"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, August 11, 2008

PAC Akan Tinjau Kerja Pembaikan Tiang Jejambat MRR2, Kata Azmi

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lawatan untuk meninjau kerja-kerja pembaikan keretakan tiang jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Selasa.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata PAC juga akan memanggil pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya untuk memberi penjelasan mengenai kes keretakan yang berulang di jejambat itu.

PAC yang dilantik oleh Dewan Rakyat di awal persidangan Parlimen ke 12, bertanggungjawab memastikan wujudnya akauntabiliti pengurusan wang awam oleh pegawai-pegawai awam, akan turut memanggil Menteri Kerja Raya untuk menjelaskan isu itu jika perlu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di sini hari ini.

Menyentuh sama ada bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung masalah itu, Azmi berkata Samy Vellu tidak akan dipanggil memandangkan beliau bukan lagi menteri bertanggungjawab.

"Kita akan panggil JKR dan jika perlu menteri yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan," katanya.

Pada 3 Ogos lepas, tiang jejambat MRR2 yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah dibaik pulih menggunakan belanja tambahan sebanyak RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi apabila tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.

Ekoran itu dua daripada enam lorong jejambat sepanjang 1.7 kilometer ditutup kepada semua jenis kenderaan untuk proses baik pulih. Laporan keretakan pada tiang jejambat itu akan siap sebelum hujung bulan ini.

Pada 9 Ogos 2004, laluan itu ditutup kepada lalu lintas berikutan 31 daripada 33 tiangnya mengalami keretakan dan dibuka semula pada 6 Dis 2004. Pada 4 Feb 2006, sekali lagi jejambat itu ditutup ekoran masalah yang sama dan dibuka semula enam bulan kemudian.

No comments: