"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 03, 2008

Permatang Pauh: Majoriti lebih ketara,sokongan bertambah

Selepas Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, pelbagai pihak sudah mula memulakan gerakerja pilihan raya.

Sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat masing-masing telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Dalam menghadapi situasi terkini, Wartawan Harakahdaily, Mohd Sabri Said meninjau lebih dekat persiapan dengan menemubual Pengarah Pilihan raya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf. Ikuti pandangan beliau.

Harakah : Adakah KeADILan dapat rasakan bahawa Parlimen Permatang Pauh akan mengalami pilihan raya kecil?

ImageMustaffa: Peristiwa peletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang telah kami rasai daripada cakap-cakap orang terdekat dengannya.

Maka, sebab itu kami telah bersedia dari awal iaitu sejak tiga bulan lalu untuk melantik beberapa jawatankuasa dan mengerakkan semua organisasi di peringkat peti undi.

Berbanding pilihan raya umum lalu majoriti yang diperolehi Dato' Seri Dr Wan Azizah begitu tinggi adakah majoriti itu dapat diulangi?

Saya yakin dan percaya keputusan pilihan raya kecil nanti setara dengan keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac lalu. Bahkan, boleh tinggi daripada itu memandangkan sambutan rakyat berbagai bangsa terhadap KeADILan sejak itu.

Ramai anak muda gemar menyertai KeADILan dan perkembangan ini dapat dilihat ketika kami mengadakan pendaftaran ahli baru dalam setiap program parti.

Macamana sokongan masyarakat Melayu walhal dalam pilihan raya umum lalu ia agak kurang berbanding bangsa lain di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh?

Masyarakat Melayu kemungkinan akan memberi undi kali ini kerana BN telah kekeringan idea yang bernas untuk pembangunan. Bukan sahaja itu malahan sanggup membatalkan tiga projek mega iaitu Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), Monorel dan Empangan Mengkuang. Semua projek itu bermanfaat untuk rakyat. BN telah menyeksa rakyat disebabkan tidak memerintah Pulau Pinang.

Adakah isu membabitkan Dato' Seri Anwar akan merencatkan kemenangan dia untuk melangkah ke Putrajaya?

Kita mengakui memang ada sedikit sebanyak rakyat yang termakan dakyah Umno tetapi tugas kita ialah berusaha menangkis tohmahan yang sengaja dilemparkan bagi memasti kemenangani KeADILan.

Antara ke tiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti yang manakah akan diberikan perhatian penuh?

Menyentuh mengenai perkembangan itu sudah pastilah kita memberikan perhatian pada Dun yang kita kalah iaitu Seberang Jaya. Ini bukan bermakna kita abaikan Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh PAS manakala Penanti oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairuz Khairuddin.

Peratus masyarakat Cina di Seberang Jaya agak tinggi berbanding dun lain maka penerangan harus digerakkan secara berterusan.

Langkah itu wajar untuk memberikan ingatan pada Adun di situ, Arif Shah Omar Shah bahawa kemenangan tipisnya kepada calon KeADILan, Ramli Bulat boleh diperbaiki.

Bagaimana pula dengan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?

Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di sini amat baik dan selalu mengadakan pertemuan sama membabitkan negeri atau atas nama parti.

Kita akan membentuk kerjasama ketika pilihan raya kecil itu kelak macam suasana pilihan raya umum lalu. Di mana hasilnya kita menang. - mks. _

-HRKH

No comments: