"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Elaun Guru Agama Di Wilayah Persekutuan Dinaikkan Ke RM1,000-RM1,200 Mulai Januari 2009

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Elaun guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM1,000 hingga RM1,200 sebulan mulai 1 Januari depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata elaun guru itu, yang pada masa kini kira-kira RM500 sebulan, tidak dinaikkan sejak 22 tahun lepas.

Katanya mereka layak diberi elaun yang setimpal memandangkan kadar inflasi yang meningkat setiap tahun dan ia juga adalah penghargaan dan pengiktirafan kepada pejuang Islam.

"Kenaikan ini kerana menyedari selama ini paras gaji dan kedudukan pegawai agama (guru agama) tidak mendapat pengitirafan yang sepatutnya, dan terlalu berhati-hati untuk membelanjakan gaji atau elaun kepada mereka yang menegakkan syiar Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ihtifal Perdana dan penyampaian Sijil Tadika Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, Rabu.

Majlis yang julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan itu dihadiri seramai 2,900 orang pelajar daripada 5,662 Tadika Islam JAWI dan MAIWP menamatkan alam tadika.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi MAIWP, berkata oleh kerana kutipan zakat MAIWP telah mencecah RM200 juta setahun maka adalah munasabah guru-guru berkenaan mendapat kenaikan elaun.

Sehubungan itu, katanya, negeri-negeri lain digalakkan mencontohi MAIWP untuk menaikkan kadar elaun bagi guru SRA dan KAFA di bawah jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Ahmad Zahid berkata sebanyak 625 jawatan guru tadika di Wilayah Persekutan diperlukan dalam tempoh lima tahun akan datang (sehingga 2012) bagi menampung keperluan guru sedia ada yang pada masa kini seramai 278 orang.

Beliau berkata MAIWP juga akan menaiktaraf Tadika Islam JAWI dan MAIWP yang kini berjumlah sebanyak 78 buah.

"Kalau selama ini tadika Islam hanya menumpang di masjid-masjid, flat-flat dan dewan orang ramai yang mana strukturnya jarang-jarang sekali memenuhi ciri-ciri keselamatan pelajar, maka premis-premis tadika Islam yang lebih baik dan mesra akan dibangunkan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Memang patut elaun guru agama dinaikkan. Mereka harus diberi pengiktirafan sebegini. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang...