"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 20, 2008

Badan Peguam Mohon Semua Tahanan ISA Dibebaskan Segera Dengan Tanpa Syarat

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Badan Peguam Malaysia hari ini meminta kerajaan segera membebaskan dengan tanpa syarat semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Badan itu, pada mesyuarat agung luar biasanya, yang dihadiri oleh 739 anggota, menerima resolusi yang menggesa pembebasan lebih 60 tahanan ISA serta lebih 2,000 tahanan yang ditahan mengikut pelbagai undang-undang pencegahan sama ada dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

"Terdapat banyak undang-undang yang dikaitkan dengan para tahanan ini dan jika pihak berkuasa mempunyai bukti terhadap mereka, dakwa mereka di mahkamah terbuka bagi membolehkan mereka mempertahankan diri," kata Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau berkata badan itu mendesak kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Berbahaya 1985.

Ambiga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat itu juga sebulat suara mahukan kerajaan mendokong ikrarnya terhadap Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mempromosikan dan melindungi hak asasi dan kebebasan asas serta menggalakkan kebebasan media.

Mesyuarat yang diadakan di Wisma MCA hari Sabtu turut mengutuk surat tunjuk sebab kepada Sin Chew Daily, The Sun serta Suara Keadilan dan menggesa kerajaan menarik balik surat berkenaan dengan segera.

"Kebanyakan anggota berasa sangat bimbang dengan layanan yang diberikan kepada tahanan ISA di mana mereka berada dalam keadaan daif, diberikan makanan tidak sihat dan kurang berhubung dengan dunia luar," kata Ambiga.

Bekas presiden Sulaiman Abdullah berkata kerajaan sepatutnya mengambil kira pertimbangan mengenai cabaran dan trauma yang dihadapi anggota keluarga tahanan apabila mereka terpisah dengan orang yang disayangi selama lebih enam tahun.

"Sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan ISA memandangkan ia boleh disalahgunakan terhadap mereka yang membantah kerajaan," katanya.

Seorang lagi bekas presiden, Kuthubul Zaman Bukhari berkata ini bukan pertama kali Badan Peguam Malaysia mendesak supaya ISA dimansuhkan dan akta itu tidak lagi sesuai dalam masyarakat masa kini.

Ditanya apakah tindakan badan itu selepas ini jika tidak mendapat maklumbalas yang memuaskan daripada kerajaan bagi memansuhkan ISA, Ambiga berkata tekanan akan dipertingkatkan terhadap kerajaan menerusi penggubal undang-undang yang dilantik serta sokongan oleh pertubuhan lain.

1 comment:

Anonymous said...

Bagi rakyat biasa mereka tak hairan dengan ISA sebab mereka tak buat salah , tak mengancam keselamatan negara , tak buat kenyataan yang membolehkan tercetus perbalahan kaum.
Tidur malam pun lena .