"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 03, 2008

Perang Sudah Bermula..!

'PERANG BENDERA'... Baru tiga hari Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula.

Tarikh pilihan raya kecil hanya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rabu ini.

Bagaimamanpun parti-parti yang bakal bertarung sudah memulakan persiapan bagi menghadapi persaingan sengit pilihan raya kecil ini - yang pertama sejak 8 Mac lalu.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dijadual bermesyuarat minggu depan untuk menentukan strategi masing-masing.

Kapsyen:
BENDERA Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat telah pun memulakan 'perang bendera' dengan meletakkan bendera parti itu di kawasan Permatang Pauh menjelang kemunculan Anwar Ibrahim esok untuk melancarkan 'perjuangannya' bertarung di kubu kuat beliau itu. - foto The Star oleh MUSTAFA AHMAD

No comments: