KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil Selasa lepas, dapat sama-sama menyumbang kepada amalan demokrasi di negara ini.
"Sebagai ketua pembangkang (di Parlimen), kita harap beliau akan menyumbang dengan baik kepada perjalanan amalan demokrasi dan membantu kita dalam usaha kita memajukan lagi negara kita," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen hari ini.
Anwar, 61, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat.
Beliau turut dilantik sebagai ketua pembangkang.
Najib juga berkata satu post mortem mengenai pilihan raya kecil Permatang Pauh akan dijalankan tidak lama lagi.
"Kita akan kaji dengan mendalam sikap pengundi di Permatang Pauh," katanya. Ketika ditanya sama ada penampilan semula Anwar dalam arena politik negara akan menjejaskan pemilihan Umno pada Disember ini, Najib berkata: "Tak ada kena mengena dengan pemilihan Umno."
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment