"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 23, 2009

Kemelut Kelantan Selesai. Task Force 2010 Menangis Tak Berlagu

Saya dah pernah tulis dalam blog saya ini bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia luar biasa. Beliau adalah benar-benar seorang pejuang Islam yang tidak membezakan antara keluarga dan sahabat andai apabila mahu melakukan yang benar.

Maklumat yang saya dapat adalah Ariffahmi adalah harapan terakhir Task Force 2010/UMNO untuk menjatuhkan Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Nama Ariffahmi disebut berulang-ulang kali sewaktu mesyuarat di Langgar bersama dengan 5 orang pegawai2 JPM sebelum kedatangan Najib Tun Razak ke Kelantan bulan Ogos yang lepas.

Selain dari berbincang bagaimana hendak memerangkap Tok Guru, mereka telah menamakan Ariffahmi sebagai faktor utama di dalam memastikan Husam Musa disingkirkan dari EXCO dan persada politik Kelantan sama sekali.

Tetapi nampaknya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Perancangan mereka mahu memerangkap Tok Guru Nik Aziz untuk solat hajat di Stadium Bukit Jalil sempena menolak bala dari wabak selsema babi. Mereka mahu menangkap gambar Najib Tun Razak bersolat jemaah di belakang Tok Guru Nik Aziz dan gambar itu akan disebarkan bagi mengelirukan seluruh ahli dan penyokong PAS yang rata-rata menolak Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan UMNO.

Pelawaan Najib itu mentah-mentah ditolak Tok Guru.

Selepas itu bermula fasa 2 perancangan Task Force 2010 yakni menyingkirkan Husam Musa dengan menggunakan Ariffahmi. Perancangan tersebut hampir berjaya sebenarnya atas sebab-sebab saya tak mau sebut.

Di dalam mesyuarat yang sama, diperingatkan bahawa Tok Guru tidak boleh dijatuhkan melainkan Husam Musa mesti dijatuhkan terlebih dahulu. Ditakuti Tok Guru akan menamakan Husam Musa sebagai pengganti beliau sekiranya Tok Guru berundur dahulu. Kunci kepada kejatuhan Husam Musa adalah Ariffahmi.

Biar saya nyatakan pada mulanya perancangan Task Force 2010 ini nampak seperti akan membuahkan hasil yang positif oleh mereka. Sehingga Mohammad Sayuti Omar pun mula memuji Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau.

Namun, Tok Guru adalah pemimpin yang telah membina serta menjaga PAS selama ini. Dan hubungan beliau dengan Allah SWT adalah amat rapat tidak seperti kita. Tok Guru Nik Aziz berjaya mendapat ilham yang sebenar ke atas tindakan yang sebaiknya yang perlu beliau ambil.

Apabila pada mula nasihat beliau pada Ariffahmi untuk letak jawatan tidak diendahkan, maka hari ini, nasihat Tok Guru itu rasmi dinyatakan pada media. Pada hari ini menunjukkan bahawa Tok Guru adalah pemimpin yang sejati kerana boleh ditegur dan boleh dibetulkan.

Ariffahmi wajib mengikut nasihat Tok Guru dan jangan cuba melibatkan pihak Istana dalam permasalahan ini. Cukup sampai di sini sahaja, wahai Arifahmi. Anggaplah ini satu tarbiyyah ke atas kamu.

Saya Tak Peduli Dia Menantu Ke, Anak Ke, Sepupu Ke, Itu Tidak Menjadi Isu

Apa saya peduli apa hubungan kekeluargaan Arifahmi dengan Tok Guru? Kalau Ariffahmi ni seorang CEO yang bijak dan mampu mentadbir dengan baik PMBK, saya akan beri 100% sokongan pada beliau.

Nabi Ismail tu ANAK kepada Nabi Ibrahim. Takda pun sapa2 persoal dari sudut nepotisma? Ini kerana walaupun Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim, tapi Nabi Ismail telah menunjukkan sifat2 serta watak2 yang setaraf dengan para Nabi2 dan Rasul2.

Jadi tak jadi soal samada berlaku nepotisma atau tidak.

Ariffahmi Tidak Sedar Beliau Jadi Alat Task Force 2010

Itu yang kelakarnya. Walaupun nama Ariffahmi disebut berulang kali dalam mesyuarat di Langgar tempohari bersama 5 wakil JPM, namun Ariffahmi sendiri tidak hadzir dan tidak mengetahui pun yang beliau adalah sebahagian dari konspirasi menjatuhkan Husam Musa.

Apa yang beliau tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja.

Terdapat beberapa watak dalam PAS Kelantan yang sanggup melacurkan diri mereka demi kepentingan duniawi. Mereka sanggup menjadi budak suruhan UMNO demi mencapai cita-cita jahat mereka yakni meletakkan orang mereka dalam kerusi MB.

Mereka tidak sedar yang tindakan mereka hanya akan menyebabkan Kerajaan Negeri itu sendiri terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sifat ketamakan dan haloba telah menyelimuti pemimpin2 PAS Kelantan ini menjadikan mereka hilang kewarasan dan kebolehan berfikir dengan baik. Mereka sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang mana kawan dan yang mana lawan.

Yang penting, Husam Musa mesti dihapuskan kerana berapa banyak kontrak balak dan projek di Kelantan yang Husam halang dari jatuh kepada kroni2 mereka.

Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya kita tak boleh kata Ariffahmi ini pembelot kepada perjuangan Islam bermakna ada masa untuk beliau bertaubat.

Allah SWT Telah Menurunkan BantuanNya dan Menggagalkan Perancangan UMNO, Task Force 2010 dan Najib Tun Razak

Hasan Ali dipertahankan kerana portfolio EXCO Hasan Ali akan digunakan untuk memberi projek2 kepada beberapa pimpinan PAS yang dilihat dapat dibeli sesuai dengan perancangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pada 2010.

Sekarang ini pun sudah berjalan dengan rancak pembelian pimpinan2 PAS dengan pemberian projek dan kontrak. Dan pembelian itu akan berterusan sehinggalah cita-cita mereka tercapai, yakni mengadakan kerjasama formal antara PAS dengan UMNO( bukan ahli2 PAS masuk UMNO).

Tapi Allah SWT Maha kaya. Allah SWT tidak rela PAS ditunggang seperti kuda oleh beberapa kerat pemimpin PAS yang telah buta mata dan buta hati dengan kesenangan dunia dan pangkat serta darjat.

Allah SWT telah menggagalkan perancangan mereka di Kelantan dan insya-Allah selepas ini di Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Insya-Alah Allah SWT tidak akan mempersia-siakan doa orang2 yang ikhlas dalam PAS supaya PAS tidak menyimpang dari jalan yang sebenar.

Nasihat kepada Blogger2 yang Terlebih Memaki Husam

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

Cegah Diri Dari Penjenayah...

Hari ni aku bawak korang lari sikit dari dunia politik... kita pergi pada masalah keselamatan...

Hari ni (23hb. November, 2009) satu laman blog yang fokusnya ialah melaporkan kejadian jenayah yang berlaku disekeliling kita yang kebanyakannya tidak kita ketahui secara jelas lantaran tiada pihak yang berminat untuk membuat laporan menyeluruh dan juga informasi yang berguna untuk kita dalam mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa penjenayah.
Laman blog ini diusahakan oleh rakan-rakan kita yang prihatin kepada masyarakat sekeliling berikutan kenaikan kadar jenayah setempat akibat dari masalah ekonomi yang semakin meruncing yang mengakibatkan kepada kesukaran mendapat pekerjaan untuk menyara hidup dan ada antara mereka yang bermasalah mengambil jalan singkat mencari jalan mudah untuk menampung hidup dengan menjadi penjenayah.

Ada juga antara penjenayah-penjenayah ini terjebak secara kebetulan akibat dari beberapa masalah peribadi.

Sedikit petikan dari salah satu artikel dalam laman blog bertajuk (Crime Watch - Malaysia, Inaugural Postings) -
  • Idea laman blog ini, "Crime Watch - Malaysia" adalah untuk memperingatkan sesama warga Malaysia dari jenayah di persekitaran kita dan disinilah kita berkumpul untuk melaporkan dan saling berkongsi berbagai peristiwa jenayah yang berlaku di negara kita, dengan harapan kita saling boleh memberitahu sebarang kejadian jenayah di lokasi panas dan tindakan pencegahan yang perlu diambil atau dibuat oleh mereka-mereka yang berada dipersekitaran lokasi panas...
Baca artikel seterusnya disini...

Apa Kes..?

Apa kes PAK MOIDIN (Muhyiddin Yassin) tiba-tiba berhajat mahu merombak SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA sekarang mengikut sistem Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina? Nak pikatlaaaaaaaaaaaa tuh! Cait pooooooooooodaaaaaaaaaaaaahhhh...

Kalau benar mahu melaksanakan 1MALAYSIA... aku cadangkan ambil dari semua sistem persekolahan = CINA + TAMIL + SAR (SEKOLAH AGAMA RAKYAT)...

Tembak tak kena gaya woiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Bengong..!

Aku jadi bengong sekejap mendengar kenyataan TUN DAIM ZAINUDDIN yang menyatakan bahawa... beliau melihat kepimpinan di bawah Najibtoya menampakkan peningkatan dari segenap sudut... baik perkauman mahupun ekonomi...

Ini CEREKARAMA apa pula? Atau Tun Daim nak main WAYANG KULIT? LOL.........

Pendedahan Beberapa Kelentong Hasan Ali

Hasan Ali telah berjumpa dengan pimpinan akar umbi PAS Selangor selepas sahaja Mesyuarat AJK Khas baru-baru ini. Antara yang diberitahu kepada pimpinan2 akar umbi PAS adalah kononnya beliau memperjuangkan Melayu dan Islam dalam EXCO Selangor.
Dari laporan ZainulFaqar saya nukil -
Saya tak tahu lah Hasan Ali ni takut pada Allah SWT atau tidak. Kalau beliau seorang yang takut dengan Allah SWT sudah tentu beliau tidak akan berani berbohong sebegini dahsyat.

Pertama sekali, International Zone ini adalah projek yang dibangunkan oleh I-Berhad yang menjadi sebahagian dari projek I-City. I-Berhad adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Permodalan Nasional Berhad (http://74.125.153.132/search?q=cache:g-nPmAZ6hwJ:www.estate123.com/news/news_110209_1.aspx+i-Berhad+and+PNB&cd=6&hl=en&ct=clnk&gl=my).

Semua orang dalam Malaysia tahu bahawa PNB adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh 8 juta orang Melayu di Malaysia kerana orang Melayu melabur dalam PNB.

Keduanya, projek International Zone adalah projek yang dijalankan oleh I-Berhad. Ia bukan dari cadangan atau idea EXCO DAP mahupun Elizabeth Wong. Ia 100% datang dari I-Berhad.

Hasan Ali kata, International Zone ini akan menjadi pusat hiburan yang akan merosakkan akhlak dan moral rakyat Selangor. Hasan Ali kata dia yang memperjuangkan supaya perkara ini tidak berlaku.

Hakikatnya, I-Berhad telah pergi berjumpa Tuanku Sultan Selangor sendiri dan mendapat pelepasan (exception)kerana I-City adalah projek di Shah Alam. Dan Tuanku Sultan Selangor memberikan kebenaran untuk bentuk-bentuk hiburan yang bersifat kekeluargaan dibenarkan di International Zone ini.

Tujuannya supaya I-City dapat menarik “expatriate” dari luar negara untuk bekerja di International Zone tersebut. Dan Sultan Selangor memberikan pelepasan tersebut kerana ianya dapat membuat para "expat" ini untuk bekerja di Shah Alam.

Saya hairan kenapa Hasan Ali menyalahkan DAP dan Kerajaan Negeri Selangor sedangkan pelepasan untuk mengadakan tempat hiburan di Shah Alam mesti datang dari Istana dan bukannya dari Kerajaan Negeri? Kalau kerajaan Negeri cadang macamanapun, ia tidak akan ada apa-apa kesan kerana larangan itu datang dari Istana.

Kawasan International Tourism Zone di Mutiara Damansara


Hasan Ali juga mendakwa akan diadakan pusat hiburan di Mutiara Damansara yang bersifat 24 jam. Dia kata kalau dia lepaskan brek dari rumah dia, 5 minit dah sampai ke Mutiara Damansara (tempat yang ada Tesco, IKEA dsbnya, walaupun antara rumah dia dengan kawasan tu ada SPRINT Highway). Nama Elizabeth Wong juga dikaitkan dengan tuduhan ini.

Hakikatnya adalah Elizabeth Wong mendapat memorandum dari pengusaha-pengusaha kedai makanan di kawasan itu supaya dibenarkan beroperasi 24 jam. Itu sahaja.

Ia bukan cadangan Kerajaan Negeri, DAP ataupun PKR. Tapi, Hasan Ali bercerita yang kononnya ia adalah cadangan dari DAP dan beliaulah yang memperjuangkan hak Islam dan Melayu dalam isu ini. Beliau sampai kata beliau tidak akan izinkan perkara2 yang merosakkan akhlak berlaku hampir dengan rumah beliau.

"Plug and Play" di I-City Shah Alam

Program ini juga antara contoh yang diberikan oleh Hasan Ali sebagai contoh betapa beliau memperjuangkan hak Melayu dan hak Bumiputra dalam EXCO.

Padahal, projek “plug-and-play” ini adalah pelaburan dari sebuah syarikat di Lembah Silicon di California ke Selangor. Apa kena mengena dengan hak Melayu dan hak Bumiputra.

Projek ini bukannya projek kerajaan negeri pun, Ianya adalah pelaburan asing ke Selangor..!

Kenapa Hasan Ali kelentong begitu teruk sekali?

Furniture City di Kajang

Projek ini pun Hasan Ali nak jadikan isu. Dia kata projek ini tiada komponen Bumiputra dan Melayu di dalamnya. Dia juga kata projek ini adalah hasil dari buah fikiran 10 orang pengusaha2 Cina di Selangor.

Apa yang dia tak bagitau adalah pengusaha2 Cina yang mencadangkan “furniture City” ini adalah juga TUAN2 TANAH kepada tapak projek berkenaan. Mereka mahu membangunkan tanah yang mereka miliki. Apa masalahnya?

Kerajaan Negeri tak bagi satu inci tanah pun pada projek ini.

Tapi Hasan Ali berkokok macam projek ni bukti jelas betapa Kerajaan Negeri Selangor menjual hak orang Melayu dan Islam di Selangor.

Hasan Ali Diberi Tugas Mencari Pelabur Islam


MB telah memberi tugas kepada Hasan Ali untuk mencari pelabur-pelabur Islam di Selangor. Mari kita lihat samada Hasan Ali akan melakukannya dengan jaya atau beliau lebih suka membuang masa menyebar fitnah dan auta beliau.

Tulang Besi
I-Berhad's new management a mix of youth and experience
11 Feb 2009, Mustapha Kamil
________________________________________

I-Berhad,(4251) developer of the i-City project in Shah Alam yesterday announced several management changes, with founder Datuk Lim Kim Hong making way for a top management team comprising a mixture of youth and experience.

Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, president and group chief executive of state-owned investment fund Permodalan Nasional Bhd (PNB) has been appointed as chairman of I-Berhad.

Lim's eldest son, Lim Boon Siong is chief executive officer (CEO) replacing Datin Tey Siew Thuan who has been appointed as executive director.

The elder Lim meanwhile has taken the role of deputy executive chairman.

He said Hamad Kama Piah's appointment was the start of a new era for the group as his vast corporate expertise will further spur I-Berhad's expansion plans.

"I believe that with his involvement and a strong foundation in place, I can stand back and play the role of an investor with confidence that the group will be able to meet future challenges," he said in a statement.

Boon Siong has an honours degree in Business Administration from the Ivey Business School, University of West Ontario, Canada. He joined I-Berhad as deputy CEO in 2008 and is a chartered marketer with over 10 years of corporate finance and business development experience.

While he manages the day-to-day operations, an exco comprising pioneering directors will focus on the strategic and corporate governance issues.

"Our succession plan has the balance of youthful energy and the wisdom and experience of the pioneering team. At the same time, we have also forged strategic alliances with leading global companies," Lim said.

Over the past two years, I-Berhad has managed to gain support from the various authorities for its mammoth i-City project.

The project, which is already a MSC Malaysia Cybercentre is also playing a central role in making Shah Alam an International Islamic Financial Centre.

It was recently conferred the International Park status by the Selangor state government, thus making it the only location in Shah Alam to have cinemas to support its cosmopolitan lifestyle environment.

i-City is a RM2 billion ICT-based premier integrated commercial development spanning a 72-acre site.

It has seen strong investor interest and is the only MSC Malaysia Cybercentre endorsed as a tourism destination.

Among its strategic alliances are with ServCorp of Australia and the Al-Rajhi Banking Group from Saudi Arabia.

Meanwhile, the group announced increased pre-tax profit and turnover for the year ended Dec 31, 2008.

Its turnover grew significantly to RM95.77 million from RM4.07 million a year ago. Its pre-tax profit was also higher at RM16.15 million compared to RM1.90 million in 2007, and earnings per share rose 13.07 sen to 14.40 sen per share.

At the same time, its total assets grew sharply by 38.4 per cent to RM232.22 million as at 31 December 2008. The I-Berhad board have recommended a final gross dividend of 5 per cent.

The company said several factors such as reinventing itself into a property and technology player and the successful completion and sale of i-City's first phase of Cybercentre Office Suites contributed to its improved financial performance.

It said 2009 promises to be an exciting year. There are plans to establish a designated bio-technology and research & development zones in i-City.

Other I-Berhad's development plans are a regional shopping mall with cineplex and also a luxurious residential development in the vicinity of KLCC.

Sunday, November 22, 2009

Husam Letak Jawatan..?

Utusan Malaysia Online lapor kemudian ada blogger "pro Pakatan Rakyat" cilok & siar diblog dengan tajuk lain, aku pulak cilok sikit-sikit -
  • Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
  • Tak timbullah letak-letak jawatan ni... tak berbangkit langsung... tak de...
Utusan Malaysia Online lapor kemudian ada blogger "pro Pakatan Rakyat" cilok & siar diblog dengan tajuk lain, aku pulak cilok sikit-sikit -
  • Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
TGNA pulak dalam sidang akhbar pagi tadi mengatakan bahawa -
  • Husam datang jumpa saya (TGNA) hari rabu, dia sakit tulang belakang. dia minta cuti 5 hari untuk berubat. saya (TGNA) izin.
TGNA dalam sidang akhbar pagi tadi juga mengatakan bahawa -
  • Bahkan Husam ni orang cerdik. Kelantan bahkan Malaysia sedang tumpang dan boleh tumpang fikrah dia ni. Kifalah, Hutang Felcra, Projek-Projek OKU, Royalti, ini semua usaha Husam.
Kenyataan TGNA dekat atas tu Utusan Malaysia Online belum siar lagi... eh... blog-blog "pro Pakatan Rakyat" yang sebelum ni siar berita dari Utusan Malaysia Online pun tak siarkan kenyataan TGNA tu... kenape ek..? dengar cerita ada "sumber terdekat"... tak kan tak dapat info lagi dari "sumber terdekat"..?

Tak dapat info atau kenyataan TGNA tu tak "seperti yang diharapkan"..?

Saturday, November 21, 2009

Lembu Bandar Tun Razak vs Lembu Pekan: GERAK Tukang Sondol..!

Mana datang lembu-lembu ni..? SPRM tak nak siasat ke..? mana GERAK..? mana Suwardi..? mana..? mana..?
Pada majlis berkenaan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyampaikan surat wakil pengurusan ibadat korban sebanyak 427 lembu dan tiga unta kepada 215 masjid dan surau dalam Parlimen Pekan - Berita Harian Online

Ingat tak yang ni - Lembu korban: GERAK buat aduan rasuah terhadap Khalid

Tapi tak pe... UMNO/Beer eNd tak pernah rasuah... mana ada UMNO/Beer eNd pernah terlibat dengan benda-benda tak baik... tak caya tanya la SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain... jangan lupa tanya Suwardi sekali..!

Politik 3 Suku: Betul Kata Pak Bakaq...

Betul kata Pak Bakaq -
Selama aku berblogging, sembang-sembang dengan rakan-rakan blogger dan jugak para wartawan pro Pakatan Rakyat, perkara yang paling mengerikan bagi kami ialah bilamana ada pimpinan PAS (selain TGNA) nak buat Press Conference.

Rata-rata akan cakap -
  • Mampuih... mangkuk hayun ni kalau dah dapat michrophone, memang lupa dunia terus... macam GRO mabok dalam karaoke... cakap tak pakai otak, lagi boleh jawab - jawab, lagi orang goreng - goreng... lepas tu esok "BOM" dalam media Perdana.
Masa dah "BOM"... mangkuk hayun yang buat PC semalam dah tak de dalam Malaysia dah. dan-dan je ada meeting dekat oversea. nak-nak pulak kalau geng-geng pro UG buat PC, cakap ikut sedap anak-tekak, lepas tu hilang... yang menjawab orang lain.

Sebijik perangai Pak Lah dengan Najib..!

Pak Bakaq bagitau lagi -
Tapi kan Pak Bakaq... ketua parti pun masalah jugak... nak harap dekat sape lagi..? Mustafa Ali..?

Tutup Tipu Dengan Tipu, Nampak Bodoh Pun Tak Kisah...

Beginilah situasinya apabila sipenipu cuba menutup penipuannya dengan penipuan... akhirnya dari 10 patah kata diucap, 15 darinya adalah tipu.

Itulah UMNO/Beer eNd...
Sumber Rakaman - Jiwo Kelate

Ramai Pimpinan Perasan Bahawa Mereka Adalah "Superman"..!

Ini adalah sindrom penyakit yang sudah lama bersarang dalam kepala hotak pimpinan UMNO/Beer eNd dan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke-12, penyakit ini sedikit demi sedikit nampaknya dah berjangkit dan meresap kedalam jiwa sebahagian pimpinan Pakatan Rakyat pula.

Bukan susah untuk mengenalpasti mereka-mereka dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang dijangkiti penyakit ini, cukup dengan membaca kenyataan-kenyataan "angkuh" dan "bodoh-sombong" mereka. contohnya kenyataan-kenyataan gila pimpinan Pakatan Rakyat yang didalamnya "berbau tahi" UMNO/Beer eNd.

Kebanyakan mereka-mereka ini diakhirnya menjadi "punching bag" akar-umbi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat (ahli parti dan bukan ahli parti) dan tak ketinggalan juga para media termasuk bloggers yang membentuk apa yang kita panggil "3rd voice".

Apa Itu "3rd Voice"?

Dalam komuniti penyokong-penyokong dan pendokong-pendokong Pakatan Rakyat, majoriti darinya ialah mereka-mereka yang berada dalam landasan "none partisme" atau dalam bahasa MeLAYUnya ialah tidak berparti. golongan ini menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana "taksub" atau berminat pada mana-mana parti sebaliknya sokongan golongan ini adalah "solid" atas nama "ideologi" atau "perjuangan".

Dalam jiwa golongan ini tersemat pegangan yang sama iaitu -
  • "aku tak peduli siapa nama pemimpin itu atau apa bangsanya, yang aku peduli ialah "ideologi"nya dan juga "perjuangan"nya yang seiring dengan kehendak rakyat. kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekalipun mengkhianati suruhan agama, kehendak rakyat dan norma-norma "demokrasi", maka tempatnya ialah dalam karungan guni yang bakal dihanguskan dalam bakaran terakhir pada PRU-13 nanti..!"
Senang cerita, geng-geng "3rd voice" ni dia tak kira siapa korang, selagi korang buat benda betul, support memang "solid", "bulat" tapi kalau "serong"... ambik la habuan kau... buta-buta jadi "punching bag" la...

Tamat bab penerangan "apa itu 3rd voice".

Realiti

Kenyataan diatas ialah realiti dan dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat, ada yang tidak menyangka bahawa gelombang seperti ini akan wujud dari kalangan pro Pakatan Rakyat sendiri

Dan apa yang berlaku seterusnya ialah pada ketika mereka berjaya menang tanpa disangka-sangka pada PRU-12 yang lalu, mereka merasakan bahawa "aku adalah superman" dan selepas dinobat sebagai "seseorang" dikawasan masing-masing, mereka mula merangka-rangka strategi-strategi bodoh yang pada mereka adalah yang "terbaik untuk rakyat".

Kau Bukan "Superman"..!

Para pimpinan "Superman" ini mula lupa bahawa kemenangan mereka pada PRU-12 tempohari bukan kerana mereka adalah "Superman", mereka-mereka ini tidak pun memakai seluar ketat berwarna biru dan juga seluar dalam merah diluar semasa berkempen untuk PRU-12 tempohari. tidak juga mereka ini bersayap merah kesana-sini semasa berkempen.

Aku juga dapat sahkan bahawa tiada diantara pimpinan "Superman" ini ada waktu-waktunya memakai cermin mata dengan rambut berkilat belah tepi dan ada ketikanya muncul tanpa cermin mata dan "remos" ala-ala ekor khinzir..! tiada..!

Eh... korang tak sedar ke yang korang tu bukan "Superman..!"

Penyokong "Taksub Membuta Tuli"

Dikalangan penyokong Pakatan Rakyat pun dah ada yang kelihatan dah jadi "Extremist" parti dan juga dijangkiti penyakit "Taksub".
  • "Jangan tegur kesalahan pimpinan. kalau ada yang buat salah, kita tegur ikut "prosedur", kalau boleh kita cuba "cover" jangan bagi public tahu pimpinan-pimpinan ini buat benda silap demi untuk "menjaga nama baik parti".
Itu kata "Extremist" dan "Taksubist" dan komen ringkas aku untuk geng-geng ini berbunyi begini -
  • Khak Ptuih...!!!
Tegur ikut "prosedur"..? HELLoooooo...!!! apa prosedur tegur-menegur bagi pro Pakatan Rakyat yang bukan ahli mana-mana parti..? tegur masa konvensyen..? boleh jalan la..! masuk jadi "pemerhati" boleh, nak bersuara - mintak maaf... bukan aku tak pernah pergi mana-mana konvensyen Pakatan Rakyat... dah selalu dah. jadi "pemerhati"... perhati je la dari jauh...

Paling BANGANG, suara-suara yang mintak kita "cover" mana-mana pimpinan yang buat kerja "serong". cadangan kelas 1 yang boleh disertai dengan anugerah "otak paling biskut" dan juga piala "Penjahanam Pakatan Rakyat".

Itu yang selama ini berlaku dalam Parti Junub UMNO/Beer eNd yang selama ini kita tentang tapi tiba-tiba ada pulak malaun dalam Pakatan Rakyat yang cuba nak pakai startegi yang sama "kununnya" demi "perpaduan" Pakatan Rakyat.

Hahaha...!!! "Perpaduan"..? oi bastard..! "Perpaduan" tu modal lama UMNO/Beer eNd selalu pakai bila ada masalah dalaman. tu bukan nak selesai masalah, tu nak "peram" masalah bawah "karpet" (teringat pulak aku dekat "carpet man Bik Mama"), ini idea bijak tahap lembu untuk membiakkan anai-anai perosak dalam Pakatan Rakyat.

Tamat bab penyokong "Taksub" dan balik semula pada "Pimpinan Perasan Superman".

Agenda Perpaduan "MeLAYU"

Pimpinan yang aku label sebagai geng "Superman" ni kebanyakannya seronok buat benda-benda bodoh yang majoriti pro Pakatan Rakyat tak setuju. yang paling aku tak tahan sekali bila ada antara mereka ni, sebok dok rancang strategi "Perpaduan".

Ada jugak suara-suara sumbang yang dalam diam, memainkan isu "MeLAYU" padahal faktor perjuangan Pakatan Rakyat yang paling disambut oleh segenap lapisan masyarakat bukanlah MeLAYU sebaliknya "Bangsa Malaysia" - Hak Kesamarataan. itu yang sepatutnya difokuskan dan bukannya 1-1 bangsa sahaja.

Gilanya yang dok bersumbang-sumbang isu MeLAYU itu ialah yang datang dari parti PAS yang terang-terang dasar perjuangan mereka bukanlah perjuangan bangsa sebaliknya berpandukan kepada Al-Qur'an dan Sunnah dan semua kita sedia maklum bahawa didalam Al-Qur'an dan Sunnah, tidak ada perjuangan bangsa.

Disisi Allah semua makhluk ciptaan-Nya yang bergelar manusia adalah sama tak kira apa warna kulit, jantina atau agama... yang membezakan kita hanyalah amalan kita.
  • Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) - Al-Qur'an (Al-Hujaraat(13)).
Sepatutnya, agenda inilah yang perlu diteruskan. bukan agenda "bangsa". ramai antara kita terlupa atau tak perasan bahawa pada 1 masa nanti, semua bangsa didunia yang ada ketika ini akan hilang ditelan masa melalui perkahwinan campur. siapa dapat jamin 100 tahun lagi genetik MeLAYU yang ada pada tahun 2109 masih sama dengan genetik MeLAYU pada tahun 2009..?

Siapa dapat sahkan bahawa genetik Arab pada zaman Rasulullah dahulu sama dengan genetik Arab pada zaman ini..? kalau nak cakap "ada unsur yang sama" memang aku percaya tapi kalau nak cakap 100% sama, jauh la...

Bangunlah Wahai "Superman" Atau Kami Akan Hantar "Kryptonite" Untuk Kamu..!

Jadi untuk pimpinan-pimpinan yang dikiaskan dekat atas tadi, bangunlah... balik pada perjuangan asal seperti yang kamu pegang dan sebut-sebut diatas pentas ceramah sebelum PRU-12 dahulu. majoriti rakyat memilih kamu semasa PRU-12 dahulu bukan sebab kamu adalah "Superman", tetapi kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kamu mampu untuk membawa suara majoriti rakyat dan merealisasikan kehendak majoriti rakyat yang selama ini dipinggirkan oleh pimpinan terdahulu.

Untuk ahli-ahli parti yang aku labelkan sebagai "Extremist" dan juga "Taksubist", sedarlah dari mimpi-mimpi indah kamu. parti kamu masing-masing berjaya bukan kerana "pimpinan" semata-mata. realitinya ialah kemenangan itu bukan kerana "pimpinan" atau "parti" sebaliknya kerana "undi" dari rakyat Malaysia.

Korang ingat kalau pengundi-pengundi yang bukan ahli mana-mana parti boikot PRU-13 nanti Pakatan Rakyat ada can untuk menang ke..? sorry la beb..! yang tu kenyataan kan..?

Kalau korang rasa korang "Superman", korang anggap sahaja para pengundi sebagai "Kryptonite". ancaman utama mana-mana parti politik sebenarnya ialah "pengundi". ingat...!!! Beer eNd hilang majoriti dalam PRU-12 sebab pengundi, PAS kalah di Bagan Pinang sebab pengundi.

Pengundi Adalah "Kryptonite"

Pengundi bagi aku adalah "Kryptonite"... majoriti mereka adalah orang-orang yang "marah". bila mereka marah, mereka akan menghukum dengan cara yang "salah"... aku tak suka Beer eNd jadi aku "pangkah" Pakatan Rakyat. cara yang "unik" untuk melepas geram. tak suka Beer eNd tapi "pangkah" Pakatan Rakyat. hahaha...!!!

Kepada para pimpinan yang ada rasa-rasa "aku adalah Superman", ubahlah diri masing-masing. balik pada landasan perjuangan yang asal. jangan cuba mencipta perjuangan atau agenda diri sendiri sebab adanya pemimpin adalah kerana rakyat dan jatuhnya pemimpin, juga adalah kerana rakyat..! korang bukan hebat sangat pun...

Mana-mana agenda korang yang ditolak tu, eloklah jangan diteruskan. kalau rasa nak teruskan jugak, boleh blah dari Pakatan Rakyat dan tindakan itu sangat-sangat dialu-alukan. sikit pun kami tak rasa rugi buat masa ni kalau mana-mana kerusi Pakatan Rakyat beralih kepada kerusi bebas atau UMNO/Beer eNd baik dengan cara lompat atau PRK. pada aku "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". lu fikir la sendiri..!

Yang pastinya, website ini tidak akan menyokong mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat baik daripada PAS, PKR ataupun DAP yang dilihat cuba mengkhianati perjuangan dan amanah majoriti pro Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-12.

Terimalah semua kritikan demi untuk masa depan Pakatan Rakyat.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" - "Kalau takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan..!"