"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Ungku Aziz kecewa polis, SKM gagal siasat Angkasa - malaysiakini

Profesor Diraja Ungku Aziz (gambar) kecewa atas kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiapkan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa).

Selaku Yang Dipertua (YDP) Angkasa, menurutnya, laporan kepada polis dan SKM telah dibuatnya pada 23 Oktober serta 18 November lepas mengenai dakwaan penyelewengan tersebut, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

''Dakwaan penyelewengan kewangan itu melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam proses kelulusan pinjaman serta pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa kerana ia melibatkan wang hampir RM20 juta sehari,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bagi menjelaskan perkembangan terbaru di Angkasa terutama mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam pertubuhan tersebut di sini hari ini.

''Sidang akhbar yang diberikan saya hari ini mencerminkan kebimbangan saya terhadap kekurangan minat untuk bertindak balas dengan segera oleh pihak polis dan SKM bagi menyelesaikan masalah manipulasi kewangan dakwaan dalam Angkasa,'' dakwa beliau.

Ungku Aziz memberitahu, kedua-dua agensi berkenaan sehingga kini belum menyelesaikan siasatan berkaitan lima perkara yang dibangkitkan dalam laporan yang dibuat oleh beliau kepada mereka.

Katanya, lima perkara yang dibangkitkan itu ialah mengenai dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan YDP Angkasa, penggantungan jawatan Pengurus Umum Angkasa secara tidak adil dan penstrukturan semula dua bahagian di Angkasa yang tidak betul.

Selain itu, tambah beliau, laporan itu juga menyentuh mengenai dakwaan pengurangan tanggungjawab Pengurus Kewangan dan penggantian Pengerusi Jawatankuasa Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) serta pengwujudan jawatan baru iaitu Pemangku Pengurus BPA yang sebelum ini tidak wujud.

''Laporan kepada polis dan SKM itu juga menyentuh mengenai dakwaan penghakisan tugas-tugas Ketua Peyakin Keselamatan Angkasa dan dakwaan tindakan dua ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa mengumpul elaun antara RM15,000 hingga RM25,000 dalam tempoh 43 hari iaitu dari 24 Mac hingga 5 Mei lepas,'' katanya.

Ungku Aziz memberitahu, beliau bimbang pihak polis dan SKM tidak dapat menyelesaikan siasatan sebelum 10 Januari tahun depan iaitu tarikh Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa.

Katanya, pihak berkuasa hendaklah menjalankan siasatan yang terperinci ke atas dakwaan konspirasi Hotel Concorde iaitu dakwaan percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai YDP seperti dalam laporan penyelewengan yang dikemukakannya pada 23 Oktober lepas.

''Sekiranya ketidakpatuhan dan kesalahan telah berlaku di Angkasa, tindakan haruslah diambil dengan cepat dan tegas tanpa sebarang rasa takut atau pilih kasih,'' katanya.

Ungku Aziz memberitahu, siasatan itu akan dapat membersihkan nama dan maruah beliau sekali gus menjaga kepentingan ahli serta Angkasa.

No comments: