"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, September 13, 2008

Teguran Buat TGHH & PAS Terengganu

Assalaamualikum...



Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian berkenaan Pas Terengganu. Satu pendapat peribadi berdasarkan pengalaman, pengamatan, pembacaan serta penglibatan secara serius dalam jentera pilihanraya PAS Kelantan dan Terengganu sewaktu PRU 11, 12 dan PRK Permatang Pauh yg lepas. PAS Terengganu amat jauh berbeza daripada PAS Kelatan. Isu yg bakal saya utarakan ini mungkin tidak sedap didengar oleh orang2 tertentu tetapi jika kalian sayangkan PAS Terengganu bukaklah minda dan cubalah dengar pendapat dari orang lain terutama dari orang bawahan dan pemerhati luar seperti saya.



PAS Terengganu kalah teruk pada PRU 12... satu perkara yg amat memalukan sedangkan PAS Terengganu adalah satu kerajaan negeri yg mana bilangan kerusinya terlalu besar di Terengganu pada masa tu. Masakan begitu benci rakyat Terengganu kepada PAS Terengganu sehingga tumbang terus kerajaan PAS Terengganu hanya dengan satu penggal memerintah!! Teruk sangatkah pembaharuan yg dibuat oleh TGHH dan PAS Terengganu? Tidak terbukakah pintu hati mereka untuk Islam? Kenapa majoriti rakyat Terengganu menolak PAS (Semestinya menolak Islam yg dibawa oleh PAS Terengganu)? Silapkah ‘methodology’ dakwah Pemimpin Pas Terengganu? Ataupun adakah roh dakwah dan tarbiyah tidak terkandung dlm perjuangan PAS Terengganu?



Disini saya utarakan beberapa faktor. Faktor inilah juga yg jadi barah kepada PAS seluruh Malaysia. Saya ambil PAS Kelantan sebagai contoh dan teladan kerana mereka telah terbukti berjaya mencuri hati rakyat.:-


  1. Peranan TGHH dalam Kepimpinan Pas

TG Haji Hadi dikenali, dilihat oleh masyarakat luar, dilihat oleh kebanyakan rakyat sebagai seorang pemimpin PAS yg Kontroversi. Ramai kawan2 saya kata kenapalah Presiden PAS ni TGHH hinggakan mereka kata selagi TGHH jadi Presiden mereka takkan pangkah PAS... takkan join PAS. Kenapa tak letak Harun Din ke atau orang yg lemah lembut dan bijak berbicara seperti TGNA. Saya kata TGNA lebih tinggi dari TGHH. TGNA Mursyidul AM.


TGHH dilihat sebgai pemimpin PAS yg popular di kawsan MARANG tapi tidak di daerah lain apatah lagi diseluruh Malaysia. Berbeza dgn TGNA, rakyat keseluruhan malahan seluruh dunia melihat ketokohan beliau, kesederhanaan kepimpinan beliau, sikap rendah diri dan tegas serta ilmuan islam yg lembut dan bijaksana dalam berdakwah. Itulah perbezaan nyata mata kasar orang luar tentang pimpinan tertinggi PAS Terengganu yg menjadikan orang tak suka dgn PAS. TGHH dilihat melakukan perubahan drastik di Terengganu dengan paksa dan keras. Bicaranya juga tegas seperti orang gila kuasa... tiada kelembutan, sifat pemaaf dsbg dilihat. Pernah saya dengar orang kata TGNA dan TGHH seperti sunnah wal jamaah dan syiah.

  1. Keberkesanan Dakwah dan tarbiyah PIMPINAN PAS Terengganu

Adakah wakil rakyat PAS Teregganu menerima tarbiyah dan belajar ‘methodology’ dakwah yg betul setelah menang pilihanraya? Di Kelantan contohnya ramai YB Pas Kelantan mengajar kitab pada mlm2 tertentu di masjid takpun mengajar Quran bagi tazkirah yg mana tidak banyak berunsur politik menghentam UMNO. Mereka bawa perwatakan ustaz walaupun mereka doktor pakar contohnya. Mereka tunjukkan seorang pemimpin berjiwa rakyat yg tinggi ilmu dunia dan akhirat. Mereka mendampingi masyarkat dengan rendah diri, kereta buruk setiap minggu di surau dan masjid. Dan akhirnya mereka Berjaya menambat hati rakyat. Adakah methodology dakwah yg digunakan pemimpin PAS Terengganu juga sama?


Ataupun PAS Terengganu tidak pernah belajar dari PAS Kelantan? Adakah dakwah itu hanya perlu melalui ceramah2 besar sahaja? Saya lihat dakwah PAS Terengganu tidak ada roh! Sebab tu orang tak nak ikut dan tak tertarik dengan Islam. Ianya seperti kita dengar ceramah agama dari dua ustaz berbeza yg bercakap tajuk Isra’ Mikraj... Kenapa ada orang tu dia berceramah masukkk dlm hati apa yg diucapkan, rasa insaf dan sedar tiba2. Tetapi ada ustaz yg bila berceramah walaupun isinya juga tentang israk mikraj tapi kita rasa tak best.. rasa tawar dan hambar... INILAH YG DIKATAKAN ROH DALAM BERKWAH!



Saya sendiri sebagai pensyarah, kadang2 bila turun dari rumah untuk deliver speech kat pelajar2, kalau niat tak betul program ceramah saya tu rasa tawar dan hambar. Budak2 yg dengar ceramah atau kelas saya tupun dok sekejap nak ke tandas..sekejap nak ke tandas... belum setengah hari dah ada yg lentok tidur, bising dsbg. Tetapi kalau niat saya betul, disertai amalan solat dhuha, solat tahajud, mintak pertolongan Allah, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan amalan, rendah diri, ... secara automatik program ceramah saya, Kelas saya jadi MARVELOUS! Inilah yg dikatakan roh dlm kerja dakwah. PAS Terengganu telah hilang roh dakwah ini. Sebab tu hidayah tak datang.. SEBAB TU KALAH BESAR!!! TRUST ME...!!

  1. Jentera Pilihanraya

Sesiapa yg terlibat dalam PRU 12 baru2 ni pasti bersetuju bendera dan poster pilihanraya di Teregganu YA ALLAHHHH... kalau lalu kat atas jalan tu semuanya jadi teduh dengan bendera, poster dsbg. Bahan pilihanraya PAS Terengganu banyak tak terkata .. Kalah PAS Kelantan. Tetapi PAS Terengganu kalah teruk. Di Kelantan TGNA berpesan kepada jentera pilihanraya, bukan bendera dan poster yg jadi keutamaan. Semasa saya bangkitkan benda ni dlm mesyuarat MTD sebab bimbang poster dan bendera PAS takde langsung kelihatan di DUN saya, YB kita memberitahu TGNA pesan bukan poster dan bendera tetapi tingkatkan taubat dan berdoa pada Allah, jaga Akhlak, tingkat kefahaman.



Sebab politik ini datang kemudian selepas kefahaman pada Islam. Kita jangan letak politik dulu baru islam. Jangan letak menang pilihanraya dulu baru nak laksanakan Islam. Kita kena letak Islam dulu baru politik. Bagi kefahaman kepada rakyat tentang Islam. Nescaya automatik rakyat akan terima politik yg kita bawa. Adakah begitu kerja jentera pilihanraya Terengganu?



Sewaktu dekat hari mengundi di Kelantan ada munajat... kenapa di Terengganu takde munajat besar-besaran macam tu? Over confident ke apa? Kenapa mudah sangat over confident? Kelantan yg dah 18 tahun memerintahpun tak over confident kenapa Terengganu over confident?



Saya masih ingat kami semua bermunajat di stadium KB... beribu lautan manusia menangis bersama TGNA. Yg kedengaran hanya bunyi burung berlegar2 diatas kepala seolah sama2 bermunajat memohon pertolongan Allah... tiap2 mlm selepas penamaan calon ada solat hajat... Mesyuarat di adakan setiap mlm ... Semakan daftar pemilih, kerja2 IT, kerjasama muslimat yg tak berbelah bagi, tayangan video melalui LCD Projecor hasil sumbangan anak Kelantan di KL... adakah begini perjuangan yg berlaku di Terengganu. Saya rasa tidak begitu tepat... saya sendiri sempat 2 mlm sepanjang tempoh berkempen tu berada di Paka... hampeh... programnya hampeh! Masa tu saya dah dapat rasa... Kita akan tewas besar! Jentera kita di Terengganu bekerja tanpa roh perjuanan yg ikhlas seperti dikelantan. Tiada semangat yg berkobar2 untuk berperang mengalahkan yg batil.... Itulah yg saya rasakan. Takde Roh!!


  1. Mustapha Ali dan pimpinan PAS yg lain di Terenganu

Saya tidak nafikan sumbangan pimpinan PAS Terengganu kepada pembaharuan, kemajuan dan perkembangan PAS di Malaysia. Tetapi komen Mustapha Ali baru2 ni jelas menunjukkan sifat sebenar pimpinan pas Terengganu. Sebab tulah PAS Terengganu kalah besar sebab Mustapha Ali sendiri pengarah pilihanraya PAS. Bila hati tak ikhlas dalam perjuangan, ada matlamat tersembunyi, buat kenyataan yg boleh timbulkan resah dikalangan ahli tanpa merujuk syura’ maka kerja kita akan berlaku tanpa roh.



Lagi satu dimanakah sumbangan YB Pas Terengganu sebelum kalah besar dulu kepada Negara dan rakyat Malaysia yg orang Nampak? Adakah mereka benar2 menjaga kebajikan rakyat atau sibuk dengan politik macro tanpa melihat dan mengambil berat politic micro rakyat jelata? Kalaupun ada kenapa rakyat tak tahu sangat dan kalau kalau tahupun rakyat tak ambil kisah sangat.



Dimana YB dan pimpinan PAS Terengganu pada mata rakyat sebagai seorang individu yg hebat?? Di Kelantan pimpinan PAS ada Husam Musa, Dato’ Kamarudin, Dr. Nik Mazian dan banyak lagi yg disegani diperingkat nasional... Macam mana di Terengganu? Saya tak Nampak di Terenganu ada pimpinan yg begitu ... Yang dibenci adalah. Di Kedah ada Mahfuz ...


  1. Utamakan UMNO

Saya masih ingat sewaktu pembahagian bantuan pertanian untuk projek pertanian, projek ternakan dsbg. TGNA di Kelantan mengarahkan semua Penghulu PAS agar mengutamakan orang UMNO dalam memberi bantuan sebagai satu cara kita berdakwah. Peringkat awal ada jugak yg tak puas hati bila dengar penjelasan TGNA semua redha akhirnya orang UMNO yg dibantu dulu dlm apa saje segi... benda ni dah berlaku lama. Sebab tu PAS Kelantan dapat mencuri hati rakyat... PAS Terengganu tidak begitu. Politik balas dendam begitu ketara. Rasa teruja memerintah begitu ketara. Pembaharuan itu dan ini dilakukan besar2 ran seolah2 dah takde masa dah... Tabung Uji yg panas jangan terus disiram air sejuk nanti dia pecah...!!



Ada banyak lagi faktor tapi tak berkesempatan nak tulis ni. Siri yang kedua nantilah ya. Semua yg ditulis tu adalah pendapat peribadi saya. Maafkanlah jika ada yg terasa. Sebagai orang luar Terengganu yg berada di sempadan Jerteh Pasir Puteh saya melihat perbezaan cara PAS Terengganu dan Kelantan bekerja. Sesungguhny jauhhhhh berbeza... PAS Terengganu jika terus berkeadaan demikian, kamu akan terus dibenci! Bukan Islam itu yg dibenci tapi PAS yg dibenci. Cuba bayangkan bagaimana PAS Kelantan boleh bertahan... Kenapa Muktamar baru2 ni tak bincang dengan serius isu ni. Kenapa dok bincang isu jawatan dlm Pakatan Rakyat??? Belum apa2 dah gila kuasa.Belum apa2 dah fikir nak jalankan Islam di Malaysia... Terengganupun terlepas .. nikan pula nak Malaysia. Sedarlah wahai pimpinan PAS Teregganu. Muhasabah lah diri.. rujuklah TGNA!



Sekian.



DR. ABANGRAJA

22 comments:

Anonymous said...

perghhh naik menyampah baca artikel2 camni...mcm bagus jek...

Mr Joker said...

Anonynous - Fraksi UMNO kalau baca artikel-artikel macam ni, memang cukup-cukup menyampah... sebab apa menyampah?

sebab terikut-ikut dengan perangai UMNO yang tak boleh ditegur...

sebab tu kita panggil "Fraksi"...

Tau makna "fraksi"???

kalau x tau pegi duduk depan cermin...

Anonymous said...

teguran bagus,
sayang anak ditangan-tangankan
sayang bini, ditegur-tegurkan.
sayang parti ... paham2 sendiri la.

Anonymous said...

saya berkongsi 100% pendapat yang sama apatah lagi selepas melihat perkembangan terbaru ni.

saya pun cuba terima cara TGHH tapi sukar kerana terlalu jauh nya beza TGNA dengan TGHH....sekilas wajah pun boleh terlihat perbezaan nya antara kelembutan dan kekerasan. terlalu tegas sampai orang tak boleh terima, kalau tak pun menyampah.

Khairul Anuar said...

100 % ada kebenarannya.
Pendapat:
Semasa PAS memerintah terengganu mereka mungkin terlalu kecewa dengan tindak balas kerajaan pusat sehinggakan mereka membalas dendam kepada rakyat Terengganu sendiri.
Contohi lah PAS Kelantan.Harap DR dapat meluahkan pendapat pada kerajaan Perak, KEdah dan Selangor pula.

ediannuar said...

kalau pas terengganu tak ambil iktibar, tak taulah nak kata apa....

sydeen aka saidin said...

yes...saya org terengganu. saya akui beberapa faktor yg ditulis tu..

btol, islam kita kena letak didepan

Anonymous said...

Salam a'laik,

Kenapalah ada orang sebegini dalam PAS. Menilai buykan dengan mata hati dan iman tapi menilai dengan emosi.

Sudahlah Topeng_perak, anda hanya termakan dengan hujah dan pandangan beberapa orang yang ternyata anti kepimpinan ulama'.

Buat luna, kalau anda tak mengenali TGHH jangan pandai2 komen ttg beliau. An bukan ta'sub TGHH tapi nak dibandingkan 'alim dan qara' dia dengan kita jauh langit dan bumi.

Semoga ALlah melaknat manusia yang memfitnah dan memburuk2kan ulama'. Ingat ulama' adalah pewaris nabi SAW. Wallahua'lam.

Anonymous said...

ibnuQalil : aduh...kita pula dikatakan memfitnah..

susah lah begini kalau ulamak yg juga pemimpin rakyat hanya mahu dipuji sahaja.. :(

Mr Joker said...

Ibnu Qalil - macam mana nak nilai dengan mata hati jika mata yang melihat enggan melihat dari sudut yang berbeza?

Macam mana nak nilai dengan iman sedang keimanan itu tak siapa yang tau???

Ulama itu sudah tentu pewaris Nabi tetapi itu juga bukan jaminan bahawa ulama itu ma'sum seperti Nabi.

Kalau ulama itu tidak boleh ditegur, nescaya seronoklah syaitan & iblis mencucuk jarum, sedikit demi sedikit ulama itu akan ditiup dengan roh takbur kerana "aku tidk boleh ditegur kerana akulah pewaris nabi..."

Jangan jadikan ulama PAS & ulama UMNO serupa.

Anonymous said...

aku tak nampak penulis ni ikhlas nak tegur..tp lebih kepada anti-pas ganu yg x sependapat...depa nak semua pakat setuju angguk jek...baru depa x usik...toksah la bwk perangai umno lama tuh yg semua nak kena angguk jek yek... :-)

Anonymous said...

aiseh nak tegur ulamak dr pas konon..xpa xda salah...
tp aku pelik lak beriya2 sgt napa ek??ke sebenarnya benci ngan puak2 pas yg x sekepala ngan puak2 pkr??
alah kalu nak tegur pun adil la sket..aku x nampak pun hangpa tegur ustaz DSAI bila ckp x mau layan islamik state...aku x nampak pun hangpa duk heboh2 bila YB Zul kena surat tunjuk sebab haritu..porahhh...

Mr Joker said...

untuk anonymous yang berkenaan - memang kalau dalam diri ditanam sifat "aku betul" akan timbul sifat "dia ni bukannya ikhlas menegur"

perangai UMNO? perangai UMNO cuma ada pada mereka-mereka yang "tak boleh ditegur" temasuk yang marah bila pemimpin "ditegur"... siapa UMNO? yang menegur yang yang menyanggah teguran???

artikel diatas adalah karangan DR Abang Raja... anda ahli PAS??? ahli PAS pasti kenal Abang Raja... kalau tak kenal... tanyalah siapa Abang Raja & jadilah sahabatnya.

Rapatkan ukhwah...

tegur bukan kerana benci, tegur kerana mahu lihaat perubahan kearah yang lebih baik.

Tak boleh ditegur???

Usah memimpin..!

Anonymous said...

Anonymous IbnuQalil said...

Salam a'laik,

Kenapalah ada orang sebegini dalam PAS. Menilai buykan dengan mata hati dan iman tapi menilai dengan emosi.

Sudahlah Topeng_perak, anda hanya termakan dengan hujah dan pandangan beberapa orang yang ternyata anti kepimpinan ulama'.

Buat luna, kalau anda tak mengenali TGHH jangan pandai2 komen ttg beliau. An bukan ta'sub TGHH tapi nak dibandingkan 'alim dan qara' dia dengan kita jauh langit dan bumi.

Semoga ALlah melaknat manusia yang memfitnah dan memburuk2kan ulama'. Ingat ulama' adalah pewaris nabi SAW. Wallahua'lam
------------------------------------------------------
saudara, saya juga menghormati ulama. namun kalo kita mengkritik seorang atau beberapa ulama, bukan bermakna kita mengkritik kesemua ulama. penulis hanya mengkritik seorang ulama iaitu tun haji hadi awang . bukankah beliau meminta agar ulama2 kita mencontohi tok guru nik aziz yg saya percaya juga seorang ulama? saya sendiri secara jujur menegaskan kepimpinanan PAS terengganu perlu berubah. contohi kepimpinan PAS kelantan. kalo org membenci PAS terangganu menjadi punca kenapa PAS gagal d terangganu d harapkan kesan negatifnya tidak melarat kpd PAS d negeri2 lain. kerana itu lah tok gutu nik aziz telah menegur mustapa ali yg sering membuat komen2 kontrovesi . sila merujuk blog politiksukusakat.

ibnu qalil, saya hormati ulama tp saya minta kamu jgn berlindung dari ayat ' sesiapa yg memburukkan ulama akan d laknat tuhan krn ulama pewaris nabi' krn org spt kamu lah yg membuatkan islam jauh dan d ketawakan oleh org lain.

hujuah lawan hujah bro. sepatutnya kamu mambalas tulisan d atas dgn fakta2 kenapa terangganu tewas d dlm PRU yg lalu atas pendangan kamu bukan mengalihkan isu .

p/s -aku cukup meluat dgn ugutan/ amaran utk menyekat percambahan buah fikiran sekali gus menyebabkan org lain memadang negatif kpd islam. ini yg berlaku dalam muktamar d perak. d beri amaran andai memperosalkan keputusan ulama konon akan d kenakan tindakan disiplin. tuii!!! kpd sapa2 yg ingat PAS ni mcm UMNO, bagus masuk UMNO drpd buat kotor dlm PAS. takbir!!

- man

Anonymous said...

masalahnya aku tgk cara tegur tu mcm x ikhlas..mcm ada x kena..lebih kpd nak hentam bila puak2 tu x sokong apa yg PR tgh nak bwt....sebelum ni xda lak bising2 hal ni...mcm kita pelik la teresa skang baru nak ISA walhal kes dia dah lama..napa x dr dulu??mesti ada x kena ngan puak2 BN...sama la cmni...kes ganu tu dah bertahun2..skang baru nak sebok2 lak nak banding2kan la hapa bagai...

lg satu pd pendapat aku benda2 dlman ni x perlu diheboh2kan pd umum,tegur boleh tp biarla beradap n pd tempat dia...
ada hangpa berusaha pi jumpa TGHH??mintak penjelasan??pd tantawi??cikgu Pa??
kalu betul ikhlas nak tegur n nak perbetulkan aku rasa x cukup hangpa duk cemuh dlm internet ni...

Anonymous said...

Teguran DR.AbangRaja kepada PAS Trengganu adalah untuk kebaikan PAS keseluruhannya.

Ada duri dalam daging yang perlu dikeluarkan....
Ada musang berbulu ayam yang perlu dihalau dari reban.....

Macam mana nak dirikan kerajaan Islam di Malaysia kalau jiwa belum cukup ilmu. Tidak kah anda lihat betapa bercelarunya peraturan dan undang-undang islam dalam negara sekarang ini....?

Siapa kah yang patut bertanggungjawab memperbetulkannya pencemeran agama islam.. Kalau tidak parti PAS !!!???

Anonymous said...

gud article indeed

Anonymous said...

teguran yg diberi memang bagus kalau ikhlas,,,,kalah dan menang adalah ketentuan allah s.w.t,,,,jgn silapkan kepimpinan pas trg bila dia orang kalah dlm PRU 2004 & 2008 yg lalu,,,,adakah penulis blog sebenarnya teringin nak ganti tempat datu mustapa ali,,,kalo teringin pegi kabor ke TGHH,,,jgn hina TGHH kalo ilmu agama bru setahun jagung,,,sebagai anak terengganu,,komen anda sebenarnya bermotifkan hasutan agar org2 pas menjatuhkan TGHH dan rakan2 dr Pas terengganu,,,,kemenangan Pas di kedah bkan kerana pas kedah hebat dan lain2 negeri yg berada bwh pakatan rakyat,,bukan kerana Pas hebat tapi kerana DSAI,,,jgn duk kutuk Pas Trg dan Perasan Pas negeri lain bagus,,Sbnarnya kita menang dgn pertolongan DSAI & PKR,,,,

dark am said...

salam. saya bersetuju tentang TGNA dan PAS Kelantan. rakyat kelantan di dlm kelantan dan di luar kelantan cukup menghormati pas dan TGNA malah dengan sokongan yg padu.

contoh ketika saya balik kelantan pilihanraya lalu, rakyat kelantan balik beramai-ramai sehingga jem teruk(tak penting). yg penting bendera berkibar di kereta, motor, lori di pelusuk jalan ke kelantan dari gombak lagi. bendera PAS dan PKR penuh memenuhi jalan.

ketika hari pengundian, saya berjalan di sekitar kotabharu-k.kerian, kereta-kereta mewah memasang bendera PAS.. saya terkedu kerana masih beranggapan PAS parti utk org miskin. rupanya dikelantan, orang2 kaya telah memilih pas dan lebih berani menonjolkan sokongan kepada PAS. bendera BN? ada la beberapa bijik kereta buruk berkarat.. pelik kan.

tentang bantuan kepada rakyat kelantan.. saya telah melihat bagaimana orang kampung saya, pas atau umno sekalipun, mereka mendapat bantuan pertanian yg cukup-cukup besar sekali.. terlalu beruntung saya katakan.. sehinggakan orang2 umno yg berkumpul berbual di rumah saya di kampung tidak putus bercerita bagaimana TGNA memberi bantuan kepada orang UMNO sendiri dan tidak dianaktirikan malah mereka malu dengan hal ini...

dengan hal ini, benarlah orang kelantan cukup menyayangi TGNA.

satu perkara lagi, di kelantan tiada masalah politik diantara orang2 kelantan, tidak bergaduh dan tidak bermusuhan. malah dalam satu keluarga itu sendiri ada umno dan ada pas. malah pada hari pengundian juga tidak bergaduh sesama orang kampung walaupun berlainan parti.

sekadar apa yang saya lihat.TQ!
dark7am.blogspot.com

Anonymous said...

aku menaruh prasangka baik pada artikel di atas. buka la hati. perbaiki mana yang kurang (jika benar). pas tidak bermasalah. tapi org2 didalam pas la yang membawa masalah. sama seperti umno. umno hanya sekadar nama. tapi pemimpin2nya lah yang membuat busuk namanya.

Anonymous said...

Whatever it is, yg penting hati mesti bersih. Bila hati bersih kite boleh tahu sejujur mana keihklasan seseorg itu untuk lead the society. Teguran itu perlu sebab nobody's perfect kecuali Nabi Muhammad S.A.W. Ambil ikthibar dari apa yg berlaku and buat post mortem. Plan for the next action.

pantaitimurutara said...

Assalamualaykom
hai Allzz..!
nak kongsi sket buleh?
bukan apa, stlah terbaca post kat blog ni.. saya merasa ada kaitan ngan perkaa yang tlah berlaku n saya alami sendiri

sblm ni, saya belajar kat sebuah univ di terengganu. but im not org terengganu. dalam kelas tu ramailah org terengganu since univ ni mengutamakan anak terengganu.

ada yng pas, n ada yng umno. pada pemerhatian saya, sering terdengar org2 ganu ni x puas hati or komplen n x suka haji hadi sendiri or maybe cara dia. ini mnjd kepelikan buat saya dan mcm xnak percaya je. so, emmbuatkan saya alert pada benda ni.

so, saya pn cuba perati apa2 yg berkaitan ngan TGHH ni knapa org tgganu sndiri leh kata cam ni. sgelintir siswa ni lah. saya sering gak ke kuliah TGHH di rusila, ikut ceramah dia etc.

Memang TGHH ni syadid orgnyer. or strict. tegass gitu. pendekatan dia agak keras n menggerunkan gitu. ini membuatkan kita tersa tdk begitu dekat dengannya. takut skit. maybe inilah sglintir faktor yang org trgganu sndiri x mboh dekat ngna TGHH. xleh nak dekat.. gerun! hehe.

compare to TGNA, pndekatan dia lain sket, mesra rakyat gitu, kalo mesra, sure org hampiri. this is the psychology.

n also.. saya ase, cam tertutup sket berhadapan ngna gol2 PAS tgganu ni. sempit. wether penyokong or bila join ceramah derang. maybe sedikit keblakang.

1 more, saya rasa lah. Pas terennganu perlukan lebih pengalaman. learn more. more you learn, maybe you can pass da exam better. PRU is not a small exam! think rakyat 1st.

skang saya dah habis blaja dah. n x duk ganu lg. banyka kenangan manis kat ganu. pembangunan terlampau rancak era idriss. ini yang lebih mengingatkan saya.

sekian.