"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 11, 2008

Polis Cakap Tak Tahan Pun..!

(update)KUALA LUMPUR: Polis menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog hari ini bahawa Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

"Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira 10 malam tadi dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi semalam di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi mStar Online berkata, khabar angin Zulkifli ditahan polis telah mula tersebar luas sejak semalam ketika ceramah PKR di Permatang Pauh.

"Kalangan pemimpin PKR juga mengetahui mengenai perkara ini. Tetapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya.

"Saya juga cuba hubungi Zulkifli namun gagal dan berharap khabar angin ini tidak benar," katanya.

Sementara itu, usaha mStar Online menghubungi beliau sehingga 11.30 malam ini juga gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan.

-mSTAR Online

TP - Jadi sekarang PDRM nafikan perkara ni ya..?okey...if somebody from PDRM is monitoring my blog at this moment or any moment, just take my note here - YB Zul WILL BE ON PUBLIC SOON & WE WILL KNOW WHAT HAS HAPPENED TO HIM..!kalau kenyataan YB Zul nanti mengesahkan yang dia ditahan PDRM(I DON'T CARE IT'S UNDER ISA OR NOT..!)then i have set something for PDRM...let see what it will be...(susah nak percaya satu badan yang dah selalu menipu ni...nasib hangpa la...)

2 comments:

Anonymous said...

Habis tu ke mana menghilangnya YB Zul ni.....?

Anonymous said...

TABIAT BIASA POLIS yang KORUP......

Dah biasa menipu dan menolong pihak tertentu menipu...