"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 13, 2008

Rahim: MT bincang peralihan kuasa khamis ini

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Khamis ini akan membincangkan mengenai peralihan kuasa, kata ahli MT, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

rahim thamby chikBeliau yang juga Pengerusi Risda berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara itu secara lebih rasional dan terbuka, ikhlas dan jujur berasaskan fakta yang betul, tepat dan berasas untuk masa depan pemimpin Umno.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya pemimpin Umno jangan membuat sebarang kenyataan lagi berhubung peralihan kuasa yang dijadual pada Jun 2010.

"Saya meminta kalau boleh pemimpin-pemimpin Umno jangan membuat kenyataan lagi sehingga Majlis Tertinggi bersidang," katanya kepada pemberita semalam.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, semua tahu bahawa tradisi Umno adalah amat rasional, waras dan bijak memandu hala tuju parti.

"Kita mempunyai pandangan dan berbagai pendapat mengenai perkara tersebut, saya percaya ahli Majlis Tertinggi telah menilai pandangan hasrat dan cita rasa ahli di bawah," katanya.

Menurutnya, jika MT membuat keputusan, kepentingan yang lebih besar akan mengatasi masalah yang lebih kecil seperti yang diharapkan oleh seluruh penyokong dan pendokong Umno di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula tempoh peralihan kuasa memandangkan tarikh yang dijadualkan pada 2010 adalah terlalu lama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan berkata, terserah kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

-malaysiakini

TP - hehehe... khamis ni September 18, dengar citer DSAI tunda peralihan kuasa BN - PR September 20... ish ish ish... molek sangat tu... bincang elok-elok... serah kuasa cara elok... insya-Allah... kearah Malaysia Baru

No comments: