"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 01, 2008

51 Tahun Merdeka, sampah pun tak tahu buang

51 tahun sudah kita merdeka. Ke angkasa raya pun orang Malaysia sudah sampai.

Tapi rata-rata rakyat Malaysia mengambil mudah perkara kebersihan.

Sebelum ini begitu banyak kedai makan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana terlalu jijik, kotor dan memualkan di Dataran Senawang.

Salah siapa , kalau bukan salah pengunjung sendiri yang gemar mengunjungi kedai yang tidak bersih tetapi tidak gemar makan di rumah bersama ibu bapa , isteri serta anak-anak.

Dalam senario politik pula rata-rata rakyat mahu kan perubahan selepas 51 tahun merdeka. Mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah.

Ya mahukan pemimpin yang bersih. Sedangkan rata-rata minda rakyat kita belum bersih. Sampah yang mudah pun tidak terurus. Semuanya mengharapkan ada tukang kutip sampah untuk mereka.

Antaranya ialah sikap masyarakat yang gemar membuang slip ATM di mesin-mesin ATM. Berat sangatkah slip ATM ini hinggakan susah hendak dibuang dalam tong sampah ?

Sebelum ini saya telah menyiarkan gambar betapa kotornya mesin ATM di Maybank Dataran Senawang. Pada 30 Ogos 2008 pula sekali lagi saya perhatikan perkara yang sama di RHB Bank Dataran Senawang.

Sekiranya rakyat mahukan perubahan pada pimpinan negara ini , janganlah harapkan pemimpin sahaja perlu ditukar atau ditukar cara pemikiran dan tindakan mereka , rakyat juga haruslah ditukar cara pemikiran dan tindakan mereka.

Itu baru bab sampah , belum masuk lagi bab tandas , bab pakaian , bab merokok , bab menyusun troli di pasaraya , bab menyusun selipar di masjid dan sebagainya. Bandingkan cara hidup rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dengan cara hidup masyarakat barat yang majoritinya bukan beragama Islam.

Bagaimana kita hendak menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam jika kita umat Islam memandang ringan isu kebersihan dan alam sekitar.

Selamat Berbuka Puasa , Bertarawih dan Bersahur

-waghih

No comments: