"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 29, 2008

Kerajaan Mahu Tingkatkan Kualiti Hidup Semua Kaum - Najib

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya kerajaan memberi maklum balas positif terhadap kebimbangan yang diluahkan oleh rakyat termasuk masyarakat kaum India di negara ini.

"Adalah penting untuk menangani isu-isu secara khusus yang dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat termasuk penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kebajikan kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis jamuan malam tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di sini Khamis malam.

Najib, yang merupakan pengerusi jawatankuasa itu, berkata mereka telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang yang dikuasai oleh kaum India termasuk membuka semula pengeluaran lesen perniagaan barang-barang lusuh (besi buruk).

"Penggantungan pengeluaran lesen itu bagi tujuan menyiasat kecurian besi telah menjejaskan ramai peniaga kaum India," katanya.

Menyentuh mengenai soal sekolah Tamil, Najib, berkata Kementerian Pelajaran telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi mengkaji sekolah yang layak mendapat bantuan penuh kerajaan.

Di samping itu, katanya, kerajaan bercadang melatih 3,000 belia India menjadi usahawan dalam bidang gunting rambut dan industri makanan. Najib juga mengumumkan penubuhan Kumpulan Persemukaan Perniagaan dan Ekonomi yang dipengerusikan oleh presiden MAICCI Datuk K.K.Eswaran bagi meyalurkan pandangan masyarakat India berhubung kepentingan komersil dan perniagaan mereka kepada Kabinet.

Najib kemudian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MAICCI dan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kedai Gunting Rambut India Malaysia bagi melatih golongan belia menceburi bidang itu.

No comments: