Satu pusat operasi khas pasukan polis telah ditubuhkan tidak berapa lama dulu untuk menyelaras segala aktiviti yang berkaitan dengan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim. Anehnya, pusat operasi ini ditubuhkan bukan SELEPAS kejadian liwat yang dikatakan itu berlaku. Sebaliknya pusat operasi ini ditubuhkan SEBELUM 26 Jun 2008.
Mengapa perlu ditubuhkan sebuah pusat operasi khas SEBELUM tarikh kejadian liwat yang didakwa itu? Apakah mereka ini semuanya Tok Nujum yang dapat ‘melihat’ apa yang akan terjadi? Apakah pusat operasi ini ditubuhkan untuk menyelesaikan kes-kes liwat? Ataupun ianya ditubuhkan untuk ‘mencipta’ kes-kes liwat?
Banyak persoalannya. Tetapi itu masih belum mencukupi. Pusat operasi ini bukan terletak dimana-mana balai polis atau ibu pejabat polis, sebaliknya diadakan didalam sebuah bilik mesyuarat, dalam sebuah pejabat peguam Umno, Shafee Abdullah, yang mempunyai reputasi buruk memanipulasi kes-kes yang melibatkan orang-orang yang terlibat pembunuhan Altantuya Shariibu dan mereka yang terlibat dalam kes cubit punggung seorang wanita diHavana Club, Kuala Lumpur.
Sebut saja kes-kes yang dicurigai dan kita akan mendapati penglibatan Shafee Abdullah dibelakangnya. Dan manusia yang sama ini, menyelaraskan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim, dari bilik mesyuarat pejabatnya di Bukit Kenny.
Terdapat empat orang pegawai polis yang diketuia oleh seorang yang bernama Aziz, yang ditugaskan dipusat operasi khas polis ini, didalam pejabat Shafee Abdullah. Tetapi mengapa mereka ditempatkan dipejabat peguam Umno dan bukan dibalai polis? Apakah ini operasi rasmi polis atau komplot? Ya, kita mungkin telah menonton filem Hollywood yang tentang perbuatan CIA. Apakah Shafee Abdullah dan Polis DirajaMalaysia juga telah menonton filem ini?
Nampaknya, mereka juga telah menonton filem ini kerana pusat operasi polis yang terletak dipejabat Shafee Abdullah seolah-olah menyerupai plot yang terdapat dalam filem Hollywood ini.
Didalam pusat operasi khas ini terdapat ‘whiteboard’ dan tertulis dua nama: Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin. Dibawah nama tersebut terdapat nota, catatan, rajah dan strategi tentang bagaimana untuk mensabitkan kedua-dua mereka ini dan bagaimana untuk memenjarakan mereka sehingga keakhir hayat.
Ya. Polis melapur kepada Shafee Abdullah. Dan Shafee Abdullah menyelaraskan pusat operasi khas ini bersama Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (PN). Dan tujuan pusat operasi khas ini ditubuhkan adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk memenjarakan Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin. Dan pusat operasi polis ini dibuat dipejabat seorang peguam Umno yang bernama Shafee Abdullah, dan bukan dimana-mana balai polis kerana secara rasminya, KPN dan PN tidak terlibat didalam konspirasi liwat ini, seperti yang dimaklumkan oleh Abdullah Badawi.
Shafee Abdullah bukanlah manusia biasa tetapi syaitan. Dia juga merupakan pakar sodomologi yang pertama diMalaysia yang pakar tentang hal-hal liwat. Itulah sebabnya mengapa laporan doktor Pusrawi ditolak kerana doktor tersebut hanyalah seorang doktor biasa. Laporan yang dibuat oleh seorang doktor biasa tidak boleh diterima sebagai bukti dalam kes liwat walaupun doktor tersebut berpengalaman selama lebih dua dekad. Itu dakwaan kerajaan. Mereka memerlukan laporan seorang pakar liwat dan Shafee Abdullah merupakan pakar liwat yang pertama dan tersohor diMalaysia.
Itu sebabnya mengapa SAC 11 Mohd. Rodwan Mohd Yusof tidak berjumpa Saiful dibalai polis ataupun diibu pejabat polis. Pusat operasi khas ini tidak terletak dibalai polis! Ianya terletak dipejabat seorang peguam Umno. Amat bahaya untuk berjumpa Saiful dipejabat peguam ini kerana takut dinampak orang. Dan itulah sebabnya mengapa Rodwan berjumpa Saiful dibilik 619, Hotel Concorde.
OK. Rodwan berjumpa Saiful sehari sebelum kejadian yang didakwa berlaku. Mungkin Rodwan seorang Tok Nujum yang dapat melihat apa yang akan berlaku dihari berikutnya. Setengah orang memang mempunyai kelebihan ini. Walaubagaimanapun, sama ada tarikh dan masa itu sedikit janggal atau pun tak teratur, mereka masih mempunyai ‘bukti’ untuk ‘membuktikan’ bahawa Anwar memang meliwat Saiful sehari selepas Saiful berjumpa Rodwan dibilik 619, Hotel Concorde.
Satu daripada’bukti’ penting sepatutnya ialah doktor dari Pusrawi yang menjalankan pemeriksaan keatas Saiful pada 2.00 petang, Sabtu 28 Jun 2008. Tetapi doktor tersebut tidak mendapati apa-apa bukti yang menunjukkan Saiful diliwat. Laporan ini kemudiannya bocor dan doktor tersebut telah menghilangkan diri. Jadi, tidak mungkin mereka akan menggunakan bukti ini.
Bukti seterusnya ialah laporan kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4.00 petang 28 Jun 2008. Tetapi Jabatan Pesakit Luar HKL tutup pada jam 4.00 petang pada hari tersebut. Bagaimana pemeriksaan telah dilakukan? Benar. Pemeriksaan kedua tidak wujud dan doktor-doktor diHKL enggan memalsukan laporan mengatakan Saiful telah diperiksa, ataupun mengatakan Saiful telah diliwat.
Oleh kerana tiada seorang pun doktor dari Pusrawi atau HKL yang mahu bekerjasama dengan polis, ‘bukti’ terakhir ialah seluar dalam Saiful. Memang, seluar dalam Saiful tidak mempunyai kesan-kesan air mani Anwar tetapi ini perkara kecil.Sekiranya seseorang dari Jabatan Kimia bersedia untuk menjadi saksi dimahkamah mengatakan dia telah memeriksa seluar dalam Saiful dan ‘menjumpai’ kesan air mani Anwar, itu sudah cukup. Mereka sudah boleh mencipta kes terhadap Anwar dan mendakwanya melakukan liwat berdasarkan ‘bukti’ dari Jabatan Kimia.
Tetapi Jabatan kimia masih belum menyediakan laporan tersebut! Tidak ada laporan dari jabatan Kimia yang mengatakan mereka menjumpai kesan air mani Anwar pada seluar dalam Saiful. Ini kerana mereka perlu mendapatkan contoh dari Anwar untuk dibubuh pada seluar dalam Saiful dan kemudian Jabatan Kimia akan mengesahkan mereka menjumpai kesan tersebut.
Tetapi Anwar memang degil dan besar kepala. Dia enggan memberikan contoh DNAnya. Bagaimana untuk meletakkan contoh DNA Anwar keatas seluar dalam Saiful bila Anwar enggan memberikannya. Jabatan Kimia tidak boleh menyediakan laporan yang mengatakan mereka menjumpai kesan DNA Anwar pada seluar dalam Saiful, sehinggalah polis ‘meletakkan’ bukti tersebut. Dan ini telah membantutkan perancangan mereka.
Tetapi tidak mengapa. Apabila Parlimen bersidang hujung bulan ini, mereka akan membuat undang-undang baru yang memaksa seseorang itu memberikan contoh DNA, sekiranya diminta oleh polis untuk berbuat demikian. Sekiranya enggan, apabila diminta oleh polis, seseorang itu akan dianggap melakukan jenayah dan boleh dipenjarakan. Mereka akan cuba meluluskan undang-undang ini sebelum 31 Ogos 2008. Dan mereka akan mengundurkan tarikh kuatkuasa undang-undang ini supaya mereka yang terbabit sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan, juga akan terlibat.
Tidak lama lagi, mereka akan mendapatkan Anwar sebaik saja akta DNA ini menjadi undang-undang dan Anwar tidak lagi boleh menolak permintaan mereka. Sebaik saja mereka mendapat contoh DNA Anwar, Jabatan Kimia pun akan membuat laporan bahawa mereka menjumpai ‘bukti’ pada seluar dalam Saiful. Mereka kemudiannya mempunyai sebab untuk menangkap dan mendakwa Anwar. Dan siapa tahu, mereka mungkin boleh memenjarakan Anwar juga.
Dan selepas itu, pusat operasi khas pasukan polis yang terletak dipejabat seorang peguam Umno ini boleh ditutup.
2 comments:
Dahsyat operasi ni, mengalahkan filem bollywood. kenapa tak suruh pasukan GERAK KHAS (Yusuf Haslam) siasat, mereka tu semua polis-polis yang jujur.
Wah ini merupakan pendedahan yg memeranjatkan!!!Sebarkan ke rakyat biar rakyat tahu taktik jahat BN....kalau beginilah caranya sememangnya Anwar layak jadi PM, hapuskan perasuah dan pengkhianat ni semua!!!!
Post a Comment