"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Sah, Abu Zahar sertai PAS

Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

abu zahar hashim umno pasBeliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

-malaysiakini

6 comments:

Anonymous said...

UMNO tidak menghalang Datuk Zahar dan konco-konconya untuk sertai pembangkang. Itu pilihan beliau. Nak keluar, keluar jelah... Kalau dah dasar kerajaan nak ditentang, apa gunanya duduk di dalam UMNO?...

broooo... said...

SUBHANALLAH... ALHAMDULLILLAH... LAILLAHHAILLAHLAH... ALLAHHUAKBAR...

sinar kemenanggan terpancar untuk PAS & Pakatan Rakyat di P036...

Anonymous said...

Dari tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin dalam UMNO yang keluar parti, jelas menunjukkan betapa rendahnya tahap kesetiaan mereka dan betapa tidak kuatnya hati mereka dalam berjuang. Mereka tidak mampu mengharungi susah senang bersama UMNO. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dan mungkin juga kedudukan... Saya memang kecewa dengan sikap mereka... Sepatutnya mereka lebih berusaha ke arah meningkatkan lagi kualiti perjuangan UMNO...

Anonymous said...

Trend orang kecewa. Begitulah. Tapi Datuk Zahar sebenarnya bukan kecewa tapi sengaja nak tunjuk perasaan. Kita tak tahu hati beliau sebenarnya macam mana. Mungkin beliau tak ikhlas. Tapi oleh kerana keegoan, maka beliau gagahkan juga diri untuk sertai PAS. Apapun, UMNO memang tak suka ahli yang tak setia macam ni.. Ada dalam UMNO pun, hanya nak hentam orang je... Sekarang ni dah masuk PAS, hentamlah orang sepuas-puasnya...

Anonymous said...

Ada juga antara mereka yang memang patut tinggalkan UMNO kerana kesetiaan mereka memang tak boleh diharap. Duduk dalam UMNO pun hanya nak menjatuhkan orang je. Bukannya nak bantu macam mana nak kukuhkan parti…

Anonymous said...

Memang tu yang dia nak. Biarlah dia pergi, nak buat macam mana. Kalau dah tak boleh sama dalam perjuangan, pergilah..