"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Exco S'gor ditahan, dibebas dengan jaminan polis

Polis menahan exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu sewaktu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tengah hari tadi.

Ronnie ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu, kata seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong.

Ronnie yang ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran ditahan oleh anggota polis di pintu masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat exco negeri.

Ronnie kemudiannya dibawa ke balai polis Puchong.

Elizabeth yang menyaksikan Ronnie ditahan berkata, Ronnie dijangka didakwa di mahkamah majlis Petaling Jaya Isnin depan.

Ronnie kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam kira-kira 3.15 petang.

Beliau juga telah diarahkan hadir di mahkamah majistret Petaling Jaya Isnin ini.

sumber - malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

pihak pembangkang mesti bisinglah hal Ronnie kena tangkap ni.tak tau lah kenapa dengan PR.macam orang mereka tak boleh disoal siasat langsung oleh pihak Polis.

Unknown said...

Tak kan tau tau kot....Biasalah...Kita orang PR ni kalau bom orang pun pihak polis tak boleh siasat...!!!Esh..esh...Bawa duit cash pi Australia penuh bagasi pun polis tak leh siasat..!!!
HHmmm..tak sangka masih ramai yang rabun disiang hari...Kesian...Pergilah mahkamah boleh tahu..kenapa, pasaiapa,,lagumana..dan kalau mahkamah tentukan nanti terima je lah..apa lak masalah..senang je..