"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Cadangan Bina Jambatan Malaysia-Indonesia Perlu Kajian Mendalam

Kerajaan akan mengambil kira segala aspek termasuk

kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan satu hari kelak akan wujud sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

"Bagaimanapun, pada masa kini pembinaan jambatan itu akan kita kaji dulu mengambil kira dan penilaian semua sudut," katanya pada majlis perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjawab permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terdahulu mahu jambatan itu dibina berasaskan aspek ekonomi dan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin.

Menurut Mohd Ali, jambatan yang akan dibina itu sepanjang kira-kira 52 kilometer, dianggarkan menelan kos sebanyak US$11 bilion.

"Saya mencadangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji permintaan pembinaan jambatan ini yang boleh dibiayai menerusi pembiayaan inisiatif sektor swasta," katanya ketika berucap.

Cadangan membina jambatan Malaysia dan Indonesia pernah dikemukakan oleh beberapa pihak sejak pertengahan 90-an lagi sebelum terbantut kerana berlaku kegawatan ekonomi pada 1997.

4 comments:

Anonymous said...

Sama ada cadangan itu bagus atau tidak, diterima atau tidak, wajarlah ditangguhkan dahulu akibat kegawatan ekonomi yang akan melanda tahun depan. Ini penting supaya ia tidak akan dipertikaikan oleh pembangkang mahupun rakyat...

Anonymous said...

Saya setuju dengan Sameon. Cadangan ini patut sangat ditangguhkan. Lagipun faedah yang diterima daripada pembinaan jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Indonesia ni macam tidak memberi banyak kesan baik terhadap negara sangat.

Anonymous said...

US11 billion tu kalau ditukar matawang malaysia tu jadi berapa ye? Kenapa kosnya dalam UD dollars tak dalam ringgit? Apa faedahnya akan menjangkau berbillion dollars jugak ke atau ni semata2 idea pemimpim kelas rendah yg nak org nampak visionary...macam ideanya dulu yg kereta kapasiti besat sepatutnya tak ada had laju di lebuhraya. Susah..susah kalau pemimpin mentaliti kelas dua memerintah.

Anonymous said...

Biasalah tu...membaca malas, kena cari jalan nampak intelek kat orang kampung!!!!