"Berulangkali Ezam mengatakan beliau menyimpan rahsia besar yang boleh menjatuhkan maruah DSAI dan keluarganya. Apakah ianya sebagaimana rahsia-rahsia besar di dalam kotak-kotak simpanannya yang boleh menjatuhkan pemimpin kerajaaan suatu masa dahulu. Apakah rahsia itu akan meledak tepat berlakunya Deklarasi Permatang Pauh nanti?. Hanya Ezam dan tuhan yang tahu.
Kalau beberapa tahun dahulu ummah sangat berasa beruntung, kerana mempunyai sebilangan pendekar bangsa yang sangat hebat, tangguh, perkasa dan terbilang. Justeru bangsa ini merasa tidak miskin dengan pahlawan-pahlawan terbilang untuk masa depan.
Ezam!. Anda adalah sebahagian dari pahlawan terbilang itu. Anda telah membuktikannya dan seluruh rakyat berbangga dengan perjuangan gagah berani seorang Ezam.
Anda telah menghadapi perjuangan ini dengan penuh kekerasan dan kegetiran. Ho Chinh Ming pernah menyebut 'bahawa dari penjaralah, lahirnya pahlawan-pahlawan bangsa yang besar'.
Pahlawan yang besar wajar berjiwa besar. Kemana pun anda berada, anda bisa dinobat sebagai pahlawan seandainya anda benar-benar jujur dan ikhlas berjuang menentang musuh anda.
Musuh anda adalah korupsi. Musuh anda adalah barjouis yang tamak. Musuh anda adalah pemimpin yang tirani. Musuh anda adalah pembesar yang salah guna kuasa. Yang lebih besar, musuh anda adalah musuh Allah. Jangan sampai anda melupakan itu. Jangan sampai anda memusuhi ummah dan bangsa ini!.
Anda bisa menjadi Tengku Djohan Pahlawan, suaminya Chut Nyak Dien, pahlawan besar Aceh yang membingongkan sejarah. Tengku Djohan Pahlawan sesekali menyeberangi mendokong Belanda dan sesekali bersama pahlawan rakyat melawan Belanda. Terserah apa yang ingin anda teladani.
Sebagai muslim yang taat, anda harus bijaksana dan mengasihi dengan mendalam semua lawan dan kawan dalam perjuangan yang besar ini.
Percayalah, sesuatu itu akan dinilai di langit dan bukan di bumi ini.
Kalau benar anda menyimpan rahsia besar itu. Simpanlah dan gigitlah dengan geraham anda sekukuhnya, walau pun pahit menyengat rasa.
Bukankah kita beriman dengan Allah yang menjanjikan, akan menutup kesalahan kita nanti, seandainya kita menutup kesalahan orang lain.
Kalau anda berjiwa besar, tidak perlu mengikut jejak dan tunduk pada jejak-jejak ahli politik yang tidak bermoral dan tidak religi.
Teladanilah Sheikh Mujibur Rahman yang menyimpan di dalam laci maklumat skandal musuh politiknya Nehru dengan isteri Konsulat Inggeris di India, yang diserah oleh pihak intelejen kepadanya, sambil ia berkata" Aku sama sekali tidak tergamak untuk menggunakan perkara peribadi ini dalam menentang musuh politk ku ".
Ezam, anda masih mempunyai peluang dan masa untuk menjadi pahlawan bangsa masa depan."
TP - kalau tak jadi pahlawan bangsa, pahlawan "BANGSAT" pun boleh...tapi pahlawan "bangsa" ni nak pejuang "bangsa" apa??? bangsa KUDA ke bangsa LEMBU PAWAH???
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment