"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 04, 2009

Dr. Hasan Ali Yang Wajib Dinilai Ahli-Ahli PAS..!

Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15 malam – 11.30 malam di Puchong Perdana.

Selepas YDP Puchong berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang juga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mind setting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog itu berlangsung.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti.

Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu.

Skim 15 kerusi paling minimum untuk dimenangi pada PRU-13.

Beliau juga mempersoal wakil rakyat Kota Raja, Kuala Selangor, dan Shah Alam yang lantang mengkritik beliau tetapi langsung tidak sms atau berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga menyindir mereka kerana lebih suka mendedahkan rahsia parti dalam blog-blog media baru.

Sessi penerangan beliau memakan masa dalam 30 minit dan sesi ini beliau lebih banyak mempertahankan diri beliau serta memberitahu audiens tentang kehebatan EXCO PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor serta menekankan tentang tiada masalah antara parti-parti PR dalam memerintah Selangor.

Beliau juga dengan bangga memberitahu MB Selangor telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Selangor 25 tahun akan datang.

Sessi ucapan itu persis orang UMNO kerana terlalu banyak ayat ‘angkat bakul sendiri’.
Kemudian sessi soal jawab. Antara yang menarik soalan-soalan oleh audiens adalah –
  • Kenapa YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian PAS Selangor.
  • Ahli-ahli PAS yang terlibat dengan blog yang menghuru-harakan serta mendedahkan rahsia parti agar diambil tindakan tegas
  • Ahli PAS tidak dapat projek
  • Kenapa Dato PJ membuat kenyaataan akhbar dan tidak melalui saluran dalaman berkaitan isu SELCAT
  • Penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan dimulai oleh Sdr Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor.
Beliau dengan suara lantang mempertahankan Hassan. Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 kepada isteri mereka jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata
  1. Fahaman mereka terlalu liberal.
  2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan EXCO DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh EXCO DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.
Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada EXCO DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10 mlm-4 pg, kedai arak etc. Cadangan tempat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meeting EXCO bahawa Almarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!”. Sinis Hassan.

Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog Tok Guru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.

Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.

Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.

Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.

Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.

Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat, Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).

SAYA ZAINULFAQAR YAACOB semakin ragu dengan kewibawaan Pesuruhjaya PAS Selangor. Harap maklum!

Sumber - instinctive-stage G3.0

Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010

Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.

Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah :

  1. Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
  2. Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
  3. Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
  4. Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
  5. Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
  6. Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka. Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.
  7. Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.
Penangkapan Dr Asri Contoh Betapa UMNO Masih Berkuasa di Selangor

Pengarah JAIS itu sendiri adalah bekas SU Sulit MB Selangor satu masa dahulu (mengikut salah seorang pembaca saya bernama Ahmad). Penangkapan ke atas Dr MAZA seharusnya dimaklumkan kepada EXCO Agama serta MB terdahulu kerana beliau bukan sembarangan orang dalam persada dakwah di Malaysia. Pihak Polis pun kalau hendak menangkap Menteri atau orang-orang Kenamaan, mereka akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu. Ini adalah “common sense”.

JAIS berlindung di belakang peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang meletakkan pentadbiran Agama Islam jauh dari kuasa Menteri Besar. Namun, Kerajaan Negeri masih menjadi pemberi wang terbesar kepada JAIS dan oleh sebab itu, kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya jangan takut bertindak ke atas JAIS dan Pengarahnya. Yang terbaik, “SELCAT” kan sahaja Pengarah JAIS ini dan kita akan nampak bahawa beliau tidak lain hanyalah “balachi” UMNO.

Hakikatnya, benar apa yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Pegawai-pegawai kerajaan di Selangor sememangnya bekerja untuk UMNO dan sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sama sekali pada January 2010.

Cadangan-Cadangan Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat


Ada beberapa cadangan dari saya :

  1. GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.
  2. Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO.
  3. Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.
  4. Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat
  5. Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.
  6. Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.
  7. Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.
  8. Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.
  9. Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.
  10. Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia
  11. PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.
Saya mempersilakan para pembaca untuk memberikan idea-idea tuan/puan yang bernas.

Tulang Besi

Apa Hal Hasan Ali Pergi Berkempen Ke Seluruh PAS Kawasan di Selangor Sedangkan JK Disiplin Belum Habis Buat Keputusan?

Pelik. JK Disiplin belum pun habis buat keputusan. Tapi Hasan Ali sudah pun mula buat "tour" berjumpa dengan pimpinan kawasan2 seluruh Selangor. Apa motif berjumpa dengan pimpinan2 kawasan seluruh Selangor ni? Bukan sepatutnya Hasan Ali tunggu keputusan JK Disiplin dahulu baru buat program2 sebegini? Apa jaminan tidak ada soalan yang datang dari peserta yang menyentuh kes yang sedang berjalan dalam JK Disiplin?

Nampak sangat Hasan Ali tidak menghormati JK Disiplin. Seharusnya beliau menunggu dahulu JK Disiplin habis buat keputusan, baru buat program sebegini. Tarikh mula program CUUUKUUUPPP hampir dan selepas tarikh Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat.
Tulang Besi

Tuesday, November 03, 2009

Husam Nak Saman Siasah..?

Semalam ada kawan lama telefon saya. Saya pun agak terkejut dia telefon kerana dah lama tak bercakap. Saya pun berborak lama dengan dia. Dan tiba2 isu Husam Musa dan Siasah ditimbulkan.

Dia kata mengikut maklumat yang dia dapat dari kawan2 dia dia di Kelantan, Husam Musa sedang bersedia untuk menyaman Siasah. Saya tanya kenapa? Dia kata lain yang dia sebut lain yang akhbar Siasah lapor.

Saya mulanya terkejut juga bila Suyuti lapor dalam blog dia, bertajuk "Husam Hayati Semangat Unity Government". Dalam hati kecil saya berkata mesti ada sesuatu yang pelik ni.

Rupanya betul. Memang Husam tengah marah (mengikut kawan saya ni) Bukan setakat tu, dia pun kena belasah dgn ramai blogger juga. Contoh "Bodoh Punya Husam" dengan "Go Fly a Kite".

Bagi saya, oleh kerana berita ni datang dari Akhbar Siasah yang ditadbir oleh Sayuti maka kita semua wajib "MERAGUI"nya. Saya dah tulis berapa kali dan berapa kali dedah si Sayuti penipu.

Jadi, kalau betul lah maklumat kawan saya ni, siap lah kau Sayuti. Masuk mahkamah lagi la kau.

Tulang Besi

Rakaman Itu Ada 2..!

Berikut adalah penerangan dari Al Bakistani. Saya rasa penerangan Al Bakistani cukup kuat untuk menguraikan tuduhan "munafik jemaah" yang dilakukan oleh Al Banjari ke atas sahabat dan teman se Parit Buntar Al Banjari sendiri. Apa yang saya tahu, Al Banjari telah mungkir janji kepada Tok Guru NIk Aziz sendiri. LEpas tu dia pegi panggil orang lain munafik. Heran heran.(Rujuk Artikel Al Banjari bertajuk "Siapa Munafik Haraki Dalam PAS").

Berikut adalah penerangan dari Al Bakistani terhadap kedudukan 2 rakaman yang berkaitan dengan Hasan Ali. Lepas ni saya minta Al Banjari minta maaf pada orang yang dia tuduh munafik ni. Mentang2 la orang tu kat Padang sedang tolong mangsa gempa bumi, dan tiada internet, berani kau maki dia macam2 ye Al Banjari.

RAKAMAN ITU ADA DUA!!
Isnin, 2009 November 02

Jangan salah anggap. Rakaman dalam isu Hasan Ali ini, bukan satu, sebaliknya ada dua rakaman, (1) Rakaman ucapan Hasan Ali di hadapan Pemuda PAS Selangor, dan (2) Rakaman pertemuan Hasan Ali, Roslan SMS dan Nasaruddin Mat Isa dengan Blogger UMNO.

Diberitakan, Rakaman ucapan Hasan Ali di hadapan pemuda PAS negeri sudah didengari oleh tiga tokoh politik dalam PAS. salah seorang darinya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dalam rakaman tersebut, ada ucapan ala BTN dalam memburukkan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, rakaman pertemuan Hasan Ali dengan blogger tidak sama dengan rakaman yang seorang Ahli Majlis Shah Alam berikan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sekian
Dicatat oleh Al-Bakistani

Monday, November 02, 2009

Ceramah Politik & Isu Semasa.

Penceramah:

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
(Presiden PAS)


YB. Sivakumar
(ADUN Tronoh)

YB. Khalil Idham Lim
(ADUN Titi Serong/Ketua Penerangan PAS Perak)

Pada:03 November 09

Masa:9.00 malam

Tempat:Dewan Haji Wahab Noor,Markas PAS Masjid Tinggi,
Bagan Serai,Perak.

Dr Asri Ditangkap JAIS. Bukankah JAIS Dibawah EXCO Agama Selangor?

Saya amat terkejut akan penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat dangkal, yakni tiada tauliah. Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara’. Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?

Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan EXCO Agama, Dr Hasan Ali?


Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?

Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Saya naqal dari MSTAR Online:
Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin

Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di Masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.

Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Inilah bahananya apabila Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi EXCO dan pergi duduk di bawah takhta. EXCO adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi EXCO dan bukannya “Wakil Kayangan”.

Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian ini. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.

Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar EXCO yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.

Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah

Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.

UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.

Tulang Besi

Bicara DUN Kota Seputih...

Bicara Kes Kota Seputeh 6 Nov ni...

Mahkamah telah membenarkan Speaker Kedah, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail membuat semakan kehakiman ke atas keputusan SPR mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh tidak kosong.

Kes ini akan didengar pada 6hb.November,2009 dan akan diselesaikan sebelum 17hb.November,2009 kerana pada 17hb. - 20hb.November,2009 akan berlangsung Sidang DUN Kedan untuk pembentangan belanjawan 2010.

Sapa nak mai kena pakai baju melayu bersongkok atau long suit lepas perasmian dewan oleh Tuanku Sultan, lebih kurang jam 11 pagi laaa...

Sumber : http://sanusisetpol.blogspot.com/2009/11/bicara-kes-kota-seputeh-6-nov-ni.html

Sakaratul Maut®

TGHH Keliru, Buang Masa...!

Sumber - Sinar Harian
Oleh - Abdul Azizi Bari

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar. Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973. Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

Raja Petra - Apa Lagi Yang Harus Diperkatakan..?

Oleh - Raja Petra Kamarudin

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.

Alih bahasa oleh GoMalaysian, artikel asal dipetik dari Malaysia-Today.net.