"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Saiful ulangi tidak aniaya Anwar, siasatan polis selesai sebelum 18 Ogos?

(Mukahir) KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi dia tidak menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu manakala polis mahu menyelesaikan kes dakwaan meliwat secepat mungkin dengan mengambil kira pertimbangan bahawa ia membabitkan kepentingan umum dan negara.

"Insya-Allah kita akan buat secepat yang mungkin... waktu terdekat," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepad mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis akan menyelesaikan sebelum 18 Ogos ini, beliau berkata:
"Itu tidak penting, yang penting kita meneruskan siasatan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana kes ini menarik minat orang ramai, menyentuh kesejahteraan dan ketenteraman kita.

"Kita akan melakukan yang terbaik untuk menentukan kes ini mendapat keputusan yang benar dan tepat."

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menentukan kebenaran bagi memastikan kepentingan pengadu dan orang yang disiasat terpelihara.

"Kedua-dua pihak akan terpelihara. Kita memberi jaminan pada (aspek) itu," katanya lagi.
Kelmarin, laporan perubatan yang tidak disahkan daripada sebuah hospital swasta mendedahkan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Mohd Saiful dikatakan diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan di Hospital Pusrawi.

Bagaimanapun, polis menyatakan laporan berita mengenai perkara itu bertujuan untuk mensabotaj penyiasatan mereka dan mengelirukan orang ramai.

Malah, kelmarin Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

Ismail yang memberitahu, pihaknya telah menemu bual sejumlah saksi yang banyak sepanjang sebulan yang lalu dan akan memanggil pengendali portal berita untuk membantu siasatan jika keadaan memerlukan.

"Kita sedang mengkaji (untuk memanggil pengendali portal) dan jika perlu kita akan memanggil mereka," katanya.

Dalam pada itu, Saiful dalam kenyataan yang ditulis sendiri dengan tangan berkata: "Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini."

Kenyataan itu dibacakan oleh peguamnya, Zamri Idrus pada sidang akhbar di sini petang ini - beberapa jam selepas Anwar selesai memberi keterangan di JAWI.

Sehubungan itu kata Saiful, dia menuntut supaya Anwar tidak berdolak-dalik dalam kes berkenaan.

"Saya telah membuat laporan polis berkenaan saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut.

"Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terbabit ke muka keadilan," katanya dalam kenyataan bertarikh hari ini.

Mohd Saiful akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata, anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

"Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis," katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: "Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata, anak guamnya mempunyai "kes yang kuat" untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Mohd. Saiful juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu.

-mSTAR Online

No comments: