"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 29, 2008

Tahanan ISA Juga Perlu Diambil Sampel DNA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga tidak terkecuali daripada diambil sampel Asid Deosirinobukleik (DNA) walaupun akta berkenaan tidak termasuk dalam kesalahan jenayah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata ia kerana kesalahan di bawah ISA masih kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Jadi tindakan untuk mengambil sampel DNA bagi tahanan ISA adalah penting bagi tujuan rekod dan boleh digunakan pada masa hadapan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Akta Identifikasi DNA 2008 pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jawapan beliau itu adalah reaksi terhadap soalan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoalkan mengapa tahanan ISA perlu diambil sampel DNA sedangkan mereka tidak akan dibicarakan di mahkamah.

Mahfuz juga melahirkan kebimbangannya berhubung pengambilan sampel tersebut yang dikatakan boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu dan melanggar hak asasi manusia.

Berhubung isu manipulasi pula, Syed Hamid berkata semua pihak tidak perlu khuatir kerana hujah atau keterangan di mahkamah tidak bergantung semata-mata kepada data yang dikeluarkan oleh Bank DNA.

"Kita boleh bawa hujah atau keterangan lain untuk menunjukkan ada kesilapan dan kita tidak perlu takut bahawa ia satu keterangan yang muktamad, semuanya terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan," katanya.

Sementara itu berhubung isu hak asasi manusia, Syed Hamid berkata walaupun Artikel 5 (1) memperuntukkan hak seseorang untuk membuat keputusan berhubung tubuh badannya termasuk pengambilan sampel, artikel tersebut tidak bersifat mutlak.

Beliau berkata ia adalah kerana artikel berkenaan masih tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di Malaysia yang selari dengan undang-undang hak asasi antarabangsa.

No comments: