"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 24, 2008

Selaku exco agama, Fairus hadir saksi konsert Mamma Mia - malaysiakini

Pada bulan Mei lalu, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Selaku exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, Fairus berkata langkah negeri itu tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk “mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.”

Lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dalam bidang Sains Politik itu berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

“Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi,” katanya dipetik Malaysiakini.

Tambahnya pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.

Sementara pada September lalu, ADUN Penanti itu turut mengumumkan Penanti, akan dijadikan Serambi Mekah.

Ketika ucapan pertamanya di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Seberang Jaya April lalu, Fairus melahirkan hasrat untuk melahirkan 'Generasi Al-Amin'.

Hasrat murninya selaku TKM 1 dan Exco hal ehwal agama itu patut disambut baik oleh orang Islam khususnya.

Namun dengan bersangka, mungkin Fairus mempunyai alasan yang kukuh, apabila dia hadir ke konsert Mamma Mia yang diadakan di Ibu Kota, baru-baru ini.

Mungkin itu salah satu cara dia ‘berdakwah’ untuk mengembalikan ajaran Islam yang sebenar dan menobatkan agama suci itu.

Mana tahu, mungkin itu juga pendekatan terbaik baginya untuk melahirkan generasi Al-Amin atau ‘tafakuh fiddin’ yang sering di bibirnya setiap kali berceramah di khalayak orang Islam.

Mana tahu, Fairus mungkin hadir untuk mengkaji sama ada konsert tersebut sesuai diadakan di Penanti yang akan di jadikan sebagai Serambi Mekah Pulau Pinang.

Mana tahu kan ?

Alahai….Fairus

p/s Nasib baik hari tu, Fairus tidak sakit perut lagi, kalau tidak terlepaslah menonton konsert tu !

Sumber asal : The Star http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/12/20/central/2852357&sec=central

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

9 comments:

Anonymous said...

halo. you ada pergi konsert itu kah? macam mana you tau itu sesak? adakah you anggap standard you yang selari dengan ajaran?

Jangan sekali sekala menilai sesuatu berdasarkan khayalan dan prejudis yang tidak berasas.

Masa depan negara akan dihancurkan oleh orang sebegini. Jangan kurungkan diri dalam tepolong anda dan ingatkan ini dunia sebenar. Dunia ini lebih besar and kaya daripada yang anda boleh bayangkan.

Be practical and not live in your idle fancy.

kiddokit said...

Salahkah TKM Fairus menghadiri konsert itu?

Perkara remeh itupun blogger spt kamu nak sindir pulak...

Anonymous said...

Musical Mamma Mia! is not unIslamic. If watching Mamma Mia! is haram, then Najib, Rosmah and many others are guilty too.

azza said...

Lagu era thn 60-an kan. Bestnye dpt t'gok.

Anonymous said...

Yang didendangkan kat konsert tu, lagu kumpulan Sweden, ABBA yang popular semasa tahun 70an dan 80an.

Yang hadir pun ramai yang boleh dikatakan warga perak.

Relakslah, mungkin kali ni, hujah kau dah salah.

Anonymous said...

Patutlah Fairuis selalu tak hadir bertugas. Alasan sakit perut la, itu la, ini la. Rupa-rupanya tengok konsert, lewat balik rumah. Tu yang selalu tak hadir bertugas tu...Salah satu teladan yang ditunjukkan oleh PKR...

Anonymous said...

aku tak kisah fairuz nak pergi ke konsert mana-mana pun.dipersilakan.setiap orang ada cara untuk menghiburkan diri.

tapi jika benar desas-desus yang dia jarang datang ke mesyuarat tapi bole pula datang ke konsert,memang nak kena lah dia.

Anonymous said...

Topeng perak,
Nampaknya dalam blog ini selalu keluar cerita tentang En. Mohammad Fairus Khairuddin (TKM1). Masih emosi lagi dengan orang ini...?

Sebenarnya orang ini adalah seorang yang bijak bermain dalam politik. Anda hanya membuat analisa tentang dirinya dari jauh, sedangkan banyak benda lagi yang anda tidak tahu.

Sebahagian dari anda mahukan dia dilucutkan dari jawatan yang disandangnya sekarang atas alasan dia adalah pemalas, pembohong dan berbagai lagi namun usul yang diajukan tidak mendapat apa-apa riaksi dari ketuanya dan dia masih berlagak duduk dikerusi panas itu. Mengapa dia masih disitu...?

Apakah ketua menteri tidak tahu apa yang anda suarakan dalam blog mengenai dia...? Apakah Datok Seri Azizah tidak tahu tentang orang ini...? Sebenarnya ini adalah persoalan mudah yang mengelirukan.

En. Mohammad Fairus Khairuddin ini adalah orang politik, jika kita ingin menegur sikapnya yang kurang baik, kita mesti berhadapan dan berhujah dengan dia sebagai orang politik. Bukan seperti apa yang dilakukan sebelum ini.

Kalau ini dapat dilakukan kita percaya dia akan sedar siapa dirinya yang sebenar dan mengubah corak hidupnya yang hina jadi mulia.

Anonymous said...

Stended la tu, cakap memang pandai. TApi sebenarnya diri sendiri pun entah ke mana. Semua dah ikut cara Anwar dah, yang penting cakap dulu, buat tu belakang kira.