"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu.

Menurut sumber, isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’.

Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, keputusan dibuat berdasarkan maklum balas semua peringkat dalam parti dengan mengambil kira harapan masyarakat Islam dan berdasarkan perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa tekanan mana-mana pihak,” tegas sumber itu lagi.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Usaha mengadakan siri pertemuan UMNO-Pas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dan orang Melayu yang tidak lagi mahu melihat kaum itu berpecah-belah.

Bagaimanapun, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh memberi kata dua supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala pakatan pembangkang 31 kerusi.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika Pas, UMNO dan parti komponen BN lain bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dihubungi hari ini berkata, hanya dua individu yang dibenarkan membuat ulasan mengenai isu itu iaitu Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun Abdul Hadi dan Nasharudin gagal dihubungi.

-Utusan

1 comment:

moufyiedarz said...

umno muke tak tau malu...

dah kalah, ade ati nak join yang menang..

UMNO = United Monkey N' OrangUtan