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa."

Aku quot dari perenggan ketiga - "Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum."

Aku quot dari perenggan akhir - ""Rakyat perlu kembali kepada semangat kerjasama kaum ketika Perlembagaan Persekutuan digubal.."

Lepas tu aku menung sat... aku cucuh rokok... pus pus pus... aku cuba nak paham... ape yang bahayanya? apa yang dimaksudkan dengan "sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran.?"

Aish... tarik sokongan kaum India ngan Cina tu kira bahaya ke? ajak semua kaum bersatu menentang kerajaan zalim tu kira bahaya ke? apa yang perkaumannya tu?

Entah... makin lama aku tengok makin bodoh statement yang puaka-puaka UMNO/BN ni bagi... makin merapu-rapu... makin payah nak paham amende yang depa nak cerita sebenarnya... sampai la ni aku tak nampak apa yang bahayanya...

Last skali aku buat kesimpulan... Mat taib bodo...

- The End -