"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 20, 2008

'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa 'Islam paling utama, yang lain perkara kedua' merupakan prinsip yang dipegang selama ini.



Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden

Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

"Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.



"Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi," katanya yang dipetik daripada laman blognya.



Beliau mengakui 'berkasar' dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut.



"Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut.



"Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude," katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD.



Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli.



Katanya, ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang 'jatuh' nombor dua dengan mengungkap 'for me, Islam come first, the rest are second'.

1 comment:

azrul said...

Mamat Zul ni, walaupun kadang-kadang aku berbeza pendapat dengan dia, tapi dalam hal pendirian dia tentang agama, aku tidak dapat tidak untuk setuju. Semoga beliau diberkati.