"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Gapena Beri Kerajaan Tempoh Sehingga 31 Disember

Gabungan Persatuan Penulis Nasional(Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk kerajaan membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi. Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya pada pemberita selepas majlis makan malam Gapena bersama media, di sini, malam ini.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

1 comment:

Anonymous said...

Bukan merosakkan pun kalau menggunakan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar kita menjadi lebih berdaya saing. Bukan nak merendahkan martabat bahasa malaysia, bahasa malaysia mempunyai matapelajarannya tersendiri, ia masih terpelihara.