"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Peningkatan Kos Operasi Menyumbang Kepada Kenaikkan Kadar Tambang Bas

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kenaikan tambang bas ekspres dan bas henti-henti tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi yang terpaksa ditanggung pengusaha industri pengangkutan awam, kata Pengerusi dan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya industri pengangkutan awam di negara ini termasuk perkhidmatan bas memperoleh bantuan subsidi diesel yang agak besar daripada kerajaan, namun ia masih tidak dapat menampung kos operasi daripada aspek kenaikan pelbagai barangan lain seperti harga tayar, bateri dan minyak pelincir.

"Oleh kerana ini saya rasa banyak kekeliruan daripada orang ramai yang beranggapan pengusaha bas sengaja mahu naikkan harga sedangkan kerajaan beri subsidi... tetapi berbanding 2005 subsidi yang diberikan 65 sen, harga di pam 72 sen... tetapi sekarang sudah meningkat.

"Kenaikan 120 peratus dan kenaikan itu walaupun harga diesel subsidi diberikan tetapi ia meningkatkan kos operasi pengusaha," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Bersemuka Dengan Media yang disiarkan di RTM1 malam ini. Wawancara 60 minit yang membincangkan isu kenaikan kadar tambang bas itu turut disertai oleh Penolong Editor Bernama Roslan Ariffin dan Penolong Editor Sinar Harian Ahmad Yani Abdul Manaf.

Isu itu dibangkitkan ekoran persetujuan kerajaan terhadap permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar mengumumkan hari Selasa kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

Menjawab soalan Roslan mengapa perlu ada kenaikan tambang sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Oktober, Nadzmi menyifatkan ia sebagai fenomena biasa.

"Ini adalah fenomena yang berlaku dimana-mana, kerajaan mungkin memikirkan masa yang sesuai, bukan untuk bebankan rakyat, kita tidak dapat elakkan, apa yang penting di sini, pengusaha harus menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi, itu yang paling utama," katanya.

Berhubung penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam, Mohd Nadzmi berkata ia dilihat bertepatan untuk mengkaji pelbagai masalah yang timbul khususnya mengenai ulat tiket dan penambahbaikan perkhidmatan bas.

"Rakyat sanggup bayar lebih jika mutu serta kualiti dipertingkatkan, saya berpendapat kualiti, spesifikasi adalah penting untuk mengurangkan kadar kemalangan terutama pada musim perayaan," katanya.

Mohd Nadzmi berkata jika beberapa perkara seperti ulat tiket serta ketidakpuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan bas yang sedia ada tidak ditangani, berkemungkinan negara akan berhadapan dengan ketiadaan bas pada masa akan datang.

No comments: