"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Pemilik Kereta Import Berlampu Xenon Diminta Rujuk JPJ Segera

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta pemilik kereta import merujuk pihaknya sekiranya ada keraguan mengenai sama ada lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau xenon pada kenderaan mereka mengikut piawaian.

Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan berkata pemilik kereta import yang terbabit boleh membawa kenderaan mereka di JPJ negeri masing-masing untuk diperiksa oleh jurutera-jurutera yang dilantik di Bahagian Kejuruteraan Automatif JPJ.

Beliau berkata mereka juga boleh memeriksa senarai kereta-kereta model import yang dipasang dengan lampu xenon yang dibenarkan dengan melawat laman web www.jpj.gov.my.

"Mulai 1 Disember ini, semua kenderaan tidak dibenarkan dipasang dengan lampu xenon secara retrofit kecuali jika ada penukaran keseluruhan sistem lampu, tetapi harus mendapat akreditasi daripada pihak berkuasa seperti SIRIM.

"JPJ ingin menjelaskan bahawa lampu xenon bukan tidak dibenarkan tetapi ia mesti mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak diubah suai sehingga memancar cahaya yang keterlaluan," katanya kepada pemberita semasa menyertai operasi khas lampu xenon di Tol Awan Besar Lebuh Raya Kesas di sini malam ini.

Salim berkata pemasangan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian adalah berbahaya kerana pendawaian yang tidak sempurna akan menyebabkan kereta terbabit terbakar.

Sementara itu, dalam operasi yang bermula pukul 8.30 malam ini, 28 kenderaan dikenal pasti menggunakan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian.

Salim berkata kesemua kenderaan itu hanya diberi notis amaran untuk menukarnya sebelum hujung bulan November kerana penguatkuasaan penuh hanya bermula 1 Disember ini.

"Kompaun RM300 akan dikenakan jika tidak menukar lampu xenon yang tidak dibenarkan. Sekiranya gagal membayarnya, pesalah bakal berdepan denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan mengikut Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Bagus juga JPJ buat operasi ini. Sakit mata ni dok hadap lampu xenon yang terang macam lampu stadium. Kalau kat jalan highway takpelah juga. Tapi kalau kat jalan dua hala selorong, sekali kena suluh dengan lampu xenon, terus melilau kita dibuatnya...