"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 12, 2008

Malaysiakini - Seluar Dalam Pembantu Rumah

Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.

Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.

"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.

"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya, '' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.

"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.

"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.

Jangan lepas ni ada pulak "bapak-bapak" yang ambik kesempatan "memeriksa" seluar dalam pembantu rumah depa sudahhh... ini amat membahayakan institusi rumahtangga...

3 comments:

Anonymous said...

Bila sebut hal yang berkaitan jenayah, memang macam-macam cara dan taktik yang digunakan supaya orang tidak dapat mengesyaki. Taktik yang licik seperti ini ditambah dengan reaksi muka seperti 'orang tak bersalah' dan selamba, memang banyak membantu mereka memboloskan diri... Hahahaha...Lepas ni, pembantu rumah tak boleh nak buat macam tu dah...Kalau buat juga, si suami akan jadi pegawai penyiasat...Hehehehe...

Hijat Panjang... said...

selepas ni..undang2 baru akan digubal untuk imigresen serta kastam raja di-mesia buat spot-check..pembantu rumah warga asing tak kira la indon ka,vietnam ka,siam ka,kongostan ka.. DI LARANG sama sekali berseluar dalam...malahan baju dalam pun boleh menimbulkan syak..depa nak balik kampung asai depa, baru imigresen bagi balik reta benda depa tuu..hehehehehehe...

Unknown said...

Aku sikit tak terkejut pun ttg hal ini..Apa masalahnya..???Nak simpan dalam lubang..XXXX pun boleh apatah lagi kat luaran...Heess Engteng....Pokok persoalannya ialah kenapa dia lalai..???Perpatah kan ada .." Jerat tidak pernah lupakan mangsa..." agaknya lah..Dah tau barang mahal..yang dok liliaq ..tak simpan ditempat selamat tu kenapa..??/ Beli cincin mahal2 tak pakai lebih baik beri duit untuk umah anak yatim lagi bagus...boleh pakai sampai kemati lagi...Ada hikmah untuk direnungi..