Kalau Anwar Agen Amerika, Ikhwan Mesir Juga Agen Amerika dan Hamas adalah Ciptaan Mossad
Tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika ini sudah terlampau lama kita dengar. Malangnya, hampir tiada bukti yang kita dapat lihat.Yang membimbangkan saya, tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dapat dilihat riaknya dalam kenyataan Presiden PAS yang terbaru sewaktu selepas merasmikan Konvensyen PAS
Beliau telah berkata:
“PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar.
"Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu" katanya.“
Soalnya sekarang, apa perlu Tuan Guru Presiden menyebut berkenaan sokongan Amerika dalam kenyataan yang sama menyokong Anwar Ibrahim dalam isu fitnah liwat terbaru beliau? Apa kaitan Amerika dengan tuduhan liwat Anwar Ibrahim sedangkan ramai lagi Negara dan tokoh2 negara lain yang menyatakan kebimbangan mereka berkaitan dengan tuduhan liwat Anwar yang terbaru?
Mengapa Tuan Guru Presiden tidak memaki Kerajaan Turki yang secara jelas terlibat melindungi Anwar secara fizikal dalam hal ini? (Walaupun saya tahu Ust Nasa cukup menyampah dengan parti AK pimpinan Racep Tayyib Erdogan)
Ini adalah kerana antara fitnah yang digunakan untuk meracun pemikiran Tuan Guru ialah kononnya Anwar adalah agen Amerika. Fitnah itu tentulah datang dari salah satu ahli “fraksi UMNO” dalam PAS. Dan fitnah Anwar Agen Amerika ini adalah “specialization” oleh Cikgu Musafa Ali. Kalau Ustaz Nasa “pengkhususannya” adalah kononnya ada laporan doctor Anwar meliwat SAiful, Cikgu PA pula membawa “maklumat” kononnya Anwar agen Amerika.
Kesemua maklumat
Tujuan penulisan ini adalah untuk menghapuskan keraguan dan fitnah yang berkaitan dengan Anwar yang telah diberikan kepada Tuan Guru Presiden oleh
Sudahkah kita semua lupa bahawa tuduhan Agen Amerika ini bukan sahaja kena pada Anwar Ibrahim, tetapi juga kena kepada banyak gerakan Islam terutamanya Ikhwan Muslimin Mesir.
Di Mesir, tuduhan Ikhwan agen Amerika ini dilakukan oleh Regim Mubarak secara terbuka. Malahan ramai aktivis Ikhwan yang disiksa di dalam penjara Mesir juga telah mengaku bahawa Ikhwan adalah agen Amerika.
Filem-filem di MEsir juga tidak segan silu memaparkan fitnah ini ke atas Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam seluruh Mesir. Mereka mengatakan Ikhwan Muslimin menentang regim Mubarak kerana hendak melemahkan regim Mubarak yang jelas mempertahankan Mesir dari dijajah
HAMAS pula dituduh oleh Barat sebagai ciptaan MOSSAD untuk melemahkan FATAH dan PLO. Tuduhan ini terkandung dalam laporan CIA ke atas HAMAS. Dan tuduhan ini disokong oleh PLO dan FATAH serta diiyakan oleh kerajaan
Soalnya sekarang adakah Tuan Guru Presiden PAS, masih mahu terus mempercayi fitnah yang direka oleh Kerajaan
Kalau mahu terus mempercayai berita karut ini, maka wajib Tuan Guru Presiden mempercayai bahawa Ikhwan Muslimin Mesir juga agen Amerika dan HAMAS adalah ciptaan
Memang Modus Operandi agen Amerika, apabila identity mereka sudah hampir terbuka, mereka mesti menuduh orang lain sebagai agen Amerika. Ini bertujuan untuk memaling tumpuan umum kepada agen Amerika yang sebenar yakni UMNO. Sila baca ucapan Najib di Heritage Foundation di sini dan saudara dapat lihat sendiri betapa UMNO beruasaha bersungguh-sungguh untuk mencapai redha tuan mereka, yakni Amerika. Ini adalah pengakuan dari Najib sendiri dan harus diambil secara serius.
Saya faham, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pejuang Islam yang sangat ikhlas. Beliau ditarbiyyah untuk saying kepada Islam lebih dari diri beliau dan teman-teman dan kenalan malahan keluarga sendiri. Kalau ditakdirkan Tuan Guru terpaksa mengorbankan seluruh keluarga beliau demi untuk kemenangan Islam, Tuan Guru Haji Hadi tidak akan teragak-agak walau sedetik untuk melakukannnya. Begitulah setia dan iltizam beliau terhadap Islam.
Dan Tuan Gurua adalah seorang yang bijaksana dan mampu menilai, Beliau tidak mudah ditipu dengan khabar-khabar angin atapun cakap-cakap orang. Tetapi oleh kerana dicucuk oleh orang-orang yang rapat dan dipercayai oleh Tuan Guru, maka atas dasar sayang kepada Islam, beliau telah mempunyai tanggapan yang salah kepada Anwar.
Mana mungkin Tuan Guru boleh berubah fikiran dengan begitu mudah sekiranya pada masa Anwar dibebaskan dari penjara dan dirawat di Jerman, Tuan Guru sanggup melawat Anwar di Jerman. Tiba-tiba tidak semena-mena hubungan Tuan Guru-Anwar Ibrahim menjadi terlampau dingin sebegini.
Saya pun dapat merasakan bagaimana tanggapan Tuan Guru dan beberapa ulama telah bertukar. Bayangkan, hampir pada waktu yang sama, Ustaz Nasa membawa isu pasal liwat,
Terpaling bukan sebab Tuan Guru jahat atau tidak baik, tetapi kerana perasaan sayang dan cinta yang mendalam pada Islam. Manakala, motif “fraksi” UMNO yang dipercayai Tuan Guru pula adalah jawatan dan pangkat.
Di sini saya minta Tuan Guru Haji HAdi supaya menilai kembali segenap “input” yang didapati oleh beliau sepanjang 4 bulan kebelakangan ini berkaitan Anwar Ibrahim. Inshaalah, kebenaran akan terpancar juga. Misalnya, cerita kononnya ada bukti perubatan yang Anwar telah meliwat Saiful akhirnya terbukti satu penipuan yang besar.
UMNO sedang berada dalam keadaan nazak. Mereka akan melakukan apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka. Perkara fitnah sebegini tidak menjadi satu kejadian ganjil langsung. CUma kita perlu istiqamah dan pandai menilai dan menapis maklumat yang sampai.
Ya Allah, selamatkanlah Presiden aku, Tuan Guru Haji Hadi Awang dari menjadi mangsa fitnah UMNO dan BN. Amin
No comments:
Post a Comment