"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 22, 2008

Politik Anwar Bahaya: Apende Ni..?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan lepas satu isu satu isu lain, macam dalam drama, plot demi plot, sedangkan semua itu hanya spekulasi politik.

"Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum. Semua kaum seharusnya mematuhi hak mereka dalam Perlembagaan Persekutuan kerana perkara itu sudah dipersetujui ketika kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan slogan politik Anwar yang memainkan sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran yang dibina kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat perlu kembali kepada semangat kerjasama kaum ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Kita tidak boleh pinda Perlembagaan ikut alunan macam turun naik ombak kerana yang akan jadi mangsa adalah rakyat dan kestabilan negara," katanya.

-Berita Harian Online

TP - Aku quot dari perenggan pertama - "Datuk Seri Anwar Ibrahim, memainkan sentimen amat berbahaya dengan menimbulkan pelbagai isu berbentuk spekulasi seolah-olah melakukan 'tawar-menawar' dengan masyarakat Cina dan India untuk meraih simpati bagi mencapai impiannya untuk berkuasa."

Aku quot dari perenggan ketiga - "Anwar meraih simpati undi Cina dan India untuk berkuasa. Ini mengakibatkan wujud salah interpretasi mengenai hak kaum."

Aku quot dari perenggan akhir - ""Rakyat perlu kembali kepada semangat kerjasama kaum ketika Perlembagaan Persekutuan digubal.."

Lepas tu aku menung sat... aku cucuh rokok... pus pus pus... aku cuba nak paham... ape yang bahayanya? apa yang dimaksudkan dengan "sentimen orang Cina dan India supaya meruntuhkan keharmonian serta kemakmuran.?"

Aish... tarik sokongan kaum India ngan Cina tu kira bahaya ke? ajak semua kaum bersatu menentang kerajaan zalim tu kira bahaya ke? apa yang perkaumannya tu?

Entah... makin lama aku tengok makin bodoh statement yang puaka-puaka UMNO/BN ni bagi... makin merapu-rapu... makin payah nak paham amende yang depa nak cerita sebenarnya... sampai la ni aku tak nampak apa yang bahayanya...

Last skali aku buat kesimpulan... Mat taib bodo...

- The End -

2 comments:

Anonymous said...

hamba beberapa kali naik teksi yang drebar2nya dari sahabat kita bukan-melayu(cina & india)...spontan hamba tanya "ini anwar, apa macam, boleh caya ka?"...mereka jawab, "ini anwar aaa!! mahu hantam belapa manyak b****t, kita tatak peluli, sikalang kita punya gomen lagi telok ooo!!!, sudah hantam kita punya b****t manyak lama,50 tahun ooo!!! lagi aaa gomen manyak pandai mahu kasi gadoh cina sama melayu sama india...jadi aaa ini anwar apa salah kita kasi dia can,sapa tau dia boleh bikin baik...tuhan alla saja tau apa!!!".Harap di renongkan.

K.I.T said...

Aku pun nak wat kesimpulan jugak la,..

TP BODO!!!

(xpenah faham isu nie)