"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 11, 2008

Malaysia Mula Serah Pulau Pisang Pada Singapura Sejak Awal 80-an

PONTIAN, 11 Ogos (Bernama) -- Singapura dipercayai telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal tahun 1980-an lagi, menurut waris-waris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu.

Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerja-kerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit.

"Singapura telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980-an lagi, tetapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini."

"Apa yang pasti, Singapura telah bertindak membesarkan kawasan rumah api, laluan serta jeti di Pulau Pisang itu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada saiz ketiga-tiga struktur tersebut ketika ini," katanya kepada Bernama, hari ini.

Zaiful berkata menurut perjanjian di antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Okt 1900, kawasan keluasan rumah api yang dipersetujui adalah satu ekar, satu Rod dan 18 Poles.

Keluasan laluan daripada jeti ke rumah api pula ditetapkan pada satu ekar dan lima Poles, manakala keluasan jeti pula adalah 17 Poles, menurutnya.

"Bagaimanapun kini kawasan rumah api di puncak pulau itu semakin besar apabila Singapura membina pagar kedua, kira-kira 100 meter daripada pagar lama. Laluan pejalan kaki dari jeti ke rumah api turut dibesarkan supaya jentera berat boleh menggunakannya," katanya.

Laluan ke rumah api itu sebelum ini, katanya hanya dilengkapi dengan tangga pejalan kaki tetapi kini diganti dengan laluan yang lebih besar bertujuan memudahkan traktor untuk mengangkut pelbagai barangan.

Singapura, katanya turut membina sebuah stor simpanan di jeti, yang tidak termasuk di dalam Perjanjian 1900 yang ditandatangani.

"Tindakan Singapura membesarkan kawasan rumah dan pelbagai kemudahan lain itu jelas bercanggah dengan perkara di dalam Perjanjian 1900. Kita perlu menangani perkara ini sebelum ia terlambat," kata Zaiful.

Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km daripada Pontian menempatkan sebuah rumah api yang ditadbir oleh Singapura.

Seorang lagi waris pemilik kebun di pulau terbabit, Abdul Razak Malutak, 66, berkata kawasan rumah api yang ditadbir republik itu turut mempunyai kemudahan bagi pendaratan helikopter.

"Pada tahun-tahun 80-an, penduduk kadangkala melihat helikopter Singapura di kawasan rumah api terbabit sedang menghantar barangan-barangan berat untuk kegunaan rumah api itu," katanya.

Berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura, beliau meminta kerajaan Malaysia supaya berhati-hati dengan sebarang tindakan yang dilakukan oleh republik di Pulau Pisang.

Dakwanya tindakan Singapura tidak membenarkan penduduk tempatan menggunakan jeti persendirian itu juga menimbulkan masalah dan menimbulkan persoalan tentang siapa yang sebenarnya berhak terhadap pulau itu.

"Kita dapat melihat pagar di sekeliling rumah api dan laluan dari jeti ke rumah api tersebut semakin luas berbanding tidak lama dahulu. Kami pula tidak dibenarkan menggunakan jeti itu, walaupun ia terletak di Pulau Pisang," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Melayu Mudah Lupa
=================
Puisi Tun Dr Mahathir
+++++++++++++++++++++

Dah terantuk baru nak tengadah
kata-kata orang tua-tua Melayu

pang5bugis said...

Baca perkhabaran tu, memang sakit hati, tapi nak harapkan siapa boleh bertindak? kalau parti politik, PR dengan DAP mesti mendiamkan diri, kalau dibiarkan Singapore bertindak ke Pulau tu lagi DAP sokong, harapkan BN dengan PM nye DSAAB, entahlah. Nak handle isu dalam negeri antara kaum pun gelabah semacam, asik mengalah je, hanyut le kita , yang non bumi, mereka x kesah, ialah ni bukan negara mereka, mereka tu menumpang pada mulanya, tapi sekarang dah jadi milik bersama keatas malaysia, kira mereka dah untung.

Jadi, kesimpulan nya sementara Tun Dr. Mahathir ada ni, mari lah kita menyokong dan merayu Ybgh Tun melakukan sesuatu, kita bertindak menjatuhkan DSAAB.

Mr Joker said...

Tuan Hajiman -

Kalau dalam 1 keluarga...sampai bila kita nak harap pada bapak kita je untuk buat sesuatu?

Tak kan dalam adik beradik ipar duai tak de sorang pun yang berkemampuan?

Lebih baik bersatu dibawah Pakatan Rakyat, tolak pimpinan yang ada sekarang & beri peluang pada pimpinan baru...50 tahun kita rela dibuli, tak kan 1 penggal kita tak boleh sabar?

Yakin,berusaha & istiqomah...percaya pada kuasa Allah.itu yang wahid..!

Allahu Akbar..!