"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 20, 2008

Raymond Tan keberatan lepas jawatan kabinet

Selepas memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) kini berdepan dengan masalah Timbalan Presiden, Datuk Raymond Tan yang dikatakan keberatan untuk melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah.

sapp pulls out of bn 170908 03.jpgSekurang-kurangnya dua pemimpin SAPP - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Aw Kam Wah serta Jimmy Wong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Datuk Musa Aman - juga telah diminta melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan ekoran keputusan parti itu keluar dari BN.

Hanya Adun Luyang, Melanie Chia, yang telah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri muda.

Seorang lagi pemimpin SAPP, Frankie Chong, yang juga timbalan Speaker, tidak diperlukan melepaskan jawatannya kerana beliau dilantik oleh yang dipertua negeri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan SAPP yang baru, Chong Pit Fah menggesa Tan menyatakan kebenaran di sebalik keputusannya untuk kekal dalam BN, dan bukannya mendakwa beliau ditolak oleh Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee.

sapp sabah meeting 200608 06Chong juga menyifatkan Tan sebagai 'tidak mengenang budi' dan turut menyifatkan kenyataannya sebagai 'nakal' dan 'berniat jahat'.

"Raymond Tan adalah seorang menteri kanan dan seorang timbalan ketua menteri. Mengapa harus SAPP menolaknya?

"Beliau tidak sepatutnya memberi alasan untuk terus kekal dalam Barisan Nasional," kata Chong.

Nafi dakwaan Tan

Katanya, beliau percaya rakyat Sabah yang dapat berfikir dengan betul, dapat melihat rasional sebenar mengapa Tan mahu kekal dalam BN.

Selama ini, kata Chong, presiden parti itulah yang berkeras supaya Tan memegang kedua-dua jawatan timbalan presiden parti dan timbalan ketua menteri.

Oleh itu, Chong menolak dakwaan Tan bahawa beliau telah dipulaukan oleh parti, sambil menambah Tan sepatutnya telah dibuang daripada menjadi ketua bahagian Sandakan.

Beliau mendakwa, sejak memegang jawatan tersebut, Tan tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat di bahagian tersebut.

chong pit fahChong juga membidas Tan kerana mengadu kepada pihak media bahawa dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu baru-baru ini, beliau mendapati kerusinya telah dialih, hanya kerana beliau lewat l5 minit.

"Jika beliau berang dengan perkara kecil seperti itu, maka beliau tidak seharusnya berkata bahawa tidak ada sebab untuk SAPP meninggalkan BN hanya kerana parti itu tidak dijemput menghadiri mesyuarat BN untuk enam kali berturut-turut.

"Beliau sepatutnya faham bagaimana perasaan parti berhubung perkara itu," katanya.

Menurut Chong, memandangkan begitu ramai yang hadir pada hari tersebut, maka kerusi-kerusi mereka yang lewat datang atau tidak datang, telah diisi oleh mereka yang datang lebih awal.

Tambahnya, sebaik sahaja Tan tiba - lebih setengah jam lewat - beliau terus diberi kerusi.

Rombakan kecil


Beliau bagaimanapun mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan, Wong dan bekas ketua Pemuda, chief Au Kam Wah.

Chong juga berkata, parti itu membuat rombakan kecil dalam jawatankuasa ekskutifnya sewaktu mesyuarat majlis tertinggi baru-baru ini.

Beliau telah dilantik sebagai ketua penerangaan menggantikan Kassim Sulaiman yang dilantik sebagai setiausaha organisasi. Kassim menggantikan Edward Dagul yang kini dilantik sebagai ketua Pemuda menggantikan Au, yang meletak jawatan dari parti semalam.

-malaysiakini

No comments: