"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

BPR Akan Siasat Projek Taman Tamadun Islam Dan Piala Monsun

KUALA TERENGGANU, 29 Julai (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung jika terdapat asas dan bukti yang kukuh berhubung perkara itu.

Pengarah BPR negeri Sharuddin Sapian berkata, BPR sentiasa mengamalkan dasar telus dan responsif terhadap perkara yang dilaporkan dan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan siasatan.

"Kita akan teliti dahulu (laporan)...kalau ada asas yang kukuh berhubung perkara yang berkaitan, kita akan siasat," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dewan Pemuda PAS serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu yang meminta BPR menyiasat mengenai projek TTI dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.

Laporan itu dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua AMK Fariz Musa di Wisma Persekutuan di sini, Selasa.

Sebelum itu, kira-kira pukul 11 pagi, Azman Shapawi hadir bersama dua lagi anggota parti itu membuat laporan meminta BPR menyiasat kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said serta dua projek berkenaan yang disiarkan dalam akhbar.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berharap BPR menyegerakan tindakan untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harta rakyat.

Sementara itu Fariz bersama empat lagi anggota PKR pula membuat laporan kepada pejabat BPR meminta siasatan segera dilakukan terhadap kedua-dua projek terbabit selain kes penyelenggaraan melampau Proton Perdana V6, kehilangan wang royalti petroleum sejumlah RM3 bilion dan kes rasuah projek Bandar Baru Kijal di Kemaman.

Dipercayai seorang ahli politik di negeri ini terbabit dengan dakwaan penyelewengan itu dan meminta BPR bertindak dengan jujur, telus, berintergriti serta profesional untuk mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

1 comment:

pang5bugis said...

Harapan dan matlamat kita untuk mendapat gambaran sabenar apa yang berlaku. Juga diharapkan BPR akan menjalankan tugas dengan amanah demi Allah bukan kerana pihak berkuasa.

Masih ragu dan bimbang ketelusan BPR dalam menjalankan tugas.