"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 20, 2008

Flip-Flop..Semalam 3, Hari Ni 8!!!

Magic sungguh no...semalam aku akses ke Direktori Kakitangan JAKIM dalam tu Imam Masjid Wilayah cuma 3 orang...1 Imam Besar & 2 lagi bertaraf Imam Biasa...

Flip-Flop hari ni aku akses balik...toing... :

Cawangan >> Pejabat Imam Besar -
Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh ( Imam Besar )

Cawangan >> Unit Perhubungan Awam/Penerangan-
Abdul Halim Bin Zakaria ( Imam )

Cawangan >> Pemantapan Sahsiah-
Hafizan Bin Ibrahim ( Imam )
Mohamad Saghir bin Sunny ( Imam )
Tengku Mohd Hasif bin Hj. Abd Rashid ( Imam )

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat-
Mohd Nazarudi bin Mohd Nadzir ( Imam )
Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli ( Imam )
Ramlang bin Porigi ( Imam )

Kah kah kah kah kah...aku gelak sorang-sorang...

8 orang Imam???

Tu aku tak nak la pertikai... kalau depa nak letak 50 ratus orang Imam pun tak de masalah... tapi jangan la nampak sangat mainan sarkis ni...apa JAKIM pun dah jadi kuda tunggangan UMNO/BN jugak ke?

Mentang-mentang semalam kita dedah si Ramlang tu bukan Imam, terus hari ni depa naikkan pangkat jadi Imam... tapi nak naikkan sorang nampak sangat kan? jadi naikkan terus 5 orang...

Tapi bila dah jadi macam ni cerita dia lagi la seronok kan?semalam 3 orang... Ramlang cuma PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM...bila orang dah bising si Ramlang ni bukan Imam...terus tak sampai 24 jam naik pangkat... tergesa-gesa jugak macam masa nak angkat sumpah...

Chait...ini dah macam cerita Hindustan la...apa-apapun...TAHNIAH RAMLANG & TAHNIAH JAKIM sebab berjaya menjadi tunggangan UMNO/BN...makin lama makin jelas kisah ni..!

Artikel terdahulu tentang Siapa Ramlang Porigi di [ sini ]

10 comments:

aloha2 said...

hang imam masjid mana?

Mr Joker said...

aku belum lagi...tadi dh janji ngan MSK esok aku angkat sumpah, lusa MSK jadi Imam mesjid kampung dia...

aku nak deal ngan Zahid Hamidi jap.

Hang nak jadi saksi jugak ka?

Anonymous said...

lain kali Persik Rakyat copy and save segala maklumat2 yang sdr dapat untuk dijadikan bukti sebelum dan selepas perubahan yang mereka buat

Anonymous said...

http://amircesc4.wordpress.com/2008/08/19/ramlang-porigi-poooraaahhh/

mintak kawan2 tolong aku. jawab sikit mamat ramlang dan kawannya ni. dok komen, aku tak arif sgt nak jawab. tauke blog ni, bang perisik, tolong ek.

Mr Joker said...

anonymous - semalam aku lupa nak save pages tu sebab aku tak sangka depa nak peguna sampai tahap tu...

lenkali memang aku akan save...tima kasih ingatan hang.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

kuang..kuang..kuang...

Anonymous said...

Hari ni 5 orang naik pangkat jadi imam, jaga-jaga, esok Ramlang bin Porigi akan naik pangkat lagi jadi imam besar pulak... hu.. ha..haa..

Mr Joker said...

Imam besar mungkin tak sesuai...rendah sangat...

Aku rasa Say Fool akan propose dia ni jadik Mufti.

Sapa tau?

Anonymous said...

Assalamualaikum

Menurut sumber yang boleh dipercayai..
Sialfool bercadang bersumpah di Masjid Negara secara "grand" selepas waktu Asar dengan sokongan Ketua Pengarah JAKIM..TETAPI..Imam Masjid Negara tidak bersetuju kerana ianya bertentangan dengan hukum syarak dan sewajarnya dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Walaupun dengan kehadiran Ketua Pengarah Jakim, Imam Masjid Negara tetap enggan dan bersedia dipecat dari jawatan Imam.
Maka difahamkan Sialfool & gang & Ketua Pengarah Jakim bergegas ke Masjid Wilayah, J. Duta..sebab tu lah acara lambat di jalankan.
Imam sebenar Masjid Wilayah juga enggan menyaksikan maka terpaksalah Imam MEE MAGGI menjadi saksi.
Disebabkan oleh wartawan2 yang dijemput ke Masjid Negara telah mengetahui perihal kejadian di Masjid Negara, maka para wartawan yang mengikuti ke Masjid Wilayah, TIDAK DIBENARKAN men'cover' acara di Masjid Wilayah..hanya gang Sialfool yang rakamkan acara tersebut.

Anonymous said...

Hmm...biaq pi kat depa lah. Sampai bila depa nak menipu. Tengok muka Si Ramlang tu pun dah nampak muka penipu. Macam mana lah si penipu boelh bertugas kat masjid. Tak takut Tuhan ka? Ooiii Si Ramlang, kami nak buat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat untuk hang. Hang tengoklah nanti hukuman Tuhan terhadap orang yang menipu...termasuk si Say Fool bodoh tu.