"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Mahkamah arah dua komputer Raja Petra dianalisis semula

PETALING JAYA: Pihak pendakwa berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya seorang penyiasat forensik komputer menganalisis semula dua buah komputer yang dirampas daripada pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwa yang dikemukakan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan tersebut.

Rozina berkata, beliau membenarkan permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang tidak dibuka oleh saksi ketujuh, penyiasat forensik, ASP Wa’ie Isqal Kria Abdullah, 38, semasa membuat analisis.

"Ia perlu dilakukan dengan kehadiran kedua-dua pihak termasuk yang tertuduh," kata beliau.

Menurut Rozina, mahkamah perlu menilai kesemua bukti yang terdapat dalam kedua-dua komputer demi keadilan.

"Ia untuk mendapat keadilan," kata beliau pada hari kelapan kes hasutan hari ini.

Permohonan itu dikemukakan oleh ketua pasukan pendakwa Ishak Mohd Yusof semalam selepas ASP Wa'ie mengaku bahawa telah mengesan beberapa bahagian dalam kedua-dua komputer tetapi tidak membuka dan membawa fail-fail berkenaan kerana mematuhi arahan pegawai penyiasat DSP Mahfuz Abdul Majid.

Ho kemudian menetapkan sambuangan perbicaraan mulai 16 Disember.

-mSTAR Online

1 comment:

Anonymous said...

Jika ianya dilakukan untuk mendapatkan kebenaran, ada bagusnya. Saya yakin RPK banyak menyimpan rahsia yang kita tak tahu atau kita lupa...Teruskan siasatan...