"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 11, 2008

Laporan Penyelidikan Angkasawan Ke Kabinet Hujung Bulan Ini

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Laporan hasil penyelidikan dan kajian angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) akan dibentangkan ke kabinet pada hujung bulan ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata kabinet perlu memutuskan laporan itu terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada umum seterusnya untuk dipertimbangkan mengenai masa depan program angkasawan negara.

"Kabinet akan tentukan segala program akan datang samada mahu besar, kecil atau sederhana dan pihak kementerian akan buat cadangan tertentu kepada kabinet.
"Dalam keadaan ekonomi pada ketika ini di mana perlu kita fokuskan kepada pelaburan dalam sektor yang pendapatannya lebih cepat keluar dan maksimum, maka akan ada implikasi kepada program seperti program angkasawan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2008 di sini.

Beliau berkata walaupun program angkasawan kedua negara masih belum diputuskan, kementerian akan menghantar Mejar Dr Faiz Khaleed menjalani latihan bagi memastikan rangkaian program itu berterusan.

"Latihan, kesedaran dan soal meneruskan kajian mikrograviti itu penting maka kita akan terus menghantar Faiz untuk meningkatkan kepakarannya sebab program angkasawan perlu ada latihan setiap tahun kalau tidak anda terpaksa memulakan semula. Jadi rangkaian akan diteruskan," katanya.

Ongkili berkata misi menjelajah ke seluruh negara bagi menimbulkan minat generasi muda dalam ilmu angkasa lepas juga akan diteruskan.

No comments: