"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Syed Azman calon PAS P-036? - malaysiakini

Abd Rahim Kassim pernah menjadi peneraju Harakah dari hari pertama akhbar PAS itu beroperasi hinggalah beliau melarikan diri dari PAS bersama-sama Datuk Nakhaie Ahmad, walaupun ceritanya beliau tak masuk Umno. Mufaraqahlah kiranya tu. Itu cerita lama.

Tetapi yang menariknya, beliau mendedahkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan menjadi calon PAS bagi kerusi P36 Kuala Terengganu. Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan maklumat itu.

Setahu saya, Tuan Guru Presiden PAS sendiri lebih cenderung kepada Haji Mustapha Ali yang satu masa dahulu menjadi antara pemimpin PAS yang paling saya segani dan merasa terhutang budi (bab merasa terhutang budi itu hingga mati - pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti...)

Kita tunggu sahajalah pengumuman 1 Januari nanti. Saya percaya Tok Guru Presiden akan mengumumkan yang terbaik. Saya tidak suka masuk campur kerja dan amanah orang. Tinggal lagi jangan sebut perkataan thiqah dan wala' depan aku. Meluat aku dengar. Thiqah dan wala' hari ini dah jadi candu masyarakat!

~penarik beca

Ungku Aziz kecewa polis, SKM gagal siasat Angkasa - malaysiakini

Profesor Diraja Ungku Aziz (gambar) kecewa atas kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiapkan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Selaku Yang Dipertua (YDP) Angkasa, menurutnya, laporan kepada polis dan SKM telah dibuatnya pada 23 Oktober serta 18 November lepas mengenai dakwaan penyelewengan tersebut, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

''Dakwaan penyelewengan kewangan itu melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam proses kelulusan pinjaman serta pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa kerana ia melibatkan wang hampir RM20 juta sehari,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bagi menjelaskan perkembangan terbaru di Angkasa terutama mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam pertubuhan tersebut di sini hari ini.

''Sidang akhbar yang diberikan saya hari ini mencerminkan kebimbangan saya terhadap kekurangan minat untuk bertindak balas dengan segera oleh pihak polis dan SKM bagi menyelesaikan masalah manipulasi kewangan dakwaan dalam Angkasa,'' dakwa beliau.

Ungku Aziz memberitahu, kedua-dua agensi berkenaan sehingga kini belum menyelesaikan siasatan berkaitan lima perkara yang dibangkitkan dalam laporan yang dibuat oleh beliau kepada mereka.

Katanya, lima perkara yang dibangkitkan itu ialah mengenai dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan YDP Angkasa, penggantungan jawatan Pengurus Umum Angkasa secara tidak adil dan penstrukturan semula dua bahagian di Angkasa yang tidak betul.

Selain itu, tambah beliau, laporan itu juga menyentuh mengenai dakwaan pengurangan tanggungjawab Pengurus Kewangan dan penggantian Pengerusi Jawatankuasa Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) serta pengwujudan jawatan baru iaitu Pemangku Pengurus BPA yang sebelum ini tidak wujud.

''Laporan kepada polis dan SKM itu juga menyentuh mengenai dakwaan penghakisan tugas-tugas Ketua Peyakin Keselamatan Angkasa dan dakwaan tindakan dua ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa mengumpul elaun antara RM15,000 hingga RM25,000 dalam tempoh 43 hari iaitu dari 24 Mac hingga 5 Mei lepas,'' katanya.

Ungku Aziz memberitahu, beliau bimbang pihak polis dan SKM tidak dapat menyelesaikan siasatan sebelum 10 Januari tahun depan iaitu tarikh Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa.

Katanya, pihak berkuasa hendaklah menjalankan siasatan yang terperinci ke atas dakwaan konspirasi Hotel Concorde iaitu dakwaan percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai YDP seperti dalam laporan penyelewengan yang dikemukakannya pada 23 Oktober lepas.

''Sekiranya ketidakpatuhan dan kesalahan telah berlaku di Angkasa, tindakan haruslah diambil dengan cepat dan tegas tanpa sebarang rasa takut atau pilih kasih,'' katanya.

Ungku Aziz memberitahu, siasatan itu akan dapat membersihkan nama dan maruah beliau sekali gus menjaga kepentingan ahli serta Angkasa.

Ramlan: Saya Masih Tak Ada Otak - malaysiakini

Malaysiakini lapor - Mengulas kedudukan bekas presiden penajanya yang dipecat minggu lalu yang dibangkitkan oleh Nik Nazmi, Badrul Hisham berkata Reformis berharap Abdul Khalid "jangan layan karenah-karenahnya."

reformis president ramlan abu bakar 121208 02Majoriti exco Reformis, lapan daripada 12, mengambil keputusan menggugurkan Ramlan dalam satu mesyuaratnya 17 Disember lalu.

Utusan (Meloya) pulak balas (Ramlan dah baik ngan Utusan dah sekarang)- Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar mendakwa masih memegang jawatan itu dan tindakan memecatnya oleh barisan Exco pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Rabu lalu, adalah tidak sah.

Tegasnya, barisan Exco tersebut yang dipimpin oleh Badrul Hisham Mohd. Hanafiah tidak lagi memegang jawatan masing-masing sejak tiga minggu lalu.

Menurut Ramlan, tindakan mereka berjumpa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menjelaskan perkara itu hanya permainan politik kerajaan campuran Selangor khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang cuba menghalang beliau daripada meneruskan demonstrasi bogel.

"Pemecatan saya adalah tidak sah. Saya masih Presiden Reformis.

Yang ni pulak bahagian aku :-

Ramlan... kau jaga lah parking kereta kau tu diam-diam... aku dengar cerita tapak tempat letak kereta yang kau dok usahakan tu pun ada masalah. perniagaan tempat letak kereta kau tu ikut undang-undang ke tak?

Aku dengar pihak RapidKL dah bagi surat arahan daripada polis dekat kau supaya kosongkan tempat tu kan?

Oi Ramlan monyet... kau cakap macam baagus nak bela orang miskin, cara kau dah 100% salah, mengalahkan orang tak de otak, tindakan kau dah lebih daripada orang yang tak de agama. kau tak payah cakap pasal keadilan la kalau kau sendiri pun langgar undang-undang.

Pindah la cepat tapakj letak kereta kau tu... tu tanah orang... kau lagi bangang...

Pas leader’s remarks seen as a ‘ploy for unity’

When a top Parti Islam SeMalaysia (Pas) official said he would push for the implementation of Islamic criminal laws if the opposition came to power, Umno politicians saw it as a tactical mistake that would bring them easy votes in a crucial by-election days away.

But Pas leaders have countered this, saying: Not so fast.

Some party leaders are now quietly saying that the remarks by vice-president Husam Musa were not a mistake, but a ploy that could unite a party split into pro- Anwar and anti-Anwar factions.

A more united Pas will then have a better chance of winning in the Malay-majority Kuala Terengganu constituency from Umno, they add.

The arguments follow Datuk Husam's comments, which reflected a bitter struggle between the two factions that arose after Datuk Seri Anwar Ibrahim led the opposition parties to their best-ever victory in March.

The by-election was called after the death of Umno MP Razali Ismail last month. Campaigning will start on Jan 6 and voting is on Jan 17.

“Pas has always wanted to implement Islamic laws. By saying this now, we affirm that we remain true to the struggle and bring our supporters together,” a Kelantan leader told The Straits Times yesterday.

Husam spoke about the Pas plans for hudud, or Islamic criminal laws, in a debate last Saturday in Kelantan. He gave a ‘guarantee’ that Pas would push for the laws to be implemented if the Pakatan Rakyat opposition coalition won in Malaysia.

While he did not say what he meant by hudud, it is understood to mean that the laws will include controversial provisions to chop off the hands of thieves and stone adulterers.

Husam said yesterday he did not understand what the fuss was all about, adding that there was nothing new in what he said.

What had changed was that “in terms of implementation, there won’t be unilateral action. It must be a multilateral decision by all (opposition) members”, he told the Associated Press.

Husam is seen as one of the leaders of the pro-Anwar faction in the 800,000-strong Islamic party. This faction wants Pas to become more multiracial in outlook by working closely with Pakatan, which consists of Pas, Anwar's multiracial Parti Keadilan Rakyat and the Chinese-based Democratic Action Party.

The pro-Anwar faction is called the Erdogans, a reference to Turkey’s Prime Minister Recep Tayyip Erdogan. Anwar, a friend of Mr Erdogan, had taken refuge in the Turkish Embassy when he was accused of sodomising an aide.

The faction’s opponents, however, accuse the Erdogans of wanting to implement a ‘diluted version’ of Islam. Called the Terengganu faction, the anti-Anwar faction is led by top Pas leaders from the state, including party president Abdul Hadi Awang and strategist Mustafa Ali.

The split has resulted in the Islamic party being unable to pick a candidate for the Kuala Terengganu by-election, as each faction wanted to field its own candidate. The party will make a decision only on Jan 1 — while ruling coalition Barisan Nasional last week already named the division chief of Umno Kuala Terengganu as its candidate.

Some sections of PAS see Husam’s comments, however, as an olive branch from the Erdogans for the by-election. “The Terengganu leaders have said they do not want a candidate from outside the state. Can we work with their man? I hope so,” said a pro-Anwar Pas chief based in Kuala Lumpur.

-TMI

Malaysians Unplugged Uncensored: SOLD...!!! - malaysiakini

Korang kenal dengan blog Malaysians Unplugged Uncensored??? kalau korang pernah atau korang memang pelayar setia web ni, korang mesti tau yang web ni adalah web hardcore PAS masa musim PRU-12 yang lalu dan jugak masih konsisten dengan perjuangan PAS sebelum entri ni ditaip.

Itu dulu, sekarang dah lain... terang-terang web ni dah jadi musuh Pakatan Rakyat dan jugak PAS... baca posting ni - Kuala Trengganu By-Election on 17 January 2009: PAS Should Be REJECTED for its Arrogance in Pakatan Rakyat.

Malas nak taip banyak-banyak pasai aku dah ngantuk... korang boleh baca antri tu dekat web depa.

Dengan perkembangan terbaru ni, bermakna khabar-khabar angin yang kami dapat masa kongress PKR tempohari tu kira betul la dan bukan khabar angin lagi nampaknya.

Hari tu ada dengaq desas desus kononnya ada laman web/blog pro Pakatan Rakyat dapat offer untuk jual domain dekat UMNO. rupanya dah deal... confirm ke? nak tau confirm ke tidak, kita tunggu dan lihat perubahan seterusnya.

Ini baru permulaan untuk perang cyber PRK P-036... banyak lagi kejutan yang bakal datang.

Pemuda Kempen Rumah Ke Rumah Ceritakan Kisah Benar - malaysiakini

Quot dari Laman Web Pemuda UMNO Malaysia - "Kuala Terengganu -- Jentera Pemuda UMNO Terengganu akan menggunakan pendekatan kempen “rumah ke rumah” bagi mendekati pengundi bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kekal milik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya, Razali Idris berkata melalui pendekatan tersebut pihaknya bukan sahaja dapat menerangkan misi dan visi BN malah menceritakan kisah sebenar Pas yang selama ini berselindung di sebalik perjuangan Islamnya.

Jelas beliau kempen tersebut bukan berbentuk fitnah atau tuduhan liar sebaliknya bersandarkan kepada banyak fakta dan bukti.

"Pas tidak perjuangkan negara Islam. Mereka hanya mengabui mata rakyat di kampung-kampung sedangkan di dalam Parlimen mereka tidak sedikit pun memperjuangkan negara Islam."

Aku cukup-cukup setuju dengan pendakatan yang cuba diambil oleh pemuda UMNO Malaysia. dekati pengundi dengan fakta dan bukti.

Cadangan aku untuk Pemuda UMNO :-

Terangkan jugak pada para pengundi dengan fakta dan bukti bahawasanya yang menghalang PAS dari menegakkan undang-undang Islam di Kelantan dan juga Malaysia selama ini ialah KERAjaan yang diketuai oleh UMNO.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana Kerajaan PAS Kelantan diugut oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO akan diambil tindakan dibawah akta Darurat sekiranya Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana wang royalti yang sekian lama dinikmati oleh Negeri Terengganu sejak lama dahulu dirampas oleh KERAjaan pusat pimpinan UMNO sebaik sahaja tampuk pemerintahan bertukar pada PAS pada tahun 1999.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana dan bagaimana wang royalti milik negeri Terengganu dibelanjakan selepas ianya dirampas dari rakyat Terengganu.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti kemana wang royalti milik negeri Terengganu hilang semasa pemerintahan KERAjaan UMNO pimpinan Idris Jusoh.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana tindakan bodoh KERAjaan menaikkan harga minyak telah membebankan rakyat golongan sederhana dan bawahan.

Terangkan pada para pengundi dengan fakta dan bukti bagaimana keadaan rakyat sekarang selepas 7 kali penurunan harga minyak. adakah semakin baik atau tidak berubah, masih terbeban?

Sebenarnya, kebodohan KERAjaan UMNO menaikkan harga minyak secara mendadak pada pertengahan tahun tempohari dah banyak merosakkan kehidupan rakyat Malaysia terutamanya golongan sederhana dan rendah.

Bagi aku, penurunan harga minyak sebanyak 7 kali sikit pun tak membantu. masa harga minyak naik, harga barangan pun naik mendadak. bagi hangpa yang ada motosikal & kereta, kira ringan la jugak (walaupun sikit) sebab hangpa dapat jugak rebet.

Aku yang tak dak kenderaan ni dapat apa? aku macam jugak rakyat Malaysia yang lain-lain yang tak dak kenderaan cuma dapat beban. sebab apa kami dapat beban?

Sebabnya ialah, bila harga minyak naik, harga barangan pun sama jugak naik mendadak. kami membeli barangan keperluan dengan harga yang tinggi lepas kenaikan harga minyak. belanja bulanan kami naik mendadak sebaik harga minyak dinaikkan oleh KERAjaan.

Korang pergi la dekat pasaraya atau pasar atau mana-mana kedai. bukan korang tak tau harga susu anak naik berapa RM lepas bulan 7? bukan korang tak tau harga barangan dapur naik berapa RM lepas bulan 7?

Kami yang tak dak kenderaan ni langsung tak rasa ringan walaupun harga minyak dah turun sebanyak 7 kali. apa yang KERAjaan buat untuk kurangkan beban kami? sdelama ni KERAjaan dok bangga sebab berjaya turunkan harga minyak sebanyak 7 kali tapi hakikatnya kalau harga minyak turun sebanyak 800 kali pun kesannya pada kami hanyalah pada "seronok harga minyak turun" tapi pada kos belanja bulanan, kami tak dapat apa-apa faedah pun.

Jadi UMNO tak payah la nak bangga sangat dengan cerita harga minyak ni. hangpa-hangpa yang ada kenderaan sendiri memang seronok bila harga minyak turun, tapi kami yang tak dak apa-apa ni cuma mampu "sakit hati" je.

Ramai yang fikir beban rakyat semakin berkurang dengan penurunan harga minyak tapi hakikatnya ialah, beban korang-korang yang ada kenderaan je yang berkurang. kami masih membayar harga yang tinggi untuk menanggung anak bini kami dan KERAjaan pusat yang ada sekarang tak pernah peduli dan tak pernah sedar kewujudan kami.

Setakat ni KERAjaan pusat cuma berlakon konon mendesak supaya harga barangan keperluan diturunkan sejajar dengan penurunan harga minyak, tapi itu cerita 2 minggu lepas. sekarang mana suara desakan-desakan tu? KERAjaan pusat lebih tertarik untuk bantu golongan berada di bukit antarabangsa daripada kami-kami yang berpendapatan "sikit" ni.

Apa yang kami nak seronok? apa yang orang Kuala Terengganu nak seronok? makcik-makcik ngan pakcik-pakcik boleh bagi tau pemuda UMNO yang nak kempen dekat rumah tu berapa kali dah harga barang dekat pasar turun... harga ayam berapa kali turun? harga ikan berapa kali turun?

Aku tak yakin Pemuda UMNO yang kononnya nak "dekati pengundi dan terangkan dengan fakta dan bukti" berani nak cerita pasai ni. kalau depa cerita pun aku 100% yakin bahawa cerita tu hanya penuh dengan auta... seperkara lagi, aku rasa depa tak kan pi dengan tangan kosong kerumah para pengundi...

Kurang-kurang pun aku rasa 2-3 ratus mungkin akan jadi "umpan" untuk para pengundi. juallah maruah korang kalau korang rasa korang tak de harga diri. mungkin 2-3 ratus tu boleh kurangkan beban korang selama sepenggal lagi. sape tau kan?

Kebenarannya ialah - UMNO tak pernah pedulikan nasib rakyat Malaysia golongan sederhana dan rendah, UMNO tak kan bercerita yang benar... apa yang benar dalam UMNO? yang benar tentang UMNO satu perkara je... UMNO benar-benar tak guna..!

Khak Ptuih...!!!

Gapena Beri Kerajaan Tempoh Sehingga 31 Disember

Gabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam ini.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

Laporan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau’ sedang disiapkan - malaysiakini

Kelab bekas-bekas pegawai TKM 1 sedang menyiapkan laporan yang dinamakan ‘Kehidupan TKM 1 Terlampau,’ untuk diserahkan kepada pemimpin de facto Anwar Ibrahim dan Presiden keADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat.

Kami difahamkan laporan tersebut memuatkan beberapa salah laku Fairus sepanjang 10 bulan berkhidmat sebagai TKM 1 Pulau Pinang.

“Ia mengandungi dokumen beserta dengan foto berkaitan,” jelas salah seorang bekas pegawai berkenaan.

Pihaknya mengambil tindakan tersebut setelah Mohammad Fairus Khairuddin tidak menunjukkan sebarang perubahan positif dan keinsafan untuk berubah, termasuk membaiki sikap buruknya.

“Dia bukan sahaja terus berlagak bodoh sombong, bahkan terus menipu dan mengkhianati amanah rakyat,’ ujarnya.

“Kami menggunakan saluran dalaman dahulu, bagi membuktikan kepada pimpinan bahawa Fairus tidak layak sebagai TKM 1,” ujarnya.

Katanya pihaknya berharap pimpinan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan imej Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

Ditanya jika pimpinan tidak bertindak seperti diharapkan selepas menerima laporan tersebut, dia berkata, “Itu petanda keADILan bakal menempuh malapetaka pada pilihan raya akan datang.”

Menjawab soalan sama ada laporan tersebut berkaitan dengan apa yang pernah didedahkan Alahai... Fairus, dia berkata “Ya, hampir 99 peratus.”

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

Cadangan Bina Jambatan Malaysia-Indonesia Perlu Kajian Mendalam

Kerajaan akan mengambil kira segala aspek termasuk

kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan satu hari kelak akan wujud sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

"Bagaimanapun, pada masa kini pembinaan jambatan itu akan kita kaji dulu mengambil kira dan penilaian semua sudut," katanya pada majlis perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjawab permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terdahulu mahu jambatan itu dibina berasaskan aspek ekonomi dan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin.

Menurut Mohd Ali, jambatan yang akan dibina itu sepanjang kira-kira 52 kilometer, dianggarkan menelan kos sebanyak US$11 bilion.

"Saya mencadangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji permintaan pembinaan jambatan ini yang boleh dibiayai menerusi pembiayaan inisiatif sektor swasta," katanya ketika berucap.

Cadangan membina jambatan Malaysia dan Indonesia pernah dikemukakan oleh beberapa pihak sejak pertengahan 90-an lagi sebelum terbantut kerana berlaku kegawatan ekonomi pada 1997.

Penarikan Balik Sijil Pengesahan Halal Ayam AA - malaysiakini


Klik gambar.