"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Baru Meriah

Malam tadi Pahang Daily sempat hadir ke satu majlis Berbuka Puasa bagi meraikan "Saudara Baru" di Hotel Mega View, Kuantan.

Program yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu adalah anjuran bersama PERKIM Daerah Kuantan dengan kerjasama Takaful Ikhlas.

Tetamu kehormat yang telah diundang bagi merasmikan program tersebut ialah YB Dato' Fauzi Abd. Rahman.

Program diadakan bagi tujuan untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada semua saudara baru yang terdiri dari masyarakat kaum India, Cina dan orang Asli di kawasan ini.

Turut hadir ialah Encik Zainal Rahmat, Pengurus Cawangan Wilayah Takaful Ikhlas.

Lebih 100 orang saudara baru telah hadir di majlis ini.

Baca selanjutnya di [sini].

1 comment:

Neo said...

Salam... tak silap saya, sekarang tak dipanggil saudara baru.. mereka ini dipanggil saudara Muslim... lebih molek bunyinya..:)