"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Usul tidak percaya: Tengku Adnan sah SAPP faks respons tunjuk sebab petang tadi

(Mutakhir) PETALING JAYA: Parti Maju Sabah (SAPP) telah memanjangkan respons kepada surat tunjuk sebab dikeluarkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu 30 Jun lalu, petang ini menerusi faks manakala surat asal bakal menyusul.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pihaknya telah menerima faks berkenaan pada pukul 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran dan kandungan surat berkenaan.

Beliau yang dihubungi kira-kira 9 malam tadi juga memberitahu bahwa surat itu belum diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam pada itu, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee (gambar) berkata, partinya telah menerima pengesahan daripada sekretariat BN bahawa surat balas yang difakskan hari ini telah pun diterima manakala surat asal akan dihantar menerusi perkhidmatan pos laju.

Maklumat yang diperoleh daripada laman SAPP menyebut, ia akan menjawab surat tunjuk itu hari ini.

SAPP mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi petang ini.

Kata Yong, surat itu akan dihantar menggunakan kurier sebagaimana diterima oleh SAPP sebulan lalu.

Ketika dihubungi tengah hari tadi, Tengku Adnan berkata, tempoh 30 hari yang diberikan untuk menjawab surat akan berakhir tengah malam ini tetapi (sehingga 12 tengah hari tadi) BN tidak menerima apa-apa maklum balas.

"Kita akan tunggu sehingga jam 12 malam ini dan mungkin boleh bertolak ansur sehingga pagi esok sekiranya surat itu dalam perjalanan.

“Kita fleksibel kerana SAPP masih salah satu daripada parti komponen BN,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.


Ketika ditanya sama ada BN ada menghubungi SAPP untuk mengingatkan mereka mengenai maklum balas surat tersebut, Tengku Adnan berkata, usaha seperti itu tidak pernah dilakukan.

Tengku Adnan berkata, jika SAPP gagal menjawab surat tersebut dalam tempoh yang telah diberikan, BN akan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang akan dihadiri oleh semua parti komponen pada 6 Ogos ini sebelum Dewan Tertinggi memutuskan tindakan yang akan dikenakan ke atas parti itu.

“Saya tidak boleh nak beritahu apa tindakan yang akan diambil tapi yang saya boleh cakap, SAPP tidak akan dijemput untuk hadir dalam mesyuarat itu,” katanya.

Semalam, Yong berkata, parti itu akan mengemukakan jawapan mereka terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi BN.

Katanya, surat itu akan dihantar melalui kourier, cara ia diterima genap 30 hari, selepas ia diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya.

"Kandungan surat jawapan itu ialah untuk mengulangi sebab undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, deklarasi lapan perkara dan bahawa kita mengekalkan pendirian kita.

"Terpulanglah kepada BN untuk mengambil tindakan apa saja kepada kita. SAPP bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan penyokong parti.

Pada 20 Jun lalu, Majlis Tertinggi SAPP memutuskan untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Abdullah selaku Pengerusi BN, yang dikemukakan di Dewan Rakyat.

Keadaan itu mendorong Dewan Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada SAPP supaya menjelaskan hasrat kepemimpinan parti berkenaan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Tengku Adnan berkata, SAPP mempunyai hubungan yang baik dengan parti komponen BN yang lain sebelum pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat telah menjadikan SAPP sebagai mangsa dalam permainan politik mereka.

“Kita (BN) adalah barisan. Kita bukan pakatan (merujuk kepada Pakatan Rakyat), ‘pakat-pakat’ yang bunyinya seperti samseng,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, dilaporkan berkata, SAPP diberi 30 hari membuat penjelasan dan sebarang perkembangan baru dalam tempoh berkenaan turut menjadi asas kepada Dewan Tertinggi BN menentukan sama ada parti itu diberi amaran, digantung atau dipecat.

-mSTAR Online

No comments: