"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 13, 2008

ADUN Kuala Nerang muflis, kemungkinan pilihan raya kecil?

Kedah kemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.

Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu.

Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.

Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.

Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya.Sumber-sumber Barisan Nasional (BN) pula memberitahu kes tersebut telah diselesaikan bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.

Syed Sobri memperoleh 7,856 undi.Speaker Dewan Undangan Negeri, Dr. Abdul Isa Ismail telah mengemukakan surat makluman mengenainya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saranan jemput Ku Li berucap di Kongres PKR

Pucuk pimpinan PKR disarankan supaya menjemput veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menghadiri Kongres Tahunan Nasional parti yang akan berlangsung hujung bulan ini.

khalid jaafar"Itu pendapat saya secara peribadi...beliau patut dijemput hadir dan berucap," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Khalid Jaafar.

Beliau yang juga bekas setiausaha akhbar penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya kemungkinan Tengku Razaleigh itu membuat penampilannya dalam kongres kali ini.

tengku razaleigh 02Desas-desus kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR muncul awal bulan lalu apabila pertemuan beliau dilaporkan membuat pertemuan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada pertemuan tersebut, mereka dilaporkan berbincang mengenai pembentukan konsep kerajaan perpaduan.

Menegaskan bahawa saranan itu pendapat peribadinya, Khalid berkata, walaupun ditolak oleh Umno, ahli parlimen Gua Musang itu patut dijemput atas kapasitinya sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia.

Tengku Razaleigh menawarkan diri bertanding jawatan presiden Umno tetapi gagal mendapat kelayakan minima 59 pencalonan seperti yang ditetapkan oleh parti itu.

Beliau hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya - Gua Musang. Berikutan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.

-malaysiakini

16 Sept: Perwakilan dijangka tuntut penjelasan

Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka menjadi medan bagi para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek peralihan kuasa 16 September yang diusahakan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.

khalid jaafarMenurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.

Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.

"Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat," kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.

Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Gerak tenaga parti

PKR adalah parti dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.

Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata, peralihan kuasa dalam Umno juga dijangka turut disentuh dalam ucapan Anwar.

"Saya difahamkan Anwar akan buat beberapa pembaharuan dalam aspek tema dan cara organisasi parti.

"Kongres ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi mesti menggerakkan tenaga parti kerana kita akan menghadapi suasana getir Mac 2009 di mana berlaku peralihan kuasa dalam Umno.

"Saya percaya, bukan sahaja PKR, ia turut memberi kesan terhadap parti-parti lain dalam Pakatan," katanya yang juga ketua bahagian Bukit Katil, Melaka.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Abdul Halim Mohamed Yusof berkata kongres bertemakan "Harapan Baru" itu akan memfokuskan isu pemantapan parti dari aspek keahlian.

Katanya, perkara itu menjadi keperluan bagi menghadapai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila peralihan kuasa kelak.

Beberapa pindaaan teknikal terhadap cawangan juga akan dibuat, tambahn Abdul Halim.

-malaysiakini

Wednesday, November 12, 2008

Gerakan Menentang Majlis Fatwa Di Kuala Lumpur - malaysiakini




Rakaman Video dari malaysiakini.

Yang nyatanya, haprak-haprak yang dok bising-bising ni semuanya bukan beragama Islam... kalau dah hangpa tu bukan Islam dan tak faham satu hapa pun tentang Islam, tak payah la nak kecoh-kecoh...

Majlis fatwa tu keluarkan fatwa untuk ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA...!!!

Hangpa bangang-bangang yang bukan Islam tu tak payah la nak masuk campur dalam hal ehwal agama Islam...

Apa la bingai sangat anak-anak muda mentah ni... bodo tongong...

Kerajaan patut bertindak atas perkara ni. jangan biar agama Islam dicabar dek orang-orang bukan Islam yang dah tentu tak faham tentang Islam...

Bahlol betul budak-budak ni... kalau ada depan aku, nak je aku tampar sekor-sekor... kurang ajar sungguh bunyiknya bila yang tak faham tentang Islam dok pertikai keputusan majlis fatwa yang pada hakikatnya tak de kena mengena dengan depa ni... bangang...!!!

Malaysiakini - Seluar Dalam Pembantu Rumah

Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya, '' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.

Jangan lepas ni ada pulak "bapak-bapak" yang ambik kesempatan "memeriksa" seluar dalam pembantu rumah depa sudahhh... ini amat membahayakan institusi rumahtangga...

Is Telekom Malaysia trying to kill REDtone?

The Second Finance Minister, Datuk Nor Mohd Yakcop gave a most unsatisfactory reply in Parliament yesterday to the mountain of questions by MPs, mostly from Pakatan Rakyat, about the award of the RM11.3 billion High Speed Broadband (HSBB) monopoly to Telekom Malaysia, together with a RM2.4 billion subsidy with taxpayers’ money.



I stood up during thd 2009 Budget debate on the Finance Ministry to ask whether the government is prepared to review its award of the HSBB project to Telekom Malaysia or to allow the building of another HSBB network as there is an offer by another company to do so without a single sen of subsidy in order to promote broadband liberalization and enhance competition.



To this question and those by other MPs on the rationale of awarding the HSBB to Telekom which will encourage Telekom monopoly and discourage broadband liberalisation, Nor Mohd gave an ambivalent reply saying that the government was prepared to review the HSBB project if necessary – which means nothing at all.



Either the government is reviewing the HSBB project awarded to Telekom towards calling for a proper tender to be called or it is not reviewing at all!



The arguments for and against the RM11.3 billion HSBB award to Telekom Malaysia and the government subsidy of RM2.4 billion had been canvassed in Parliament during the winding-up by the Energy, Water and Communications Minister Dato Shaziman bin Abu Mansor in the 2009 Budget policy debate on November 3, 2008.



All the questions and issues which I had posed on Nov. 3 remain unanswered, whether by Shaziman at the time or by Nor Mohd yesterday, despite the latter’s promise to have “a review if necessary” but no commitment of any review!



Finally, we were back to square one when Nor Mohd said he would revert back to the Energy, Water and Communications Minister on the issue!



I maintain what I said on Nov. 3 and yesterday in Parliament – that Telekom Malaysia must bear the greatest responsibility for Malaysia’s failure to become a broadband power, left far behind in the past decade by other countries when Malaysia had started on an equal broadband footing with them.



South Korea has now a broadband penetration rate of 93 per cent and Hong Kong at 30 per cent, as compared to Malaysia’s 17 per cent which includes Malaysia’s most extraordinary “low broadband speed”!



I had said on Nov. 3 that Telekom Malaysia had acted as an absolute bully in refusing to open up the last mile copper to allow other industry players to buy the “last mile” at a fair price and thus promote a full liberalisation of the telco industry.



This monopoly has not only allowed Telekom Malaysia to have a stranglehold on the other industry players, it has been most costly to the country in terms of lost GDP in tens of billion of ringgit in the past decade, business competitiveness as well as more efficient public service delivery.



I had even asked whether it was true that Telekom Malaysia was trying to “kill” REDtone because the latter was too aggressive.



-Lim Kit Siang

Exco S'gor ditahan, dibebas dengan jaminan polis

Polis menahan exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu sewaktu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tengah hari tadi.

Ronnie ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu, kata seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong.

Ronnie yang ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran ditahan oleh anggota polis di pintu masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat exco negeri.

Ronnie kemudiannya dibawa ke balai polis Puchong.

Elizabeth yang menyaksikan Ronnie ditahan berkata, Ronnie dijangka didakwa di mahkamah majlis Petaling Jaya Isnin depan.

Ronnie kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam kira-kira 3.15 petang.

Beliau juga telah diarahkan hadir di mahkamah majistret Petaling Jaya Isnin ini.

sumber - malaysiakini

Exco Selangor Ronnie Liu Ditahan Polis - malaysiakini

YB Ronnie Liu ditahan polis dipejabat bangunan SUK petang tadi.

Penahanannya dipercayai ada kaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya berkenaan dengan serbuan ketika operasi mencegah pelacuran disebuah hotel di Pucong tidak lama dahulu.

Berita lanjut bakal menyusul

Mahkamah arah dua komputer Raja Petra dianalisis semula

PETALING JAYA: Pihak pendakwa berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya seorang penyiasat forensik komputer menganalisis semula dua buah komputer yang dirampas daripada pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwa yang dikemukakan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan tersebut.

Rozina berkata, beliau membenarkan permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang tidak dibuka oleh saksi ketujuh, penyiasat forensik, ASP Wa’ie Isqal Kria Abdullah, 38, semasa membuat analisis.

"Ia perlu dilakukan dengan kehadiran kedua-dua pihak termasuk yang tertuduh," kata beliau.

Menurut Rozina, mahkamah perlu menilai kesemua bukti yang terdapat dalam kedua-dua komputer demi keadilan.

"Ia untuk mendapat keadilan," kata beliau pada hari kelapan kes hasutan hari ini.

Permohonan itu dikemukakan oleh ketua pasukan pendakwa Ishak Mohd Yusof semalam selepas ASP Wa'ie mengaku bahawa telah mengesan beberapa bahagian dalam kedua-dua komputer tetapi tidak membuka dan membawa fail-fail berkenaan kerana mematuhi arahan pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid.

Ho kemudian menetapkan sambuangan perbicaraan mulai 16 Disember.

-mSTAR Online

Wajah Akhir Imam Samudera


Klik gambar untuk edisi penuh.