"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 20, 2008

Benarkah Anwar Agen Amerika / Barat? : Siri II

Nampaknya usaha untuk menyebarkan keraguan terhadap Anwar Ibrahim juga tidak lepas dari berjalan sewaktu Muktamar Pemuda PAS Pusat baru-baru ini. Perwakilan Terengganu, seperti biasa, melontar idea ini tetapi tidak pula beliau melontar apa-apa bukti yang konkrit.

Perwakilan Pemuda Terengganu dilaporkan berkata:

““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”

Nampaknya usaha menyebar keraguan terhadap Anwar Ibrahim telah dimulakan oleh wakil dari Terengganu. Saya tak terkejut kerana majoriti fraksi UMNO adalah dari Terengganu juga. Dan orang yang bertanggungjawab berkempen meracun pemikiran Tuan Guru dari segi ini, juga dari Terengganu.

Apa yang saya tahu, UMNO yang mula-mula sekali mempopularkan tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dan Barat. Nampaknya sekarang, usaha tersebut telah disambung oleh fraksi UMNO dalam PAS.

Soalnya, sanggupkah seorang agen Amerika/Barat:

  1. Menghadapi enam tahun merengkok dalam penjara di dalam kesakitan yang amat sangat hasil dari dipukul oleh Iron Mike Rahim?
  2. Sanggup menghadapi tuduhan palsu dalam mahkamah kangaroo UMNO dan BArisan Nasional?
  3. Dipermalukan dihadapan keluarga dan rakyat sebangsa dan seagama sebanyak dua kali dengan tuduhan liwat
  4. TIdak melakukan apa-apa rasuah dan salah guna wang dan kuasa sewaktu menjalani tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri
  5. Menyokong dan memudahkan serta membantu meluluskan Artikel 121(a) Perlembagaan Negara
  6. TIdak ada walau satu pun bukti dan tuduhan yang dibuat di mahkamah sewaktu selepas beliau dipecat sehingga beliau dilepaskan. Sedangkan Anwar Ibrahim telah disiasat dan dicari kesalahan beliau dari atas ke bawah
  7. Amerika atau Barat tidak melakukan apa-apa sepanjang Anwar ditahan untuk melepaskan beliau dari penjara.

Seorang agen Amerika sudah tentu akan menerima tawaran Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri secara terhormat dan melarikan diri ke luar negeri. Itu lebih selamat kerana beliau akan dapat melarikan diri dan tidak terdedah kepada kemungkinan mendedahkan rahsia beliau sebagai agen Amerika.



Profil Anwar Ibrahim juga susah kita hendak katakan beliau adalah agen Amerika. Sewaktu Demonstrasi Baling dahulu, semasa beliau pimpinan pelajar, beliau tidak mendapat suaka politik, mahupun berlindung di mana-mana Kedutaan Asing, seperti Hishamudin Rais.

Malahan, hanya baru2 ini beliau telah dikurniakan perlindungan oleh Kedutaan Turki. Kalau nak kata Anwar agen Turki/AKP mungkin boleh la.

Saya juga dengar cerita Kak Wan pernah jugak jadi agen satu masa dahulu, tapi agen Amway.

Saya rasa tidak mungkin Anwar Ibrahim akan sanggup untuk terus mempertahankan kedudukan beliau sehingga merengkok dalam penjara sebegitu rupa sekiranya beliau adalah agen Amerika seperti yang dipercayai oleh Fraksi UMNO dalam PAS.



Tuduhan Anwar Agen Amerika Fitnah UMNO Sahaja



Hakikatnya adalah tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika adalah idea dan ciptaan UMNO dan Dr. Mahathir. Ianya digunakan untuk meyakinkan ahli-ahli di dalam kerajaan dan mereka2 di dalam pasukan keselamatan. Dr. Mahathir tahu bahawa sekiranya Anwar dipecat dengan sebegitu rupa, maka ada kemungkinan beliau tidak mendapat sokongan dari Anggota Keselamatan kerana pada waktu itu Anwar Ibrahim adalah tersangat popular.



Malahan, arwah Rustam Sani pernah menulis bahawa beliau telah berjumpa dengan Rahim Nor beberapa bulan sebelum pemecatan Anwar, dan Rahim Nor menyatakan bahawa beliau terhutang budi dengan Anwar Ibrahim kerana banyak projek yang berkaitan kebajikan Polis selama ini yang tersangkut telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim.



Malahan selepas Anwar dipukul teruk pun, Arwah Rustam Sani masih ragu-ragu ianya angkara Rahim Nor. Ertinya, fitnah Anwar agen Amerika ini berkesan dan mampu "turn-over" mereka yang berada di dalam pasukan keselamatan kita.

Dr, Mahathir dan UMNO sedar bahawa ada kemungkinan anggota keselamatan tidak memberikan sepenuh kerjasama, justeru itu cerita Anwar Ibrahim sebagai agen asing diadakan.



Hasilnya, kita lihat sendiri di mana Rahim Nor telah hampir-hampir membunuh Anwar Ibrahim. Kesian Rahim Nor, dia pukul Anwar kerana ingatkan nak selamatkan Maalysia, rupanya dia yang terkorban dan Malaysia tetap hancur bawah Barisan Nasional.



Sekatang ini nampaknya senjata yang serupa digunakan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Perwakilan Pemuda dari Terengganu seperti di atas ini adalah salah seorang yang berkemungkinan terpengaruh dengan fitnah ini.



Beberapa Perkembangan Positif Dari Muktamar Yang Saya Baca

Diberitakan oleh Malaysiakini bahawa Tuan Guru Presiden telah menyatakan komitmen PAS untuk kekal bersama Pakatan Raiyat.

Tuan Guru Presiden juga menafikan yang PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau cuma menjelaskan bahawa sekiranya berlaku perubahan kerajaan, maka teras kerajaan tersebut mestilah orang Melayu dan Islam.

Saya rasa Tuan Guru Presiden tidak perlu risau dan gundah gulana, kerana sekiranya Anwar Ibrahim membentuk kerajaan yang minoriti Melayu/Islam, sudah tentu Tengku Mizan akan mengunci pintu Istana Negara seperti yang Baginda lakukan kepada Mantan MB Terengganu, Derih Jusoh.

Dan saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku pada 16 September nanti.

-Tulang Besi

No comments: